Budak 4 tahun tercekik ikan puyu selama 4 jam




Budak empat tahun tercekik ikan puyu selama empat jam

Assalamualaikum guys.. Berita Kosmo macam2 ada. Ada yang sedih + pilu + geram + marah + kelakar + tragedis semua ada. Tapi yang menarik berita dalam Kosmo adalah kes seorang budak lelaki berusia empat tahun tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.

Si kecil Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.


Punca ini berlaku semasa adik Daniel cuba untuk menangkap ikan tersebut tetapi ikan itu melompat terus masuk mulut.
Menurut Shamsuri Shafie “Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong. Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.
Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut. - Kosmo

Nota
Syurkurlah adik Danish selamat walaupun terpaksa menahan kesakitan selama empat jam. Ingatlah pesanan ini wahai sahabat2ku.. ikan puyu jangan dibuat main. Bukan saja bahaya kepada sikecil tetapi orang dewasa juga boleh terkena. Ingat lagi tak N3 ikan puyu aku tahun lepas.. Baca SINI.

P.S. Kalau dah termasuk mulut memang sakit giler coz duri dia tuh mengembang.. Harapnya lepas ni kes begini jadi peringatan untuk semua.

0 comment... add one now