Khasiat kentang + vitamin + my lunch

Assalamualaikum guys.. Khasiat kulit kentang. Hari nih nak kongsi cerita tentang lunch aku + korang semua dan khasiat vitamin c dan kentang. Sedikit info walaupun korang boring nak baca, namun kena baca jugak agar masing2 tahu apa itu KENTANG dan vitamin C.


Makan tengahari hanya 4 ketul takoyaki sotong dengan 3 keping crisscut fries.. Cukup untuk mengenyangkan perut hingga petang. Selalunya jika tak ambil sarapan pagi KECUALI 1 mug besar black coffee makanya lunch aku sedikit berat seperti ini. Kadang2 sarapan 1 mug coffee + susu segar + 2 bun roti + butter.. Pun sudah kenyang sampai petang baru masakkan untuk mr. hubby some fish + chips buatan sendiri. Kentang fresh kalau di potong wedges + black pepper + olive oil (minyak zaitun) + garam dan panggang atas kuali sedikit garing = superb wedges wa cakap lu + sihat gitu. Cubalah...


Dan untuk lunch aku ambil orange vitamin c1000 untuk tenaga. Jika ambil vitamin c1000mg jangan diambil setiap hari kerana dos c1000 sudah cukup banyak dalam badan. Ambil 4 atau 3 kali seminggu sudah mencukupi. Vitamin C sangat bagus untuk membersihkan kulit dan boleh memutihkan kulit. 

Makan kentang walaupun sikit tapi kandungannya cukup tinggi protin + vitamin B1, B2 dan B3 + zat besi. Jumlah lemak dalam kentang di bawah paras 25% dan mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Kulit kentang sangat baik dan bagus dimakan kerana dapat membantu mengelakkan daripada imutasi sel yang boleh membawa barah atau kanser. Sebab itu setiap kali memasak menggunakan kentang jangan dibuang kulitnya. Sebaliknya dibasuh bersih sahaja.

Jus ubi kentang selain boleh merawat pesakit Arthritis (radang otot dan sendi) ia juga digunakan untuk jus campuran buah2an seperti buah beet root untuk pesakit KANSER. Baca JUS BEET ROOT dan PENYAKIT ARTHRITIS    

Nota
Orang kata makan kentang goreng boleh gemuk tapi harus cover dengan pelbagai buah2an yang mempunyai vitamin c agar balance. Tak salah nak makan fries kat MCD sebab sedap, fries kat Burger King memang superb dan aku suka giler makan burger kat Carls Jr.. Adussss... lama sudah ditinggalkan kerana mr. hubby. Dia kena pantang makan daging, ayam, air bergas atau bergula dan kena banyakkan diet dan makan buah2an... Alhamdulillah... nampak perubahan pada diri beliau walaupun tidak terlalu serious. 

P.S. Doa, tawakkal, yakin dan usaha itu satu amalan yang baik semasa sakit. Dan jangan selepas sembuh kita lupa pada-Nya. 

0 comment... add one now