Resipi mudah membuat dumpling atau gyoza

Assalamualaikum. Dumpling diberi nama oleh orang Cina dan Gyoza pula dari negara Jepun. Apa pun jua namanya rasa dumpling tetap sama. Yang membezakan rasa cuma bahan utama sedikit berbeza. Kalau kita umat islam sudah tentu guna isian daging hancur ayam + daging atau udang. Resipi ni random untuk semua bangsa.

Resipi dumpling aka gyoza yang saya kongsikan ini memang sangat mudah membuatnya. Tidak perlu susah payah membeli kulit dumpling. Jika kulitnya dibuat sendiri, rasanya lebih sedap rangup dan sedikit kenyal. Itu sebenarnya dumpling yang original.


kongsibersamanora

Baik, jom kita sesekali cuba tukar menu ke masakan cina yang lebih sihat dan pastinya sedap.

Resipi Dumpling aka Gyoza

Menu untuk 2 orang

Bahan Kulit Dumpling
  • 1 1/2 cawan tepung biasa
  • 1/2 cawan air suam panas
  • 1/2 sudu garam

Bahan Inti
  • 300gm daging hancur ayam/udang/lembu
  • 1 mangkuk kecil kobis hijau-cincang
  • 1 biji bawang besar (cincang dadu)
  • 1/2 inci halia - tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk halus
  • Segenggam kucai/daun bawang-potong halus
  • 1 1/2 sb kicap cair
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sk tepung jagung atau kentang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/2 sb gula
  • 1 sk cuka
  • 1 sk garam

Bahan untuk minyak cili
  • 2 sb Cili kisar boh
  • 6 sudu minyak masak
  • 1 sb kicap cair - boleh lebih jika suka
  • 1 sk minyak bijan


Cara membuat kulit dumpling

kongsibersamanora

Tepung gaul dengan garam. Masuk air. Ratakan dan uli sampai lembut dan licin. Macam doh roti capati. Kalau tepung terkeras renjis dgn air. Uli berbentuk lonjong bulat dan potong doh sebesar duit 50 sen. Tutup doh dgn towel kecil atau plastik rap selama 10 minit. Tepikan.

Cara membuat inti dumpling


Jika beli isi ayam yang sedia hancur, harus basuh isi ayam dulu menggunakan penapis kelapa. Basuh sekejap saja. Kemudian tos.

Dalam mangkuk masuk isi ayam beserta semua bahan2 kecuali kobis dan bawang. Gaul sampai rata.

kongsibersamanora.blogspot.com

Masukkan sayur dan bawang. Gaul sekejap dan tutup dengan plastik rap. Biarkan setengah jam agar inti mesra.

Gelek doh dan isi inti menggunakan sudu kecil. Jika suka isi banyak terpulang asalkan anda boleh melipat doh. Lipat doh ikut kesukaan anda. Lihat pada gambar.


Lipat seperti karipap pun boleh asalkan jangan klim tepinya. Jadi kuih karipap dumpling plak. hehehe... Asalkan doh boleh berdiri macam dalam gambar ni pun kira oklah tuh. Lipat tiga dibahagian tengah cukup. Dibawah ni ada dua jenis lipatan klim dumpling. Ikut mana yang senang anda boleh buat.

kongsibersamanora.blogspot.com

Dalam kuali atau periuk dengan api sederhana kecil tuang minyak bijan dua sudu besar. Masukkan dumpling dengan cara bersusun. Tutup kuali. Goreng dumpling sampai keemasan dibawahnya. Tidak perlu terbalikkan.

kongsibersamanora

Bila sudah keemasan masukkan secawan air dan tutup kuali. Kecilkan api. Jika kuali atau periuk anda besar, isi dua cawan air. Lihat pada gambar. Air haruslah paras suku dumpling saja. Agak2 jer.

Anda juga boleh kukus saja jika suka. Nak goreng garing seperti karipap juga boleh. Terpulang pada selera memasing.

kongsibersamanora.blogspot.com

Masak sampai air kering. Angkat dan hidangkan dumpling dengan cili oil. 

Untuk minyak cili

kongsibersamanora.blogspot.com

Goreng cili boh sampai garing dengan minyak menggunakan api seserhana kecil. Pastikan gaul agar tidak hangit. Dah garing tuang dalam mangkuk sa tambahkan kicap cair dan minyak bijan.

Nota
Masakan cina seperti dumpling ni biasanya susah nak dapat yang asli melainkan jika anda makan dikedai Cina Muslim asli. Jika dikedai2 biasa anda akan jumpa dumpling biasa seperti kulit wantan. Kurang sedap.

Jika anda cuba dumpling ni pasti anda akan repeat membuatnya sebab itu adalah hasil hidangan anda sendiri. Betulkan. hehehe... Oklah.. Selamat mencuba.

Jika suka resipi simple dumpling ni boleh kongsi atau share pada kawan2 keluarga atau sahabat handai. Xoxo


6 comments.. read them below or add one

Ummi Zarra Ummi Zarra Ahad, Mac 12, 2017
Sedapnya kak nowa.. suka sgt mkn dumpling. Selalu kulit beli siapp je. Tapi xreti gak nk buat. Hehehee
Nur Misnan Nur Misnan Ahad, Mac 12, 2017
kena cuba tu. kak nowa dah share.
cer try cuba test.. 😄😄😄
Nur Misnan Nur Misnan Ahad, Mac 19, 2017
sedap sebab buat sendiri...hehehe
Ummi Hanie Ummi Hanie Rabu, Mac 22, 2017
ala rajin la kak nowa...

ekceli tak pernah rasa pun dumpling taww... ;-(
Nur Misnan Nur Misnan Khamis, Mac 23, 2017
nak makan kena rajin uat laling.. hehehe..

cubalah buat.. lain rasanya bila buat sendiri. biasa diluar suaah nak dapat dumpling kulit buatan sendiri. biasa mcm rasa kulit wantan.. x syiok.. lain rasa