Full moon ramadhan + anak saudara baru

Assalamualaikum dan salam ramadhan.. 3 hari lepas masa duduk di tepi jendela sambil menghirup udara seger, mata terlihat bulan penuh dalam dilangit. Memang sangat2 cantik hingga rasa bagai ingin terbang duduk menyinggah disana tapi apa kan daya, aku hanya manusia yang tiada kepak untuk terbang + bukan superwoman yang boleh terbang sesuka hati.

Tangan mula memicit2 butang kamera hingga tidak tahu sudah berapa banyak gambar2 bulan penuh itu diambil. Yang tahu dikepala hanya CANTIK + INDAH + ANGAN2. Macam mana tuh. Har3... Berangan le namanya. Selalu juga pasang angan2 si luncai nak jadi macam Dato Sheikh Muzaffar jadi angkawasan naik ke bulan. har3.. Caya tak? Sukahati korang ler nak caya ke tidak. Janji aku dah ceta. hik3

Oklah guys.. jom ler kita tengok bulan penuh nih sambil berangan2 kalau ler dapat naik ke bulan, apa yang kita akan buat? Picnik? Main teng teng? Atau macam cerita Transformer 3, cari harta karun sampai jumpa bangkai robot yang jatuh ke bulan.?? Har3.. Layannnnn 
Diambil pada jam 10 malam pada 13 ramadhan 1433H = Brunei Darul Salam
Nota
Bila melihat bulan penuh membuat hati kita semakin seronok untuk menyambut Syawal yang tidak lama lagi akan tiba. Dan pada masa itu juga hati tidak sabar2 untuk berkunjung kerumah saudara mara + sahabat handai bertanya khabar sambil memohon kemaafan.

P.S. Bulan ramadhan tahun ini memang benar2 memberi rezeki yang sangat luas buat kami sekeluarga ditambah lagi selepas berbuka puasa tadi dapat whassap dari adik2 di Mesia memberi khabar berita MAK UDA DAPAT ANAK SAUDARA PEREMPUAN LAGI. Alhamdulillah3. Syukur kehadrat ILAHI adik perempuan aku sudah selamat melahirkan anak perempuan. 

Di bulan ramadahan ini, aku sentiasa doakan untuk semua kaum isteri2 yang masih tidak mendapat zuriat akan menyusul nanti seperti adik perempuan aku. Amin3.. Banyakkan membaca Quran dan berselawat, Mudah2an Allah SWT perkenankan doa kita.. InsyaAllah..

P.S.2. Terima kasih untuk semua pembaca kongsibersamanora kerana tidak letih2 menjenguk blog yang tidak semegah ini. InsyaAllah.. jika tiada apa aral akan menyusul surprise selepas HARI RAYA nanti.. Tunggu semua.

0 comment... add one now