Pistachios dan kelebihannya

Pistachio peanut atau kacang pistachio
Assalamualaikum guys... Hari nih kita suka2 borak2 cerita tentang kacang plak. Korang gemar makan kacang nih? For sure ler sukakan. Kacang Pistachios nih banyak kebaikannya dan yang penting 90% lemak yang ada dalam Pistachios adalah mono dan polyunsaturated yang sihat. Pistachios juger sumber baik serat atau fiber. Rasanya yang manis, lemak, rangup dan natural masin membuatkan nak makan lagi dan lagi dan lagi.

Bayangkan semangkuk kecil kacang Pistachios khasiatnya seperti kita memakan 3 biji buah plum.  Hebatkan kacang nih..
Seluruh dunia gemar dengan kacang Postachios. Ada yang memanggil Pistachios dengan pelbagai gelaran seperti negara Iran menggelarkan kacang ini dengan panggilan "kacang tersenyum", Negara China pula dengan gelaran "kacang gembira" dan ada yang suka memanggil dengan gelaran "badam hijau".. Aku?? Nama Pistachios juger syok disebut... hik3.. Tapi anak sedara aku panggil kacang nih "kacang pistos".. hik3... Cutekan....


Persediaan menyerang kacang Pistachios sebelum menonton movie.. Sedap di makan bersama air kopi panas. Tapi kitorang suka mengunyah dengan jus berry's. Superb.. Suka makan pada malam hari kerana ia serat dengan fiber dan senang ke toilet pd esok pagi...


Pistachios yang gebus dan harganya agak murah di sini. Sekilo cuma 12 hinggit Brunei (lebih kurang 26 hinggit ler) Seminggu sepeket kitorang bedal. Cukup ler tuh.. Kalau transit di Airport Dubai mesti grab 4 peket untuk bawak balik Malaysia. Rasanya masa tuh sekilo dah mencecah pada harga 55 Dirham. Sekarang mesti dah naik harga...


Untuk mengopek Pistachios nih harus ada kekuatan kuku. Kalau cik kakak dan abang2 kita yang gemar simpan kuku panjang, bersedia jer ler.. Nak selamat buat macam aku. Kopek dengan sudu kecil. Kuku selamat dan kulit kacang nih pun tak rosak. Dah makan aku simpan kulit nih... Buat apa?? Ahhhh ini yang kita nak tahu...


Ahhhhh... ini ler kulit Pistachios yag telah di kopak2 oleh kami.. Aku simpan kulit nih coz MAK aku punya tangan memang kreatif. Ada saja benda2 terbuang yang dia gubah. Contohnya kulit Pistachios nih... Nak tahu salah satu benda yang dia gubah?? U followww.....

  

Ini ler air tangan MAK menyiapkan bunga dulang yang sangat simple. Yang ini bunga kulit Pistachios yang lama. Tidak berapa clear.. Ini jer yang ada dalam simpanan. Yang terbaru tak sempat nak snap coz mak aku dah hantar pada makcik yang anaknya nak menikah.... Klik gambar untuk pembesaran Anmum


Gatal tangan. Susunan atas meja hasil kerja tangan Nurmisnan.. Hikhikhik... Cantik tak?? Buat frame lawakan... Puji sendiri daaaa....


Hasil kerja tangan kedua... Macammmm.... tuttttt jer... Hu3

Nota
Sejarah mengatakan February 26th is recognized by pistachio lovers as World Pistachio Day ( a day to honor the historical nut) dan juga Ratu Balkis atau Queen Of Syeba juga pencinta kacang Pistachios. Beliau mengarahkan seluruh tuaian kacang Pistachios mengasingkan khas untuk beliau. Ratu yang mementingkan dirikan. Nama pun RATU makanya apa yang dia mau pasti dapat.

P.S. Selain kacang badam, Pistachios juga dapat MENGUATKAN INGATAN atau MEMORI. Jadi tidak rugi mengunyahnya. Sesekali apa salahnya korbankan sikit duit untuk minda dan kesihatan kita.. Ok guys.. Selamat bercuti esok. Enjoy

0 comment... add one now