Khasiat manggis penawar penyembuh ulser perut, mulut dan usus

Assalamualaikum guys. Khasiat buah manggis.
Setiap hari minggu memang time aku berbelanja barang2 dapur. Selalunya barang2 yang paling utama sekali di jengah2 adalah part buah2an. Sorong troli nampak pisang montel ambil. Sorong depan sikit nampak buah passion ambil, jeling sebelah nampak buah anggur ambil, jeling sebelah lagi terbeliak biji mata nampak buah manggis MADE IN MALAYSIA mari... Hahahaha... terbaek dari ladang. 

Selain khasiat manggis yang banyak kebaikkan, kita patut menyelami rasa dan isi warnanya yang putih gebus. Segar rasanya dapat membanyangkan. Lama bebenor tidak dapat makan MANGGIS dari Malaysia. Selalunya pasaraya2 kat sini memang ada jual buah manggis tapi kebanyakkan di ambil dari negara Thailand. Aku bab buah dari negara nih memang seboleh2nya tidak mahu di makan.. Banyak bahan2 kimia diberikan untuk mengekalkan kesegaran buah tersebut.. Baca livingbyheart.tripod.com untuk kisah lebih menarik lagi.


Enjoy rich creamy guilt-free goodness

Ada yang kata khasiat manggis biasa2 saja seperti buah orange, epal dan lain2. Tetapi sebenarnya kita sedia maklum kulit dan isi manggis sangat baik untuk dijadikan awet muda. Orang kata kalau nak cantik kulit dan kekal muda makan manggis.. Betul ker? Dan ada pula yang menggunakan kulitnya untuk tujuan skincare atau produk kecantikan. Itu memang betul. Jom kita tengok apa lagi khasiat buah manggis..


  • memperlahankan perjalanan usia - awet muda
  • Menentang jangkitan bakteria
  • Mencegah Alzheimer
  • Memperbaiki gejala Parkinson
  • Membantuan rasa kebimbangan dan kemurungan
  • Membantu mengurangkan alahan
  • Meningkatkan kesihatan gusi dan mata
  • Melawan kulat dan parasit
  • Bantuan kesihatan sokongan vaskular


  • Mengurangkan Migrain
  • Menyembuhkan ruam kulit
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengembalikan tenaga
  • Mengurangkan keradangan
  • Mengurangkan kesakitan - sebarang penyakit
  • Mengurangkan pembentukan tumor atau ketumbuhan
  • Mengurangkan sakit saraf
  • Demam yang lebih rendah
  • Menurunkan paras kolesterol - Lemak
  • Merangsang pertumbuhan sel darah merah


  • Membantu dalam penyembuhan ulser perut, mulut dan usus
  • Membantu melawan virus dan jangkitan
  • Support jisim tulang
  • Meningkatkan tindak balas imun
  • Membantu melindungi jantung
  • Membantu mengurangkan pembentukan Katarak - Katarak adalah kekaburan kanta mata (sebahagian daripada mata yang bertanggungjawab untuk memberi tumpuan cahaya)
  • OK NEXT.....


Kenal dengan buah ini? Sudah semestinya tahu bukan? Tahun lepas aku ada kongsikan dengan korang tentang khasiat buat markisa atau lebih popular dikenali sebagai passion. Ingat sudah? Hahaha.. mesti korang tertanya2 kenapa buah passion ini kecut semacam? Sebenarnya memang aku sengaja biarkan seminggu dalam bakul agar rasa buah passion lebih menarik dan kurang rasa masam.. Ini petua aku dapat dari orang Afrika sendiri. Diorang kata kalau nak beli passion yang sedap maka cari yang sedikit kering atau kecut. Baru ummppphhh... 


Isinya yang kekuningan dan kulit bewarna ungu sangat baik untuk pesakit KANSER. Rasanya kurang masam berbanding buah passion yang berkulit kuning. Bijinya hitam seperti seakan2 biji buah tembikai. Baca selebihnya khasiat buah passion DISINI.


Bila sudah kering memang mudah dikeluarkan isinya dengan menggunakan sudu kecil. Sedap di makan begitu..

Nota
Banyak khasiat buah2an di dunia ini. Mana yang tidak pernah mencubanya, sila2kan ler memberanikan memakannya. Tak rugi pun malah memberikan kita kesihatan yang lebih baik serta memulihkan perlbagai jenis penyakit..

P.S. Teringat sahabat membuat pavlova dengan menaburkan buah passion sebagai hiasan. Sangat sedap.. Masam2 manis sampai terkenyit2 mata memakannya.. hik3.. Jadi enjoy makan buah manggis.

0 comment... add one now