Assalamualaikum semua.. Tahu tidak ikan puyu sebenarnya boleh melompat?? Tak percaya?? Jom aku kongsi dengan korang cerita pendek kelakar tapi benar yang berlaku di PEKAN waktu dulu..
Gambar kredit untuk chineselanguage
Petang tadi tengah duk main2 pokok bunga dengan mertua aku, dia bercerita kisah sekumpulan remaja dalam lingkungan 20an sedang duduk memancing ikan. Banyak juga mereka dapat tangkap ikan termasuk ler ikan puyu. Tengah syok berborak sambil ketawa berdekah salah seorang dari mereka tiba2 tercekik. Kawan yang lain terus panik dan membantu. Alangkah terperanjatnya mereka rupanya ikan puyu melompat terus masuk dalam mulut mamat tuh. Terkebil2 jugak ler mamat tuh. Hendak dikeluarkan memang tidak boleh kerana ikan puyu boleh mengembang dan akan terluka dan koyak jika ditarik begitu sahaja.
Mereka terus menghantar mamat tadi ke hospital kerana harus membuat pembedahan. Leher mamat tuh terpaksa di bedah untuk mengeluarkan ikan puyu. Alhamdulillah semuanya selamat tapi ikan puyu tuh jer yang arwah.... Innalillah.....
P.S. Lain kali kalau nak gelak besar2 kena tutup mulut. Jangan sembur menganga gituh jer.. Tak pasal2 operation free der.. Sebab itu orang tua2 kata kesopanan harus di jaga. Kalau ketawa mesti ada sopannya. Kalau tidak jangan nak ketawa mengadap ikan puyu. Karang jadi operation free macam mamat nih.. Naya der
bahaya2..