Seronoknya cabaran baking bersama blogger dengan california raisins

Assalamualaikum. Alhamdulillah.. pada 5 May 2016 hari membaking kuih biskut roti dan kek bersama blogger dengan California Raisins telah  pun berakhir. Nak kata sakit perut nak terkucil bagai memang ler ada. Tapi yang paling manis memori dalam membaking ni kami sempat lagi plan nak tambah bahan2 yabg lebih awesome dalam biskut kami.

Cabaran baking bersama blogger dengan California Raisins memang hari yang mendebarkan. Walaupun ia hanya cabaran membaking biasa tetapi ini adalah kali pertama saya sahut cabaran ni. Almaklumlah bukan hebat sangat pun nak tunjuk terer. Sekadar suka2 dan menjadi peneman pada mama Hanny Abdullah saja.


Cabaran baking bersama blogger dengan California Raisins ini telahpun berlangsung di BERJAYA UNIVERSITY COLLEGE HOSPITALITY. Masa nak menghala ke cabaran baking ni pun kami dap dup dap dup memikirkan apa jer idea nak kita sedapkan lagi biskut ELNINO COOKIES kita. Hahahaha... tak gabrah ke tu..

Sampai saja BERJAYA UNIVERSITY COLLEGE kami bergegas turun ke pasar HERO untuk grab dua bahan penambahan. Kekeke.. rasa nak terseliuh jer masa berlari guna kasut yang 2 inci setengah tu. Adehhhhh...

Tapi alhamdulillah kami dapat juga selesaikan tugas cabaran ini. Hilang rasa sakit perut bagai yang nak terkucil semua tadi. Oklah.. ceta banyak tak mau. Jom kita terjah tengok apa saja yang berlaku disana.

CABARAN BAKING BERSAMA BLOGGER DENGAN CALIFORNIA RAISINS.

Sebelum memulakan cabaran baking bersama blogger, kami berselfie wefie dulu dengan Mr. California Raisins. Besar yang amat kismis ni. Rasa nak gigit2 jer.


Aummmm... sedapnya. LIGO adalah jajan masa saya zaman sekolah rendah lagi. Setiap hari mesti bawa sekotak untuk dibuat kunyah. Siapa suka LIGO. Angkat kaki. Kekekeke ..

Bergambar dengan produk California Raisins. Memang terbaiklah produk ni. Takder kismis pasti ada kekurangan dalam kek kuih biskut ataupun dessert dalam masakan kita. 


Muka tengah tension + buat2 happy takder apa2 berlaku padahal dalam hati dap dup dap dup jer. Bab sakit perut tu biasalah. Mama hanny tu buat2 happy tepuk tangan tu.. padahal dia pong nebes. Nasib tak terkucil kan. Hahahaha...


Dalam bilik penerangan mengenai produk California Raisins oleh pakar pemakanan dan produk. Memang sangat berkhasiat dan free gula. Percaya tak? Nak tau apa khasiat kismis ni? 


Khasiat dia sangat bestkan. Jadi dah tau kehebatan kismis bagus amalkan. Tak rugi pun. 


Dalam bilik baking sekarang. Sempat bergambar sebelum membaking. Nak tengok biskut kami tak dari kumpulan Serasi Elnino. Tunggu baca sampai habis. Hahahaha... 

Masa memasak diberikan satu jam sahaja. Jadi kami tahan panik dan berbagi kerja memasing. Tapi satu dua perkara jer kami frust. Mentega dalam fridge. Nak membaking kena suhu bilik. Betul2 kami lupa nak keluarkan. Bila memukul butter tu lambat kembang. Tapi kami teruskan gak. Alhamdulillah.. kami siap pada masa lebihan lagi 10 minit. 


Taraaa.. inilah dia biskut dari SERASI ELNINO. Nama biskut kami pun nama EKNINO COOKIES. Sedap dimakan bersama ais krim. Dalam biskut tu kami letak nutella. Sedap you.

Kenapa nama ELNINO COOKIES. Sebab cuacalah. Sekarang nikan tetiba panas yang amat. Cuaca berubah. Itu sebab kita namakan Elnino Cookies. Ada sekerim lagi. Sejukkan tekak yang sedang kehausan.

Masa nak menghias biskut Elnino Cookies ni sekerim cair. Ingatkan kami simpan dalam freezer daa. Sekali fridge jer. Hehehee.. solusinya kami cedok bahagian tengah2. Oklah beku sikit dari takder.


Baking dari blogger Aliza dan Meriam. Look yummehhh.. iloike.


Biskut dari blogger Ayu dan naomi. Cantik hiasan mereka ni. Kredit gambar mama Hanny





Biskit dari blogger Ayu Rafikah dan Vik Lily Putih. Tak sempat nak merasa. Mesti sedapkan biskut Raisinlicious ni. 


Biskut dari blogger Isac dan team


Muffin dari blogger Elina and team


Para juri2 sedang menilai dan memberikan markah pada semua Cabaran bloggers. Berdebar rasanya menunggu jawapan tapi kami control cun. Sebelum pengumuman kami dihidangkan juadah makan yang sangat best. Sop bawang bersama kismis + chicken ratatouelli. haaa.. spelling betul tak. Sedap you hidangan dari Chef Anuar ni. 


Caiyokkk.. Cuma menu Ratatouelli ketiga kami tidak sempat nak makan. Sibuk sangat bergambar dan mengambil sijil penghargaan dari pihak Berjaya University Collage.

Okay.. pengumuman dari juri telah diwar2kan. 


Alhamdulillah.. masa diumumkan tempat ketiga tu kami memang x sangka pula. Hehehe... tapi macam nak melompat jugaklah. Kelakar pun hado. Iyalahkan.. main2 jer buat biakut Elnino Cookies tu. Tak sangak juri2 pun suka. Syukurlah dapat duit rayo awal2. Shopping sakan mama hanny kita. Hahahaha



The champion Cabaran bersama blogger. Blogger Aliza dan Meriam. Tahniah u both.



Tahniah untuk blogger Ayu dan Naomi untuk 1st runner.

Seronok sangat join baking bersama blogger ni. Walaupun kami bukanlah terer mana pun. Janji kita usaha dan mencuba. Kalah menang adat bertanding. Rejeki memasing. 

Ok guys.. jangan lupa mencuba produk California Raisins dalam masakan biskut kek anda ya. Memang sedap dan berkhasiat. Tiada gula tau. Natural sweet. 

Nota
Nak buat kismis california ni kudapan hari2. Biar geliga kepala otak dan kuat ingatan. Kekeke.. almaklumlah.. umur pun dah lanjut. Siatem saraf otak pun kena jaga.