Khasiat lempoyang penawar penyakit Anaemia atau kurang darah merah

  
Lempoyang dan pokoknya. Kredit untuk selangorkini dan ainputeri

Assalamualaikum guys... Hari ini kita berkongsi petua untuk yang mengidapi penyakit Anaemia iaitu manusia yang kekurangan darah merah di dalam sistem badan. Kebiasaan orang yang menghidapi penyakit ini sentiasa berada dalam keadaan yang kurang stabil dan sentiasa merasa lemah badan dan mengantuk.

Anaemia sangat senang berlaku kepada ibu2 mengandung kerana antibodi yang tidak stabil. Jika tidak di rawat atau tiada tindakan awal menyusul, ia boleh menbahayakan kandungan dan masalah semasa hendak bersalin. Jadi perbanyakkan minum air masak dan makan buah2an.

TANDA2 SESEORANG MENGIDAP PENYAKIT ANAEMIA
  • Badan menjadi sangat lemah
  • Wajah pucat dan selalu pening kepala
  • Selalu mengantuk
  • Mudah terkena sakit
  • Badan terlalu kurus

CARA MERAWAT ANAEMIA
  • Ambil 3 kerat lempoyang, dibasuh lalu diparut atau ditumbuk bersama2 kulitnya sekali sehingga halus. Kemudian di rebus dengan 3 gelas air serta dicampurkan gula jawa (gula melaka) 3 @ 2 ketul sebesar ibu jari. Masak sehingga air menjadi satu gelas. Suamkan kemudian di minum. Sebaik2nya lakukan sebelum masuk tidur. 
  • Lakukanlah sekali sehari sehingga 2 atau 3 bulan. InsyaAllah sembuh dengan izin-Nya. Kemudian pergilah check up untuk kepastian sembuhnya.

ATAU cara kedua
  • Ambil daun bayam, ramas2kan sehingga daun tersebut lembut dan diperah untuk di ambil airnya. Campurkan air bayam dengan sebiji telur ayam kedalam botol tertutup dan di goncangkan sehingga rata. Kemudian campurkan 1 sudu madu lebah asli dan goncang lagi hingga rata. Minum habiskan. Lakukan sekali sehari. 
  • Selepas sebulan melakukan amalan ini cubalah lakukan check up untuk susulan. Jika masih kurang lagi darah merah amalkan lagi sehingga rasa diri benar2 sembuh..
  • InsyaAllah.. Niatkanlah dan yakin bahawa DIA Maha Penyayang dan Menjadikan...

Nota
Bukan semua penyakit Anaemia dapat di rawat dengan begitu mudah. Pengambilan makanan berdaging atau kerang yang berlebihan juga amat bahaya untuk kesihatan. Makan banyak buah2an yang tinggi nutrien sangat baik untuk pesakit ini.

P.S. Makan buah beet root amat berkesan. Selain warnanya yang merah beet root juga mempunyai khasiat folid acid, B6, B12, vitamin C dan banyak lagi... Aku suka bakar beet root dengan spraykan minyak zaitun, pepper dan salt... bakar.. Nyummmmm...

P.S.2. Pilihan beet root yang bersaiz kecil seperti tomato lebih manis dan sedap. Untuk pesakit kanser adalah bagus sekali mengambil jus setiap hari semasa perut kosong. Baca Khasiat beet root dan cara membuat jus

0 comment... add one now