Bunga kemunting cina penawar barah darah dan leukemia.
Assalamualaikum guys.. Semalam aku ada review balik tentang khasiat bunga Kemunting Cina atau Catharantus Roseus yang boleh merawat penyakit barah darah dan Leukemia. Tidak di sangka sebenarnya bunga yang biasa kita tanam dalam pasu untuk menghias halaman rumah kita boleh meyembuhkan penyakit. Besar sungguh ciptaan Allah SWT kepada hamba-Nya bukan.
Kalau dilihat bentuk bunga Kemunting Cina yang telah dikeringkan ini tak ubah seperti teh bunga atau chrysanthemum tea. Warnanya sama cuma bau dan khasiatnya yang sangat berbeza. Bau bunga kering Kemunting Cina ini seperti bau tembakau dan rasanya seperti teh biasa dan sedikit kelat. Jika dikunyah bunga yang di rendam akan rasakemanisanpahitnya. Difahamkan bunga Kemunting Cina ini beracun tetapi tidaklah sampai memudaratkan. Sebab itu harus diambil dalam dos yang telah ditetapkan.
Cara2 membuat teh bunga Kemunting Cina
- Ambil 20 gram Bunga Kemunting Cina yang berwarna merah atau putih dan jemur hingga kering. Sesudah itu rebus bunga tersebut dengan segelas air masak hingga menjadi separuh gelas. Biaran sejuk dan minumlah 2 kali sehari. Lakukan berulang kali setiap hari hingga sembuh. InsyaAllah....
- Atau rendamkan dengan segelas air panas. Biarkan suam dan minumlah 2 kali sehari.
- Amaran - Bunga Kemunting Cina tidak digalakkan diambil untuk perempuan mengandung dan menyusukan anak.
Nota
Setiap yang kita lakukan haruslah disertakan dengan Surah Al Fatihah + Selawat Syifa dan niatkan dalam hati agar penyakit dapat sembuh sepenuhnya dengan izin-Nya. InsyaAllah
P.S. Kita usaha mana yang boleh. Jangan mengharapkan ubat hospital dan berserah sahaja. Selagi kita mampu melawan penyakit kita lawan tetapi sertakan sekali dengan usaha untuk pulih agar kehidupan lebih menggembirakan dan bermakna...
Pokok Kemunting Cina putih - kredit gambar adrydaud.blogspot.com