Hidangan roti pita dan hummus


Assalamualaikum guys... Semalam tekak kitorang nak makan style ala2 Arabic. Korang suka makanan Arab? Aku tengok makin banyak restoran2 makanan Arab kat Kuala Lumpur + Shah Alam + Subang. Paling famous sekali nasi mandhi. Sodap tuh. Masak sendiri lagi sodap. Nanti ler aku kongsi dengan korang resipinya.

Menu yang kitorang makan semalam paling simple + berkhasiat + sihat. Hanya buatan sendiri iaitu roti pita dan hummus. Korang suka? Jom kita cuba buat malam nih. Senang jer.. Kalau rajin menguli maka jadi ler roti pita tuh.


Sebelum nak uli roti kena rebus kacang kuda atau chick peas tanpa garam. Kalau rendam semalaman lagi bagus kerana cepat masak. Ok kita biarkan dulu kacang tuh.



Bahan roti pita
  • Tepung 2 cawan
  • Minyak zaitun 1 sudu besar
  • garam secubit + gula 1 sudu kecil + suku cawan air suam = gaul rata
  • sedikit baking powder (ini aku tak letak coz mr. hubby tak mkn)
  • Gaul semua bahan dan uli hingga licin dan tidak melekat. Pastikan masa menguli tuh biar sedikit lama agar roti lebih lembut dan sedap. Kemudian bulat2kan seperti capati. Dah siap, tutup dengan kain dan biarkan setengah jam. 
Bahan Hummus

 
  • 1 1/2 @ 2 cawan Kacang kuda @ cheek peas yang telah di rebus (dalam tin pun boleh guna tapi tak di galakkan)
  • 1/2 cawan Paste tahini ATAU bijan di sangai/goreng atas kuali tanpa minyak mcm gambar kemudian blend guna dry blend hingga halus dan pekat
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu lemon jus
  • pepper + garam secukup rasa + sedikit daun parsley
  • Masukkan semua bahan dalam food processor atau blend hingga menjadi halus.
  • Jika guna blend biasa texture kacang kuda tidak berapa halus. Transfer hummus menggunakan dry blend dan blend hingga halus.
  • Hias Hummus dengan taburan paprika atau cili atau kari dengan minyak zaitun dan hiasan parsley


Gambar Hummus aku yang sangat2 simple dan texture tidak berapa halus kerana penggunaan blend biasa. OK lah tuh.. janji masyukk... 

Cara menggulung : Roti pita yang telah di rol tipis di bakar atas kuali tanpa minyak. Balik2kan hingga kelihatan warna coklat di permukaan dan angkat. Sapukan Hummus atas pita dan susun hirisan tomato + hirisan bawang besar + daun salad (apa jenis boleh) + kebab daging atau ayam jika suka. Gulungkan dan makan.. Emmmmmmm.... sedap dan sihat.

Nota 
Banyak kebaikan dan khasiat yang ada dalam kacang kuda, bawang putih, minyak zaitun, pepper dan bijian bijan. Kacang kuda membantu mengurangkan kolestrol dan tinggi fibre serta protein. 

P.S. Selamat mencuba. Kalau jadi kasi tau ler.. Orang lelaki sekarang dah terer masak tau. Gd luck.. Psstttt... gambar roti pita yang atas tuh aku pinjam dengan mr. google.. kitorang punya roti dah lesap di makan.. hik3..

0 comment... add one now