Majlis sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013


Assalamualaikum guys.. Majlis sepetang bersama blogger 2013 semakin hampir pada tarikhnya. Berdebar2 juga menanti tarikh tersebut kerana ini adalah pertama kali aku akan bertemu dengan korang semua terutama Denaihati. Sebelum ini asik pandang muka melalui gambar + berborak di kotak komen sahaja. Memang sangat berbeza bila sudah bertemu. Banyak perkara + soalan + perbualan yang bermain2 dalam kotak fikiran. Semakin dekat tarikhnya semakin dap dup dap dup dibuatnya.. Har3..

Majlis sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013 memang nampak kelainan sedikit sebelum2 ini. Kata orang macam2 ada. Hadiah2 yang ditaja semuanya lumayan. Nak tau apa itu? Sila baca sampai habis.

Kenapa wajib hadir ke majlis sepetang bersama blogger 2013
  • Dapat bersuai kenal dengan blogger Malaysia + Blogger Indoensia
  • Meraikan pembaca setia + Rakan Blogger yang menyokong blog Denaihati.
  • Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia
  • Pelancaran blog baru Denaihati + produk baru Denaihati.
  • Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
  • Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget I = bab ni aku nak tengok pemenangnya. 

Dimanakah majlis ini diadakan
  • Di HOTEL Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor pada 26 Januari 2013 = Sabtu jam 2 petang

Siapa yang wajib + layak hadir
  • Semua blogger layak menghadiri majlis sepetang bersama blogger 2013. Daftar bersama Denaihati FB Group terlebih dahulu. Pendaftaran akan ditutup pada 11.59pm, 23 Januari 2013. Tidak dibenarkan membawa anak2 di bawah umur 12 tahun.
  • Blogger dibenarkan membawa pasangan. 
  • Semua peserta contest iPhone 5 Gadget Impian memang digalakkan untuk hadir kerana ada cabutan bertuah khas selain penyampaian hadiah untuk pemenang.
Kepada sesiapa yang belum berdaftar dengan FB denaihati network, sila2kan kesana kerana tiada ruginya. Banyak yang kita dapat berkongsi dengan semua blogger2.

Nota
Kepada semua blogger sila ambil perhatian bahawa kongsibersamanora mendapat green light dari Syarikat basikal Awang TumTum Cycles Enterprise untuk menaja dalam cabutan bertuah di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. Hendak tahu basikal apa yang ditaja? Sila hadirkan diri. Siapa tak datang rugi woooo.. hik3

P.S. For ladies PuanBee.com + Sharidawati + AkmaOmar + semua blogger2 hebat  Malaysia + Indonesia, kita jumpa disana.. disana.. Jangan ponteng ekkk.. Ok guys.. Adios manchatos and wassalam.

Sedikit info dari denaihati

0 comment... add one now