#SBB2013 - Silaturahim Ilmu Kejayaan


Assalamualaikum blogger2 sedunia.. #SBB2013 atau sepetang bersama blogger 2013 masih panas2 macam cempedak goreng yang harum baunya. Ramai sahabat2 blogger telah menyiarkan post2 terbaru #SBB2013 sejak minggu lepas. Macam2 gaya + gelagat ada. Dan hari ini masa aku pula nak kongsikan untuk semua biarpun kelewatan sedikit kerana masalah satelite ternet. Korang layan jerlah walaupun gambar sangat2 tidak memuaskan.

#SBB2013 Majlis sepetang bersama blogger 2013 yang telahpun berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 26 Januari 2013, jam 2 hingga 7 petang. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran 200 orang blogger2 baru dan lama dari pelusuk Malaysia + Indonesia + Kemboja + Brunei + media2 hiburan. Dan ini adalah kali kedua Denaihati Network telah mengumpulkan blogger2 hebat dimajlis Sepetang bersama blogger sejak tahun lepas 2012 di hotel yang sama.

CERITA SEBELUM MAJLIS #SBB2013 BERLANGSUNG


Pertama kali menghadirkan dalam majlis #SBB2013 memang rasa bangganya kerana dapat bertemu dengan ramai blogger tidak kira yang baru mahupun yang lama. Sebelum ini aku hanya berkomunikasi didalam blog sahaja tetapi kali ini dapat bertemu empat mata dan berbual mesra + bergurau senda + mencedok ilmu2 sebanyak yang boleh. 

Macam2 cerita ada. Lagi hebat bila dapat bertemu dengan top blogger Malaysia + Indonesia. Alamak rasa macam keciknya kita. Nak lagi bila berhadapan dengan Brother Amir founder Denaihati Network + Amanz + Ariffshah + Kak Rock + Jaws + Eizil + Kujie + Anarm + PuanBee + Broframstone + GTO. Hoho... mencabar betul.


Masing2 sibuk bertwitter + berFB.. Tengok sajalah Kak Rock kita.. Bz giler.. hik3

Melastik bintang atau nama glamour barunya melastik burung = Mior + Nurul Siezuka. Cik Nurul bz snap gambar GOLD BAR sponsor dari Kak Rock kita


Salah satu GOLD BAR yang disponsor Kak Rock untuk cabutan bertuah. Memang bertuah badan


Dewan yang masih sepi. Hanya pelayan2 + pekerja2 hotel Singgahsana yang sedang sibuk menyiapkan juadah makanan + peralatan dan sebagainya agar majlis berjalan dengan jayanya.

#SBB2013 MULA BERLANSUNG


Sebelum melepasi majlis #SBB2013, blogger2 yang hadir harus mendaftar dahulu dimeja pendaftaran yang telah dikendalikan oleh kami berdua. Sila beratur ya adik2 abang2 kakak2 semua ambil nama + goodies bag.


Mari2 sebelum masuk kena jumpa dulu dengan Aku = Nurmisnan + Melastik Bintang baru boleh join ok. Jangan lupa ambil name tag pelekat tampal kat baju/tudung kasi semua orang kenal. Masa untuk perkenalkan diri dimeja masing2..


Inilah muka2 tweet muit yang harus korang jumpa dahulu sebelum melabuhkan punggung dikerusi masing2. Perkenalkan saya Nurmisnan yang bertudung itu + Melastik Bintang Encik Mior kita. Tomey ker?


Blogger2 yang baru tiba terus mendaftar + mengambil name tag. Maaf yer semua kerana terpaksa menulis sendiri untuk tidak menjadi kesilapan salah eja nama korang. Itu PuanBee apa jer yang senyum sorang2. Nak tolong ker? = Kredit gambar MB


Sila ambil kad nama + brochure ni yerk brother. Macam2 ada. Selamat datang  ke #SBB2013 = kredit gambar Akubiomed


Sebelum aturcara majlis berlangsung, blogger2 semua sedang melayan perasaan. Ada yang masih bergayut + chit chat + beramah mesra. Take ur time. Karang dah boleh start dengar perkongsian dari Top Blogger.

Mrs and Mr. BZ bebenor Nurhuda Khalid = tudung merah + Jaws = orang kuat belakang tabir majlis #SBB2013. Really love to met u Nurhuda. You are so sweet...


Acara telah bermula dan didahulukan dengan doa + ucapan  bersama founder Denaihati iaitu Brother Amir kita sebelum meneruskan pengumuman + penyerahan hadiah pemenang contest iPhone 5 gadget impian + mini forum bersama Top Blogger. Aku pemenang ke sepuluh contest iPhone 5. Alhamdulillah.. belajar dari yang terbaik insyaAllah akan jadi lebih baik + sempurna


Jemputan mini forum sedang berlangsung bersama Kujie + abang ensem + Norhas + BeautifulNara Banyak tips2 yag dikongsikan oleh mereka berempat untuk menjadi blogger yang lebih berjaya. Cer tengok Abang Nara + Kujie asik senyum jer. Itu kot rahsianya.. hik3


Selesai mini forum pertama, masing2 bangun mengisi perut. Makan memang best giler. Jemput semua Layan diri sendiri. Macam2 ada.


Salah satu empat menu yang ada di majlis #SBB2013. Sop cendawan + roti bawang putih + nasi nenas tuh. Sodap agaknya. Terasa rugi plak tak jamah bubur merah. My peberet tuh.Sesal x sudah

MASA UNTUK BERAMAH MESRA DENGAN BLOGGER2


Masing2 mengambil kesempatan untuk beramah mesra + bertanyakan tips2 yang boleh dikongsikan untuk lebih berjaya. Masa inilah kita ambil peluang keemasan. Rugi rasanya jika tidak mencungkil rahsia kejayaan Top blogger. Korek sampai dalam2. Opppsss!! yang menulis nih korek dalam2 ke?? Kih3.. Oppssy...


Dewan yang sangat berseri2 dengan kehadiran blogger2 + ditambah lagi dengan cabutan bertuah yang sangat2 awesome hadiahnya. Bak kata media, Majlis #SBB2013 paling hebat dengan cabutan bertuah. Terangkat tuh DH.. hik3


Boleh lihat cara Akubiomed berbual bersama PuanBee. Bukan main kusyuk lagi sampai tak toleh 
kiri kanan. Bagus2.. I loike


Moms blogger in the house = PuanBee + Nurmisnan + Sharidawati


Sempat bergambar dengan Abang Nara = beautifulnara Banyak perkara yang sempat bertanyakan kepada Abang Nara. Salah satunya soalan MACAM MANA BOLEH DAPAT NAMA BEUATIFUL NARA + BAGAIMANA TERCETUSNYA IDEA HENDAK BUAT BLOG TENTANG ARTIS? Panjang ceritanya.. Nanti sambung lain tajuk yerk..


Blogger2 penyegan. Masing2 jual mahal.. Har3.. Tengok saja ler katak comel. Nak tambah sup lagi bang? Ladfe apa yang difikirkannya. Adakah berangan ingin memiliki iPad mini? Hmmmm.. garu dagu

Ehhhh!!! sempat bergambar dengan Wifey BeautifulNara.  Beliau ler salah seorang yang sudi menemankan cik Nurmisnan tatkala kesunyian dimeja pendaftaran selain Jaws + Shahrulhairy


Sedang asik makan rojak, tiba2 brother broframstone datang berbual. Peramah + humble jer orangnya.  Lu memang sempoi bro. Gua salut lu. Patutlah ramai orang selesa dengan kehadirannya. Syabas. Anyways tak terlambat nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU. Seri pengantin tuh ada lagi.. Sorry brofrastone.. masa berborak2 aku asik duduk jer. No manners betul nurmisnan.. Maafkan kami talalalala...


Paling tidak disangka si nakal. Ini ler budak yang bernama Sharulhairy tuh. Orang kuat belakang tabir  #SBB2013. Comel tak? Shoot sendiri nampak? Putih tak gigi saya. kih3


Kira2 semuanya ada 100 helai tau Shahrul.. Jangan kurang plak. Karang ada pula yang tak dapat. Shahrul = Ehhh cukup tuh kak nora.. yang lebih kita bawa balik ler... kih3.. (gurau2 yerk)

Paling best semasa majlis dapat berjumpa orang jauh dari seberang Indonesia iaitu Kang Iwan + Kang Dadan + Kang Munir. Semuanya hebat2 + ganteng2. Tahun hadapan #SBB2014 kita jumpa lagi yerk.

DALAM GURAU2 senda ada bab yang PALING MENYENTUH HATI



Siapa tidak kenal denga blogger JEJAI. Top blogger yang sangat rapat dengan blogger GTO + AE. Sama2 naik + sama2 berkongsi garam gula. Semoga brother JEJAI disihatkan tubuh badan dan diberikan kekuatan hati untuk melawan penyakit KANSER beliau. AMIN3...

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada brother JEJAI kita bolehlah hulurkan bantuan = Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli) = Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (Isterinya Mazliana Othman) 

PELANCARAN PRODUK BARU DENAIHATI


Denaihati networks semakin berkembang dengan produk2 terbaru untuk tahun 2013 iaitu DENAIHATI.TV yang dilancarkan semasa majlis #SBB2013 berlangsung. Difahamkan ada 2 episod yang akan Denaihati.TV siarkan nanti iaitu segmen ADAM DAN HAWA + SEGMEN LAMAN RUMAH yang dihias cantik. Betulkan DH jika saya tersalah teka tajuk kedua itu. 

Adam dan Hawa adalah segmen dimana banyak perkongsian kisah kehidupan suami isteri + hal keluarga mak dan anak + persaudaraan yang bermasalah. Disitulah akan dikupaskan tajuk2 yang dikongsikan bersama agar luahan masalah tersebut dapat diselesaikan bersama pakar2 motivasi terkenal.

Semoga sukses DHTV. We always support 

PEMENANG CABUTAN + CONTEST IPHONE 5 GADGET IMPIAN


Top 10 pemenang iPhone 5 dari pemenang kesepuluh hingga keenam sudah pun diwar2kan oleh Tuan Denaihati dan saguhati juga telah diberikan. Kini akhirnya kita dapat meneka siapakah lima pemenang teratas contest iPhone 5 gadget impian yang akan membawa pulang sebuah iPhone 5 + saguhati. Beruntungnya pemenang2 itu dan tahniah dari kami.


Inilah pemenang yang membawa pulang iPhone 5 terbaru Sharidawati + Akma OmarBerseri2 wajah mereka. Tahniah juga buat Cheezemaz. Akma sapu bersih. Cayok2. Sha nak let go Samsung Note II dia. Siapa berminat boleh call beliau. Boleh tak Sha? Jangan maraa aaaahhh aku advertise kat sini.. hik3


Chekgu Naman juga salah seorang pemenang Top 5 contest iPhone 5 gadget impian. Tahniah Chekgu. Memang lucky betul beliau kerana menang cabutan bertuah basikal folding tajaan dari AwangTumTumCycles Mari sini semua klik ATTC untuk LIKE PAGE. Promot nih..


Memang tidak dijangka satu lagi kejutan yang diterima. Komputer cabutan bertuah yang dikendalikan oleh brother Anarm teah memilih aku sebagai pemenang cabutan bertuah Voucher RM1000 PAKEJ UMRAH. Alhamdulillah3x. Sweet tak kak rock kita aka sweetkurma. Vouge gebamboooom..


Voucher Umrah tajaan Ajwa Travel & Tours. Terima kasih tidak terhingga DH and Ajwa Travel Tours. Voucher ini akan saya abadikan dalam memori kerana Pakej Umrah adalah cabutan yang terhebat hadiahnya. InsyaAllah jika umur panjang akan sampai lagi ke Tanah Suci.. Amin3



GTO + Chegu Naman bergaya dengan basikal lipat. Apa lagi roundlah satu dewan Chekgu.. hik3


Sempat bergambar dengan Mia Namia + Puanbee


Siapakah jejaka macho disebelah nurmisnan? Inilah dia founder Denaihati Networks yang sangat humble + cool + sukses + pemurah dengan memberi. Terima kasih DH kerana banyak mengajar kami kejayaan + peluang menambah $$$ + silaturahim dan banyak perkongsian yang kami semua blogger2 baru dan lama mendapat manfaatnya. Dan terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada isteri DH yang sangat ayu. Beruntung you. Jujur ni puji isteri brother Amir.


Dengan Top blogger yang pemurah dengan senyuman +  kuat sakat orang. Siapa lagi kalau bukan Kak Kujie kita ler bersama dengan anaknya Intan yang sweet.. Nice to know u Kak Jie.. Lain kali tau dah kena berdiri sebelah kiri kalau nak bercakap dengan Kak Jie.. kih3



Another shot from camera Sha. Aku + Uncle Gedek + Nadot + Sha + Mia = Kredit to Sharidawati

Terakhir sekali sebelum penutupan.. Inilah dia isi perut yang ada dalam beg goodies #SBB2013. Macam2 ada. TShirt DH yang berwarna putih telah selamat aku pakai buat tidur + TShirt DH yang exclusive berwarna hitam hadiah dari contest iPhone 5 telah selamat abah aku pinjam. Katanya cantik. Pakailah abah. Kih3.. 


Kad nama yang ada dalam beg goodies #SBB2013 termasuklah nama kad aku yang berwarna merah tuh. Kedekutnya cik nurmisnan.. Separuh jer kad. Jimat ker? kih3

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan sedikit sebanyak info + gambar2 semasa #SBB2013. Harapnya jangan ada yang kecil hati jika tiada wajah2 kesayangan HAMBA didalam ini yerk. Almaklumlah saya tidak merantau + terjah dari meja kemeja kerana harus menunggu dimeja pendaftaran untuk menyambut VVVIP blogger2 yang masih tidak sampai lagi. Biarpun acara sudah separuh masa berlalu namun masih ada lagi blogger2 yang datang. Syabas untuk semua blogger2 yang telah menghadiri #SBB2013.. U guys ROCK..

Nota
Saya juga mohon maaf kepada semua blogger2 yang hadir dalam majlis #SBB2013 kerana ada yang tidak sempat untuk berbual + bertegur sapa terutama dengan blogger2 baru. Semoga tahun hadapan #SBB2014 lebih meleTOP dan kita jumpa disana disana disana. Mana yang sudah kenal aku jangan segan silu tegur yerk. Nurmisnan tak makan orang.

P.S. InsyaAllah.. Tahun hadapan pada majlis #SBB2014 akan lebih berseri2 + lebih banyak sponsor2 hadiah + cenderahati untuk semua. Nantikan waktu itu. Enjoy #SBB2013 - Silaturahim Ilmu Kejayaan.

0 comment... add one now