Assalamualaikum blogger sedunia.. #SBB2013 bersama Puanbee dan Sharidawati telah pun dijanjikan tarikh dan masanya. Bila lagi kan nak buat perjanjian dating kedua antara MAK2 vouge debambomm nih. So after all chit chat on d phone kami telah decide lokasi dan waktunya.
#SBB2013 Mak2 vouge nih sebelum pertemuan, aku buat pit stop ke rumah cik adik manis Nurhuda Khalid. Siapa tidak kenal dengan MAK terdiva ini. Confirm semua blogger yang hadir di #SBB2013 mengenali beliau. Tujuan ke rumah Nurhuda bukan hanya untuk membeli tudung2 LittleScaft Kak Siti kita tetapi menziarahi sekali beliau sebelum pulang ke Brunei.
Melangkah masuk rumah Huda, mata terlihat deretan tudung2 tersusun kemas dirak kayu. Macam2 warna dan corak ada. Berpinor juga mata kalau dah lihat benda yang cantik2 tapi pilih yang berkenan dihati saja untuk mak tersayang yang kebetulan berada di Kuala Lumpur. Aku belikan beberapa helai tudung labuh mengikut warna yang mak suka. Ada juga minta pendapat Huda warna apakah yang sesuai untuk usia 60an keatas. Sambil2 memilih mulut berchit chat sambil ketawa. Entah cerita apa yang kami bualkan hingga buat kami tidak berhenti ketawa.
Dan tidak dilupa juga untuk IBU MERTUAKU + aku juga. Pilihan tudung mini paras dada bercorak abtrak bunga bewarna kuning + merah dan hijau pucuk pisang serta warna keladi ungu memang khas dibelikan untuknya yang berbadan kecil molek. Sesuai sesangat dengan wajahnya yang putih bersih + ayu = Gambar tudung tidak sempat di ambil kerana masa sangat2 jeles. Bentuk tudung juga bukan seperti dalam gambar ini. Gambar hanya hiasan dari FB Kak Siti. Korang ada masa SILA SINGGAH kerana banyak tudung2 yang cantik2 + selesa bangat untuk dipakai. Ini jujur cakap. Memang selesa aku pakai setelah dicuba semasa keluar pada jam 12 tengahari. Tidak rasa panas + selesa giler. Thanks Kak Siti kerana mencipta tudung yang hebat ini. Esok lusa boleh buat Air Cond dalam tudung plak.. hik3. Anyways seronok berborak dengan Huda. Peramah + sweet orangnya. InsyaAllah jika pulang lagi ke Malaysia kita berjumpa lagi. |
![]() |
Salah satu makanan yang kami order. Nasi ayam + Tahu rojak berkicap + ayam sambal + ayam rosted.
|
![]() |
Melihat gelagat anak2 PuanBee Una + Lela yang sangat bijak. Tak sangka anak2 beliau suka pada gadget2. Bagi sajalah jenis apa pun memang mereka pandai membukanya. |
Hampir selesai makan barulah muncul si Mak blogger Sharidawati dengan karipap IKEAnya. Memang popular betul karipap IKEA ni yerk. Sodap memang sodap tapi harganya memang tersangatlah sodapnya. Sebiji sampai singgit lebih. Dah macam karipap Uncle Lim Kopitiam plak. Adehhhh..
Sebelum gerak sambung cerita ke rumah PuanBee, sempat juga MAK2 vouge nih bergambar. Comel tak??? Burppppp... Alhamdulillah.. Comel dik non.. har3 |
Shopping time
Pergi shopping sat kat dalam Tesco nak beli something yang dah lama dicari yang tidak ada di Brunei. Tidak tahulah jika sebelum ini pasaraya2 besar di Brunei ada menjualnya. Kemungkinan sambutan kurang menggalakkan agaknya. Tetapi sebenarnya korang nak tahu tak kenapa aku minat sangat menggunakan barang ini? Nak tahu apa? Tolong jangan gelakkan aku sudahlah yerk...
![]() |
Sabun cecair cuci pinggan jenama M& S atau Mind and Soul inilah yang aku cari merata2 di Brunei. Nak tahu apa kebaikkan Mind & Soul ini nantikan n3 seterusnya. |
Selesai shopping kami bertiga gerak menuju kerumah PuanBee. Berchit chat sambil makan karipap IKEA kami berborak tentang blog + tips2 dan sebagainya. Sharidawati pula bz dengan setting blog barunya Ashadin[dot[com yang dibantu oleh PuanBee. Aku cuma jadi pemerhati sahaja sambil menyelit2 sepatah dua kata.
Nota
Walaupun pertemuan ini singkat dengan hanya beberapa jam sahaja namun banyak benda + perkara yang dapat kami kongsikan. Terutama cerita antara kami isteri2 yang bekerjaya. Semoga MAK2 Vouge bertiga ini sukses2 dalam dunia blogging + kerjaya + surirumah dan tangga... Amin3..
P.S. Sebenarnya ada kejadian terlampau semasa membeli sabun cecair M&S ini tetapi biarlah rahsia kami bertiga.. Adioss dan enjoy cuti sabtu + ahad. Berilah masa berkualiti untuk keluarga tersayang.. xoxo