Jom support Projek Amal EQQ

Assalamualakum dan salam ramadan.. Alhamdulillah3.. Ramai dikalangan blogger2 Malaysia yang sangat bermurah hati untuk membantu pada mereka2 yang benar2 memerlukan seperti bantuan untuk orang miskin + anak2 yatim + ibu tunggal dan sebagainya. Tidak kiralah dari sumbangan jenis bagaimana asalkan sumbangan kita itu dapat membantu meringankan bebanan mereka.
Seperti blogger Mummy dari blog El Qashrin Qaisara, Projek Amal EQQ ini adalah untuk membantu Anak-Anak Yatim Kampung Tersusun Bercham. Seperti kata beliau ;
Mummy terfikir untuk membantu Anak-Anak Yatim apabila Mummy menyertai Tadarus Al Quran tempoh hari di Masjid Asy-Syakirin berdekatan rumah Mummy bersama Qashrin. Anak-anak ini telah menghasilkan satu hasil kreativiti yang Mummy rasa ramai yang akan suka. Hasil kraf yang kreatif ini boleh dipakai guna untuk anak-anak reader and follower Mummy dan juga ia sesuai untuk buat “door gift” di majlis seperti Birthday, Baby Shower, Cukur Jambul dan lain-lain majlis bersesuaian. Semua hasil kraftangan ini boleh di custom-made mengikut citarasa pelanggan.
Projek Amal EQQ ini adalah untuk membantu mereka menambah dan mengumpul dana untuk pusat Anak-Anak Yatim tersebut. Hasil dari jualan kraftangan yang kreatif ini akan dijadikan untuk perbelanjaan harian pusat tersebut.
Syarat2 untuk membantu blogger Mummy mudah saja
  • Support dengan "Follow" blog Mummy + buat satu posting berkenaan Projek Amal EQQ
  • Letakkan Banner El Qashrin Qaisara di blog masing2 
  • Promote tentang Projek Amal Kebajikan EQQ ini.
  • Letakkan juga link posting tadi di petak comment di bawah ni untuk Mummy follow balik blog korang = dah siap post letak link di blog beliau.
Hasrat dan niat blogger Mummy ni sangat2 membanggakan. Semoga dengan bantuan ini juga dapatlah mereka perkenalkan hasil kraft tangan dengan meluas. Amin insyaAllah..

Nota
Sumbangan kita bukan sekadar dengan bantuan kewangan sahaja tetapi banyak lagi cara yang dapat kita lakukan untuk mereka.

P.S. Semoga bulan ramadan yang barakah ini sama2lah kita merebut sebanyak pahala yang berganda2 untuk membantu anak2 yatim + fakir miskin dan mereka yang tidak bernasib baik.. Amin. Mudah2an semuanya berjalan dengan baik. Gd luck untuk Mummy..

0 comment... add one now