Assalamualaikum. Badam atau nama saintifik dipanggil Prunus Dulcis adalah kacang kegemaran semua orang termasuk saya selain Macadmia + Pecans dan Walnut. Sejak dari kecil lagi saya memang gemar sangat makan badam. Baik yang sudah dipanggang atau dibuat susu. Lagi2 bila badam ini dipanggang dengan madu. Perghhh!!!! snack kegemaran saya tu. Anda pasti tahu kebaikan badam ini. Di negara India dan Arab mereka sangat gemar menggunakan badam sebagai pencuci mulut + masakan + minyak + susu kerana kebaikan badam ini sangat bagus untuk diet mereka. Jadi apa lagi yang sangat bagus selain diet?
BADAM
Badam sejenis kekacang bewarna coklat dan berbentuk bulat bujur dan isinya keras. Rasanya sedikit pahit lemak2 dan manis. Badam adalah kacang yang memberi pengurangan kolestrol kesihatan yang sangat baik kerana rendah kandungan asid lemak tepu + mengandungi isi serat + kaya asid lemak tak tepu + antioksidan + mineral seperti magnesium dan perlindungan serta protin tumbuh2an. Walaupun badam mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi tetapi ia mampu memberi manfaat untuk mengurangkan berat badan. Bestkan. Sebab itu bila saya kunyah segenggam badam yang telah dipanggang, perut saya tahan lapar. Saya boleh lagi makan makanan yang ringan seperti roti dua keping saja dengan secawan kopi atau sebiji buah epal.
Kawan saya yang berbangsa India pernah kata. Makan badam mentah yang sudah direndam ni bagus untuk otak minda kita. Ia menguatkan ingatan memory dan lebih baik jika diambil dari sekarang agar tidak mudah pelupa. Wow.. badam mentah rendaman ni bukan saja bagus untuk diet dan kesihatan ya malahan untuk otak cerdas dan ingatan. Cool... iloike.
Kawan saya yang berbangsa India pernah kata. Makan badam mentah yang sudah direndam ni bagus untuk otak minda kita. Ia menguatkan ingatan memory dan lebih baik jika diambil dari sekarang agar tidak mudah pelupa. Wow.. badam mentah rendaman ni bukan saja bagus untuk diet dan kesihatan ya malahan untuk otak cerdas dan ingatan. Cool... iloike.
Di India dan Pakistan, badam telah menjadi sebahagian diet berabad2 lamanya. Badam pertama kali disebarkan manusia pada zaman purba di sepanjang pantai Mediterranean ke utara Afrika + Asia dan Selatan Eropah dan akhir sekali membawa ke Amerika Syarikat. Orang Perancis memberi nama Badam kepada Almande
FAEDAH KEBAIKAN BADAM
1) Mencegah penyakit dan serangan Jantung
Badam memiliki asid lemak mono tak tepu yang sama manfaat lemak dari minyak zaitun. Memiliki kebaikan antioksidan berasaskan tumbuhan yang terdapat dalam kulit badam + vitamin E untuk meningkatkan kesihatan dan lelindungi bahaya pada arteri dan mengurangkan keradangan. Baik untuk mereka yang menghadapi kolestrol yang tinggi + diabetes + strok.
2) Mengekalkan kesihatan kulit yang cantik
Kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang dapat mengurangkan tanda2 penuaan dan menyuburkan kulit. Mampu melawan kanser kulit dan kerosakan kulit dari pencemaran cahaya UV yang rendah. Mampu mengekalkan kulit terhidrat dan mampu menyembuhkan luka
3) Mengawal tahap gula dalam darah dan mencegah Diabetes
Kaya dengan MUFA - membantu melambatkan kadar glukosa iaitu gula ke dalam aliran darah dan mampu mengurangkan risiko diabetes + keradangan dan berat badan yang tidak sihat.
4) Baik untuk kesihatan Otak
IbuI2 di India sangat menggalakkan dan mengamalkan pemakanan Badam pada anak2 mereka terutama yang masih belajar. badam megandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnitine yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Orang dewasa yang semakin meningkat sangat baik mengambil badam untuk mengurangkan risiko keradangan yang boleh menyebabkan gangguan otak termasuk demensia dan penyakit Alzheimer
5) Meningkatkan penyerapan Nutrien
Tubuh badan kita memerlukan jumlah lemak yang cukup dalam diet FAT SOLUBLE iaitu vitamin A dan D. Badam mengalkalikan saluran penghadaman + mengurangkan pembetukan asid dan mengimbangkan pH badan. pH yang sihat adalah penting untuk pencernaan + imuniti dan pencegahan penyakit.
6) Membantu mengurangkan berat badan dan mencegah makan berlebihan
Lemak sihat dan bantuan serat dalam penurunan berat badan membantu perut berasa kenyang dari mengambil makanan berlebihan dan snek yang tidak sihat. Mengamalkan makan badam mampu mengekalkan berat badan yang sihat dan kadar obesiti yang lebih rendah dari mereka yang mengelak makan badam.
7) Meningkatkan kesihatan penghadaman
Badam dan kulit badam mengandungi komponen probiotik yang membantu penghadaman + detoksifikasi + pertumbuhan bakteria yang sihat dalam usus dari mencegah kekurangan nutrien. Memberi peningkatan usus bertambah baik dan menggalakkan pelbagai manfaat kesihatan dari prebiotik + prekursor untuk probiotik
8) Membantu melawan Kanser dan Radang
Badam sumber yang sangat baik mengandungi tokoferol gamma - sejenis vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan yang kuat melawan kerosakan radikal bebas dan tekanan oxidantive yang mampu menyebabkan Kanser
9) Membantu mengekalkan kesihatan gigi dan tulang
Sumber kebaikan mineral termasuk magnesium dan fosforus. Merupakan nutrien penting membina dan mengekalkan tulang dan gigi kuat. Mencegah kerosakan gigi + melawan kaviti + mengurangkan risiko keretakan tulang dan melawan osteoporosis
Ok guys... kebaikan badam sedikit sebanyak kita dah tau. Jadi kita cuba buat resipi SUSU BADAM pula macam mana. Sedap ke tidak kita boleh olah dengan pelbagai rasa. Jom kita
MENGAPA BADAM MENTAH PERLU DIRENDAM
Kerana kulit coklat badam mengandungi tanin yang menghalang penyerapan nutrien. Sebaik sahaja anda merendam badam, kulit akan mudah tertanggal dan membolehkan kacang memberi semua nutrien dengan mudah.
MENGAPA BADAM MENTAH PERLU DIRENDAM
Kerana kulit coklat badam mengandungi tanin yang menghalang penyerapan nutrien. Sebaik sahaja anda merendam badam, kulit akan mudah tertanggal dan membolehkan kacang memberi semua nutrien dengan mudah.
RESIPI SUSU BADAM
Bahan2
- 1 cawan Kacang badam mentah
- 4 cawan air masak atau mineral (nak pekat kurangkan air)
- Sesudu kecil esen vanila
- 3 biji kurma kering dibuang biji
- Secubit garam
Basuh badam dengan bersih dan rendam dengan air masak atau mineral semalaman. Tidak perlu bersihkan badam dengan meramas2 hingga tertanggal kulit badam ya. Cukup sekadar basuh perlahan2 seperti basuh beras.
1) Tos air rendaman badam dengan campuran 4 cawan air masak/mineral ke dalam jug pengisar.
2) Kisar hingga halus. Tapis dengan penapis kain atau tapis uncang kain teh tarik kedalam mangkuk. Masukkan balik susu badam dalam blender
3) Masukkan 3 biji kurma kering yang dibuang biji. Jika suka boleh tambahkan buah kismis.
4) Masukkan secubit garam + esen vanila dan kisar halus. Kisar. Tapis balik
5) Tuang dalam botol kaca atau mana2 botol bebas BPA
6) Simpan dalam fridge atau peti ais.
Boleh juga disatukan kesemua bahan2 sebelum dikisar. Mudah dan cepat. Saya suka kisar berasingan kerana hampas badam boleh dibuat scrub pada muka saya. Itu sebab saya asingkan. Kulit jadi lembap dan bersih.
Taraaa.... dah siap susu badam saya. Senangkan nak buat. Kalau suka manis anda boleh tambah sesudu dua gula brown sugar atau sedikit madu. Jika guna gula stevia, rasa manis sedikit berbeza. Ikut kesukaan masing2. Saya lebih suka guna kurma atau madu saja. Lebih sedap dan berkhasiat. Boleh baca 10 kebaikan susu ya. Banyak kebaikan minum susu yang kita jarang tau.
Ok ladies. Cukuplah setakat tu jer kita ambil tahu kehebatan dan kebaikan BADAM. Banyak sebenarnya benefit Badam ni tapi cukup sekadar yang penting saja. Jangan lupa mencuba sendiri buat susu badam dirumah. Kalau mampu beli tapi lebih baik buat sendiri. Jimat dan lebih sihat.
NOTA UNTUK ANAK2
NOTA UNTUK ANAK2
Untuk anak2 pula ia sangat baik utk otak dan minda. Cergas dan cepat menghafal. Jika malas nak buat susu badam, boleh amalkan cara ini saja. Tapi tidak semua anak2 suka makan badam mentah yang kembang. Rendam 3 biji badam mentah setiap malam biarkan kembang sampai esok pagi. Bila dah kembang bagi anak2 makan badam tu. Rasa2nya apa ya kesedapan badam mentah kembang tu??
Mestilah tak sedap tapi sangat BAGUS untuk otak. Jadi kalau anak2 tak suka makan macam tu, lebih baik buatkan dia susu badam. Minum secawan kecil sebelum tidur dah bagus. Boleh minum sejuk atau panas. Sebaiknya panaskan sedikit dan tambahkan serbuk coklat seperti milo atau apa2 juga flavour coklat. Memang sedap..
HAMPAS BADAM BUAT SCRUB MUKA
Oh ya sebelum terlupa. Hampas badam yang telah di blender jangan dibuang. Boleh buat scrub muka dan badan tau. Bersihkan muka dulu dengan pembersih yang anda guna. Kemudian ambil hampas badam tadi dan gosok rata pada wajah. Gosok perlahan2. Fokus pada bahagian dahi hidung dan dagu. Jika ada jerawat gosok perlahan2. biarkan kering untuk setengah jam atau lebih. Bilas dengan air sejuk. Kulit akan lembap muda dan nampak lebih bersih.
HAMPAS BADAM BUAT SCRUB MUKA
Oh ya sebelum terlupa. Hampas badam yang telah di blender jangan dibuang. Boleh buat scrub muka dan badan tau. Bersihkan muka dulu dengan pembersih yang anda guna. Kemudian ambil hampas badam tadi dan gosok rata pada wajah. Gosok perlahan2. Fokus pada bahagian dahi hidung dan dagu. Jika ada jerawat gosok perlahan2. biarkan kering untuk setengah jam atau lebih. Bilas dengan air sejuk. Kulit akan lembap muda dan nampak lebih bersih.
Selamat mencuba. Kalau bagus kongsikan artikel ni ya.. xoxo
KESIHATAN YANG BAIK KELUARGA YANG SIHAT