Lawatan blogger ke Penjara Sejahtera Kajang

Assalamualaikum. Apa itu Penjara Sejahtera? Kenapa perlu sebut sejahtera sedangkan dengar saja nama PENJARA pun kita sudah boleh mengagak bermacam2 yang ada didalam otak fikiran kita. Dalam kita membuat pelbagai andaian tentang Penjara ini adakah kita terfikir atau berfikir sejenak tentang apa yang berlaku sebenarnya didalam PENJARA ini? Adakah sama perlakuan mereka seperti yang kita lihat di dalam drama2 melayu dan tayangan panggung melayu dan luar negara? Tentu banyak tekaan dan anggapan kita terhadap mereka yang berada di dalam sana. Mari saya kongsikan pengalaman saya semasa berada disana dan kita bincangkan isu PENJARA SEJAHTERA ini.

APA ITU PENJARA SEJAHTERA


Penjara Sejahtera adalah satu visi untuk menjadikan organisasi koreksional bertaraf dunia. Misinya adalah memastikan penghuni penjara selamat untuk semua penahanan. Selain itu disediakan program pemulihan yang efektif kepada penghuni penjara agar setiap penghuni dapat diberikan panduan dan bantuan untuk mereka.


Baru2 ini kami beberapa blogger telah melawati dan melihat sendiri keadaan penghuni penjara. Kami dibawa masuk ke penjara RPD - Rawatan Pemulihan Dadah. Pada mulanya terasa sedikit berdebar2 tetapi selepas melangkah masuk sahaja hati terasa tenang kerana apa yang kami lihat bukanlah seperti yang kami gambarkan sebelum ini. Keadaan seperti melawat pelajar yang tinggal di asrama penuh. Kiri kanan dipenuhi lukisan dan kata2 indah sebagai kekuatan dan semangat jati untuk mereka sendiri. Kesemuanya adalah hasil dari air tangan mereka sendiri yang melukisnya. Sangat cantik.

Seterusnya kami dibawa ke pemulihan fasa 2 HALAQAH penghuni penjara lelaki. Didalam Halaqah ini kami lihat sendiri mereka mendisplinkan diri. Walaupun dengan penyusunan selipar dan kasut. Setiap hari aktiviti mereka diwaktu pagi akan hadir kekelas mengaji + kaunseling dan bengkel2 yang disediakan. Bagi mereka yang bukan beragama islam, kelas kaunseling bersama tetap ada. Yang penting mereka semua dalam pemulihan yang lebih baik dan sangat berdisplin.

Akhir sekali kami dibawa ke penjara wanita pula. Situasi didalam penjara wanita berlainan sedikit kerana kami melihat anak kecil yang baru lahir tetap berada disisi ibunya. Sempat saya menanyakan nama bayi tersebut diber nama Mega Warna. Dengar nama pun sudah boleh mengagak bahawa penghuni penjara tersebut tentunya dari negara Indonesia.

last tapi tak habis lagi adalah melihat bengkel2 dari penghuni wanita. Makanan sejuk beku + chanting batik + kraft tangan + menjahit dan lain2 telah disediakan. Memang menarik. Paling aku suka adalah kelas menjahit. Bermaca2 jenis jahitan baju kurung + jahitan set selimut + set teko telah mereka siapkan. Kedua Kraft Tangan yang diperbuat dari pelbagai bahan2 terbuang seperti surat khabar + perce2 kain untuk dibuat pasu + bakul raga dan alas kaki. Nak tengok tak alas kaki yang aku sempat beli? Ini bertujuan untuk support mereka.


Alas kaki yang sempat aku beli cuma RM18 hinggit saja. Murahkan. Cantik diletakkan dipintu masuk bilik.
Selain itu sempat juga membeli beberapa kuih sejuk beku dari jenama MY PRIDE iaitu hasil buatan dari tangan penghuni penjara. Kuih jenis donat + murtabak daging mini + cucur badak memang sedap dan menyelerakan. Mana yang mahu mencari dan mencuba boleh terjah di pasaraya MYDIN. Ada dijual disana. Harga disini mestilah berbeza.



Murtabak + cucur badak yang telah saya gigit baru ingat nak kongsikan dengan semua. Hehehe... sangat sedap tau. Donat dia gebu gebas. Kena cuba baru tau.


Ok.. Jumpa lagi untuk part kedua PENJARA SEJAHTERA. Diharapkan korang semua sudi2lah memberi kerjasama dan idea untuk masa depan PENJARA SEJAHTERA. Jika ada sebarang soalan atau idea yang bernas sila kemukakan di kotak komen. Feed back korang sangat2 dihargai. Billion terima kasih.


0 comment... add one now