Makan bersama Allday di Mukha Cafe Taman Tun Dr Ismail



Assalamualaikum. Jemputan private event bersama AllDay Media di Mukha Cafe Taman Tun Dr. Ismail memang menyeronokkan. Berjumpa dan berkenalan dengan owner AllDay Media aka Adverlets + blogger media baik yang baru kenal dan lama mengeratkan lagi hubungan kami semua. Bermacam2 warna pakaian yang dipakai mengikut tema COLOURFUL.

Mukha Cafe Taman Tun Dr Ismail
Sampai2 di Mukha Cafe sempat aku merayau2 melihat2 perhiasan yang ada didalam dan diluar. Pelbagai jenis perabot dan barangan antik dipamerkan. Sambil makan sambil cuci mata. Blogger yang aku kenal sampai awal adalah blogger Sohoq + Hafiz Rahim + Anarm + Broframestone. 


Majlis bermula pada jam 830 malam dengan permulaan ucapan dari AllDay Media - Business Development Director Mr. Josh Lim. AllDay Media atau dahulunya dikenali sebagai Adverlets adalah syarikat pengiklanan dan marketing yang tidak asing lagi dari kalangan pelanggan2 + blogger2 yang pernah bekerjasama dengan mereka. Semoga AllDay Media terus maju kehadapan dan dapat berkongsi kebaikan dan manfaat kepada blogger2 semua.

Antara blogger2 yang hadir pada malam itu Nannie Isa + Dr Cinta Syukri Tahir + Ayu + AE + Ruby + Anarm + Sohoq + MB + Budak Pacak + DKNA + Mawardi + Tatie + Eazy + Liza + akubiomed dan ramai lagi.

BEST KE MAKAN2 DI MUKHA CAFE TTDI

Best atau tidak masing2 ada citarasa tersendiri. Berkumpul dan makan bersama2 blogger dan pihak AllDay Media memang meriah habis. Setiap meja ada cerita dan perkongsian berlainan. Sambil makan sambil berbual berkenalan dengan mereka yang baru bersua muka. Mukha Cafe menyediakan makanan yang awesome walaupun hanya dalam penyedian cawan kertas. Simple sempoi. Oklah tuh.


Menu yang ada di Mukha Cafe

Sempoi dan unik susunan makanan datas kayu ini. Apa yang penting makanan2 semua sedap2 belaka. I LOVE PEACH TEA + Aglio Olio. Macam tau2 jer selera aku. Terima kasih Mukha. And yes Chips Gravy + Turkey Beef Baco Wrap memang superb. Kalau kesana jangan lupa mencuba.


Bersama Hashtag #alldaymakan kami berkongsi gambar2 yang paling HAVOC atau kreativiti masing2 untuk merebut pelbagai hadiah yang disedia termasuk gadget2 + kupon makan + goodies dan sebagainya. Alnasib tidak menyebelahi aku kerana ramai blogger2 media hebak2 belako. Mereka menang kerana ramai pengikut setia LIKE akan gambar tersebut. Gambar ini lah yang aku hastag #AllDaymakan. Masing2 kebuluran.


Acara tarik rambut memang takder dalam majlis gathering ini. Ini semua propa. bahahaha... Mr. Josh Lim pun nak ikut sekali main tarik rambut. Nasib pendek. 

Acara diteruskan lagi dengan cabutan bertuah dan pengumuman pakaian siapa paling COLOURFUL. Memang glamour dan unik. Aku pun terkesima tengok pakaian dia. Dan untuk pemenang perempuan blogger NANNIE ISA mendapat bag laptop. Memang mantop.



Mr. Chin Peng Pemenang pakaian SO COLOURFUL. Tengok saja kasut dan cincin dia. Glamour u. Kalah cincin mak. 


Sebelum pulang sempat kami bergambar mesra bersama pemenang SO SOLOURFUL + blogger2 hebaq semua. Memang kami enjoy. Tq Broframestone atas jemputan ini. Small gift dari Allday Media Mouse Pad + Notebook Skin dari Ed Hardy Limited Edition.

Kepada korang yang ingin mencuba makanan ke Mukha Cafe boleh layari lawam FB mereka.

MUKHA CAFE TTDI
15, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, 60000, Malaysia
+60 3-7732 2248
FB mukhacafe + Mukha.com.my


0 comment... add one now