PUSAT PERUBATAN KOHILAL KLINIK PAKAR SAKIT PUAN DAN KANAK KANAK

Assalamualaikum guys... Hari ini tup2 aku nak kongsikan dengan korang al kisah klinik PPKSB atau Pusat Perubaran KOHILAL SDN. BHD. Pusat Perubatan Kohilal Sdn. Bhd. (PPKSB) yang terletak di 225 jalan Negara 2, Taman Melawati  berhadapan  Medan Selera Taman Melawati.  

Klinik PPKSB ini mempunyai beberapa Doktor pakar sakit Puan. Salah seorangnya adalah Dr. Marsita Mansor. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Obstetrical and Gynaecological  (O&G) telah bersedia untuk menawarkan kepakaran beliau di PPKSB. Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah hospital pakar di Arab Saudi antaranya; King Fahd Armed Forces Hospital, Jeddah  dan  International Medical Center, Jeddah serta pernah merawat keluarga Diraja Arab Saudi. Beliau adalah di antara beberapa orang pakar kesuburan dan kerap mengendalikan proses bayi tabung uji. 


Dr. Marsitah Mansor "Pakar Obstetrik & Gaenokologi dan Pakar Fertility Treatment"

Pusat perubatan Kohilal Sdn. Bhd.(PPKSB) juga menawarkan perkhidmatan bersalin 24 jam, kemudahan bersalin ini dilengkapi dengan bilik bedah, bilik-bilik perseorangan, wad terbuka, bilik penjagaan bayi, phototheraphy dan lain-lain.

Dalam usaha menambahkan pengetahuan bakal-bakal ibubapa terhadap aspek pregnancy, kelahiran dan prosesnya pihak PPKSB juga telah dan akan terus menganjurkan Antenatal Class yang biasanya diadakan pada setiap hari Ahad minggu pertama dengan bayaran yang cukup minima. Pihak pengurusan akan memaklumkan tentang tarikh dan perkara yang berkaitan dari semasa ke semasa. Kelainan yang dipersembahkan oleh PPKSB ialah proses pregnancy  dan kelahiran dari perspektif Islam di samping pengetahuan dari sudut kesihatan yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing. 

Bermula Oktober 2010, PPKSB telah menambah waktu perkhidmatan dan akan mula menawarkan perkhidmatan Klinik Pakar Sakitpuan melalui temujanji yang akan dikendalikan oleh Dr. Marsita Mansor pada setiap hari Ahad dari jam 9 pagi - 1 tengahari. Klinik Rawatan Am akan beroperasi dari hari Isnin hingga hari Sabtu bermula dari jam  9 hingga jam 10 malam. Klinik am akan berhenti rehat untuk Solat Zohor dari jam 2 petang - 3 petang dan juga akan berhenti rehat untuk Solat Asar selama 15 minit.

Tawaran-tawaran pakej bersalin terendah antara yang  mampu ditawarkan oleh pihak PPKSB dan kos rawatan yang wajar hendaklah direbut oleh semua pihak. Pihak-pihak yang berminat untuk disenaraikan sebagai panel atau ingin mendapatkan khidmat kesihatan dari PPKSB  bolehlah menghubungi talian talipon PPKSB : 03 41068466/41068467/41068468   atau faks 03 41068469 atau email :ppksb@tm.net.my. Boleh juga lawati laman web DISINI.. 

Nota
Aku kenalkan Doktor Marsitah Mansor untuk semua pembaca2 kerana agak sukar untuk kita kaum muslimah berhadapan dengan Pakar sakit puan dari Doktor lelaki. 

P.S. Aku ada kenal seorang Dr. Pakar IVF (In Vitro Fertilisation) persenyawaan sperm suami ke isteri. Beliau bernama Dr. Prashan. Handsome Doktor yang mempunyai klinik di Bukit Damansara.. Saper2 yang ingin melakukan IVF, pergilah berjumpa dengan beliau. Sudah 3 sahabat aku sudah menimang anak kembar hasil kepakaran Dr. Prashan.. Tapi sebaiknya pergilah berjumpa dengan Doktor perempuan dulu.. Lebih selesa dan tidak segan untuk bertanya...

Kredit info semua dari PPKSB

0 comment... add one now