Kopi main sorok2 dengan tuan rumah

Assalamualaikum guys... Malam tadi penat sungguh bermain game nyorok2 dengan Kopi. Kopi memang pantang bila kita nyorokkan wajah kita di tempat2 ang dia tak nampak mulalah dia start mahu terjah dan main cuit kat muka kita. Har3.. Best tak?? Tentulah seronok sebab kucing yang tidak berakal pun pandai main game sorok2 dengan tuan dia.. Oklah guys... Jom kita terjah macam mana aksi Kopi main sorok2..


Mula2 kena tenung Kopi dulu. Kalau mata dia dah kerling dengan kita baru cepat2 sorok


Bila Kopi dah fokus aku mula menyorok, dia mula tunggu kalau2 aku main cak2 lagi


Lidah dah mula menjilat maknanya Kopi dah mula cuba nak terjah. Tengok saja matanya


Kopi mula mengatur langkah. Mata memang dah fokus tempat aku menyorok sambil stand by camera.. hik3


Kopi sudah melangkah lebih dekat. Sasaran sudah hampir mengena. Musuh sudah datang... 


Masih mencari dan terus menangkap


Ada ciri nak terjah melompat tuh. Hati2.. Tengok dia pandang pun dah takut. Aku lari sorok kedepan


Gotcha Ummi.. har3.. U loose Kopi Win... Looserrrrr... Cetttt!! 

Nota
Tak sangka kucing pun gemar bermain sorok2.. Masa kecik2 dulu suka main game polis N3. Memang kenangan zaman waktu kecil sangat2 indah dan sweet. Korang pernah main sorok2 dengan abah + mak korang? Lagi bestkan kalau mereka join sekali. Kalau dapat shoot gambar video lagi terbaek...

P.S. Gambar semasa Kopi cuit aku memang tidak sempat nak snap sebab laju sangat dia terkam dan cuit aku. Kalau dapat snap nanti aku kongsikan dengan korang semua. Ok guys.. esok hari sabtu, enjoy shopping esok yang dapat gaji tuh.. hik3..

0 comment... add one now