Assalamualaikum guys... Masa terpandang gambar2 ini ia mengingatkan aku sewaktu berpondok di Afrika. Kemiskinan dan kebuluran makanan menjadi kehidupan mereka terutama yang tinggal di Somalia, Congo dan banyak lagi. Aku tidak pernah sampai kesana namun cari cerita mr. hubby sahaja buat aku menyembunyikan kesedihan depannya. Dah nasib mereka begitu. Ada kerajaan pun tak guna. Masing2 tamak haloba mengizinkan manusia2 yang sudah sedia tamak merampas harta2 mereka. Yang kaya semakin menggunung duit mereka tapi yang miskin semakin ke tanah tilamnya.
So touching... Ohhhhhh!!!!
Oh dear.. One day guys akan ada komputer untuk mereka
Hendak makan pun harus beratur... kasihan si kecil..
Oh dear..
Selipar jepun RM2 di Giant kalau dapat di sedekahkan kepada mereka mesti mereka suka giler...
Nota
Kita sekarang menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan tanggungjawab. Makanan dan minuman sentiasa berubah2 menu dan lazat di nikmati bersama keluarga tersayang. Namun setiap suapan makanan kemulut kita, adakah kita terfikir sejenak bagaimanakah nasib rakyat2 SOMALIA, GHAZA Palestine, IRAQ dan negara2 yang sedang menjalani ibadah puasa tanpa makanan yang sedap2 dan susah untuk mendapat makanan dan air... Terkadang bila terfikir begitu terhenti seketika. Bila hendak tidur juga terbayang bagaimanakah nasib mereka dalam cuaca kesejukan tanpa berselimut tebal dan tilam empuk... Ya Allah... Kau kurangkan beban mereka dan permudahkanlah urusan mereka.
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.