Assalamualaikum dan salam takziah... Semalam petang jam 5.45 petang masa kita semua sibuk hendak menyediakan juadah berbuka puasa kita dikejutkan pula dengankejadian tanah runtuh di Cameron Highland yang berlaku di perkampungan orang asli di Sungai Ruil, Tanah Rata.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan semua sembilan mangsa dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, di sini semalam.
Tragedi itu mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat wanita dan tiga lelaki manakala dua lagi cedera parah.
Mereka yang maut ialah Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, dan kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk bedah siasat.
Sementara dua yang cedera iaitu Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut. sumber dari bernama
Nota
Marilah kita beramai2 mendoakan kesejahteraan dan kedamaian kita bersama2 agar dapat menjalankan ibadah dibulan ramadhan yang penuh barakah ini. Al Fatihah untuk kesemua mangsa2 tanah tuntuh di Tanah Ruil dan Takziah untuk semua keluarga2 mangsa... Ingatlah ini hanya satu ujian dari Allah SWT untuk kita. Walaupun berat untuk kita hadapi haruslah ditelan untuk menerima takdir dari-Nya...
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.