Khasiat bunga zucini dan buahnya baik untuk kesihatan mata


Zucchini yang bewarna kuning dan hijau. Kredit gambar untuk ifood.tv
Assalamualaikum guys... Adusss... hari ini tiba2 tekak aku nak makan bunga zucchini pulak. Haishhh!!! kat mana nak cari nih. Last week merata jugak aku cari kat pasaraya kat sini tapi tak jumpa. Memang susah nak dapatkannya kecuali jika ada di pasaraya2 besar.

Korang pernah makan SAYUR ZUCCHINI dan bunga tidak? Sayur zucchini yang seperti buah timun ini sangat bagus untuk di makan kerana mempunyai vitamin c dan kebaikan yang baik. Bunganya yang bewarna orange kuning ini sangat sedap jika di salut tepung dan di goreng begitu sahaja. Ohhhhh!!! rasanya memang superb. Sayur zucchini pula jika di buat soap sayuran lebih menyelerakan. Sesekali tukar selera apa salahnyakan. Untuk mendapatkan buah zucini memang senang tetapi bunganya memang sangat2 susah. Jika di Malaysia rasanya ada di jual di supermarket seperti di Cold Storage dan market2 lain tetapi tidak selalu ada.

Kebaikan sayur zucchini atau timun Jepun
  • mengandungi Vitamin C dan lutein yang menggalakkan kesihatan mata
  • mempunyai kalori rendah yang baik untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Satu timun Jepun mempunyai hanya 25 kalori atau lebih kurang 15 kalori setiap 100g
  • membantu menyembuhkan asma kerana ia mengandungi Vitamin C
  • membantu untuk mencegah penyakit seperti skurvi, lebam dan sebagainya, yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin C
  • apabila diambil secara berterusan boleh berkesan merendahkan tahap homocysteine ​​yang tinggi
  • menghalang risiko yang mempunyai multiple sclerosis (MS)
  • Kandungan air yang tinggi pada timun Jepun adalah sempurna bagi mereka yang berdiet 
  • mengandungi jumlah baik folat, kalium, dan vitamin A penting untuk kesihatan yang baik
  • boleh membantu melindungi daripada kanser kolon (kanser dalam perut)

Bunga zucchini yang masih melekat pada buah zucini adalah lebih baik kandungannya dan lebih segar. kredit gambar 4 umami.typepad.. 

Bahan2 untuk salt bunga zucini
  • Beberapa bunga zucchini 
  • 1/2 cawan tepung purpose ATAU tepung biasa + 2 sudu tepung jagung
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 cawan air sejuk + ice atau air sejuk biasa
  • garam dan lada hitam @ black pepper
Pukul telur dengan perlahan2 hingga rata + tepung + air sejuk + garam hingga sebati dan tidak terlalu pekat. Jika cair tambahkan tepung jagung sesudu dan gaul rata. Celup bunga zucchini dan goreng hingga garing. Letak dalam pinggan dan taburkan serbuk lada hitam jika suka.


Bunga zucini yang telah pun di salut tepung dan goreng rangup.. Superb

Nota
Apabila makan zucchini atau timun Jepun, korang jangan sesekali buang kulitnya kerana ia mengandungi nutrien beta-karotena, vitamin yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan pengoksidaan. hahaha... ingat tuh. Banyakkan khasiat zucchini nih. Make sure korang jangan salah beli pula. Timun Jepun memang ada tapi zucchini adalah buah yang sama rupa dengan timun Jepun yang selalu kita makan begitu saja. Rangup dan sodap....

P.S. Mr. hubby balik petang nih nak ajak pergi cari bunga zucini. Kalau jumpa aku kongsi ler nanti dengan korang sorang sikit. hik3.... Wish me luck.. Ngidam nih.. errkkkk bukan ngidam tuh ler... Perut yang ngidam tapi kenyang... hwa3...

0 comment... add one now