Koleksi raya 2016 by RinaSalleh Beat Of Ladona

Assalamualaikum. Koleksi raya 2016 by RinaSalleh Beat Of Ladona telah pun membuka jualannya dilaman sesawang rinasalleh.com. Banyak pilihan yang menarik tertarik debom yang anda boleh pilih untuk pagi raya Adilifitri nanti

Koleksi raya 2016 by RinaSalleh Beat Of Ladona ini dicipta exklusif dan moden khas untuk muslimah yang mementingkan kualiti + design + moden tetapi simple dan elegan. Memang sesuai dengan konsep Beat of Ladona


Bersama pengasas RinaSalleh Clothing Puan Norazrina Mohd Salleh.

Butik RINASALLEH 

Jenama RinaSalleh clothing memulakan perniagaannya di media social (friendster)  dan juga blog pada tahun 2009. Selepas setahun perniagaan, operasi perniagaan melangkah setapak kehadapan dengan prlancaran laman sesawang www.rinasalleh.com pada 2010. Atas permintaan pelanggan2 yang meminati koleksi RinaSalleh, maka beliau telah menubuhkan butik pertama di kawasan seksyen 7 Shah alam.

Ok semua.. cakap banyak pun tak guna. Mari ler kita cuci mata sikit lihat sendiri rekaan dan koleksi2 terbaru Beat Of Ladona

KOLEKSI BEAT OF LADONA

  

Dania Kurung Ekslusif

   

Rania Dress

   

Roselyn Dress

  

Scarlett Dress


Saya suka sangat shawl Madelyn Premium Small Stripes. Bersih dan cantik. Suka giler tau. Nak grab satu ni. Hehehe... boleh match with my dress putih ke hitam hijau ke pink semua boleh. Sesuai sesangat.

Ok.. dress dan baju dari BEAT OF LADONA dah tengok. Kita tengok ragam saya dan bloggers berwefie plak. Bab model catwalk tak dapek nak kongsikan sebab saya lewat sampai. Almaklumlah flight dari Johor boleh delay plak. Sampai subang airport dah 1 lebih. Tunggu cab bagai sampai rumah kepang kwpung dah jam 3 petang. 

Masa tulah baru start enjin gerak ke WhiteBox @Publika. Nasib x jem sangat tapi tunggu cari parking yang lambat. Mak aiiii.. hahaha.. adehhh.. dah terbuang masa kat situ. Takpelah.. janji hadir juga ke event RinaSalleh..


Meriahkan event RinaSalleh. Cuma kalau ada gambar2 catwalk dalam ni yang saya boleh share pasti lagi meriah. Mana tidak ada artis Heliza menggayakan dress RinaSalleh. Kecil molek orangnya tapi berani dah cantik. Saya suka dia. Mata galak dan beso. Lagi kenakan cermin mata lagi cute. Hehehehe

Jadi anda semua dah lihat kan koleksi RinaSalleh Clothing. Memang cantik dan berbaloi untuk anda bergaya dipagi raya. Simple tapi kemas dan bergaya. Warna2 digunakan juga bersesuaian dengan tahun 2016. Memang awesome dan gorgeous. 

Kalau nak lihat lagi koleksi terbaru dari RinaSalleh boleh layari laman sesawang mereka atau terus ke butik RinaSalleh Clothing.

Rina Salleh Clothing
NO 5A, JALAN PLUMBUM,
PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7,
40000, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA
www.rinasalleh.com

Reach Us at:
03-55102031
WHATSAPP :
013-3248633

Email Us at:
sales@rinasalleh.com