Cuaca panas melampau penyebab hutan di Brunei terbakar

Assalamualaikum. Keadaan cuaca panas sekarang memang semakin membahang hingga menyebabkan ada yang mengalami masalah sukar bernafas dan pengsan. Suhu kepanasan yang hampir mencecah hingga 39°C mampu menggugat kesihatan. Keadaan cuaca ini berlaku disebabkan fenomena El Nino kuat yang berlaku berterusan sehingga suku tahun 2016

Cuaca panas ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan Sabah Serawak dan negara Brunei Darul Salam juga. Semalam sewaktu kami menuju ke Miri Serawak, kepanasan yang melampau mengakibatkan beberapa hutan terbakar disekitar Kampung Sungai Tujoh dan juga Lumut. Jangan kata lilin yang lembut cair itu jika diletakkan diluar boleh cair semudah 123, inikan pula pokok dahan tegap dan besar boleh terbakar dengan sangat cepat.

Mujurlah ada abam sado bomba menyelamatkan keadaan dalam situasi kepanasan kebakaran ini. Jom kita tengok sedikit perkongsian yang berlaku kebakaran hutan di Kampung Sungai Tujoh.










Kawalan dan kepantasan pihak bomba mampu menyelamatkan kebakaran dari terus merebak kebahagian2 seterusnya. Dan disepanjang jalan Kampung Sungai Tujoh, ada beberapa buah rumah berdekatan dengan hutan terbakar ini. Bila dilihat memang sangat hampir dengan pokok2 yang terbakar. Tetapi situasi dapat dikawal dengan baik cuma saya pula yang risau jika berlaku lagi. Walaupun hanya tinggal asap sahaja, jangan pula tuan rumah tu ambil ringan pula. Tuan rumah mungkin boleh fikirkan sesuatu untuk hindar dari terus berlaku kebakaran dipersekitaran kawasan rumah mereka.

Sepertinya mungkin boleh cipta sistem parit perkeliling atau guni berisi pasir atau apa saja yang boleh membantu. Kita tidak bolehlah diam macam tu saja tanpa bertindak apa2 dan hanya berserah pada pihak bomba. Jadi fikir2kanlah

BAHAYA CUACA PANAS MAMPU MENDATANGKAN PENYAKIT INI
  • HEAT STROKE - Strok kerana cuaca panas
  • HEAT FATIFUE - Letih atau lesu kerana cuaca panas
  • HEAT SYNCOPE - Pengsan atau pitam kerana cuaca panas
  • HEAT EXHAUSTION - Keletihan atau penat kerana cuaca panas
  • HEAT CRAMPS - Kekejangan kerana cuaca panas
Kita akan merasa loya nak muntah, pening, sakit kepala, kurang tumpuan, letih dan boleh tidak sedarkan diri

LANGKAH2 PERLU KITA AMBIL DAN AMALKAN
  • Minum air masak mineral secukupnya
  • Elak dari mengambil air bergas dan kurangkan minum KOPI TEH
  • Ambil buah2an seperti tembikai betik oren epal atau apa jua kecuali durian
  • Elakkan dari mandi ketika badan sedang berpeluh. Keringkan dulu
  • Semasa jirus badan, mulakan dahulu pada bahagian kaki naik keatas perut badan muka kemudian kepala. Elak dari terus jirus bahagian kepala
  • Letak setiap sudut ruang rumah dengan semangkuk sederhana besar air agar ruang udara sedikit lembap dan sejuk. Elakkan dari anak2 mencapai.
  • Sebaiknya letakkan mangkuk air dibawah kipas syiling
  • Elak dari membuka A/C yang terlalu sejuk dan kuat kerana boleh mengeringkan kulit
  • Kurangkan anak2 bermain2 diluar dan elak dari melakukan aktiviti2 yang berjemur terlalu lama
  • Kurangkan juga aktiviti lasak. Cuaca dah ok boleh sambung balik
  • Pakai topi atau cover sesuatu dikepala dari terkena panas
  • YANG PENTING JANGAN MEMBAZIR AIR KERANA BILA CUACA PANAS, AIR CEPAT KERING. JADI BERJIMAT CERMAT YA


Satu lagi jika ada sedikit kewangan apa kata pasang satu kipas exhaust dibahagian ruang yang anda selalu berehat bersama keluarga macam dalam gambar diatas ini. Kipas exhaust ini mampu menarik bau dan haba keluar dari dalam rumah. Bukan sahaja diruang dapur, tetapi juga boleh saja kita nak letak diruangan tamu untuk menarik haba dan bau keluar. Kemungkinan cara ini juga membantu bukan. Mudah2an.

NOTA; Jangan lupa bila dah tadah air sebaiknya tutup rapat ya. Letak ubat aedes aka ABATE untuk elak dari nyamuk bertelur. Karang jadi pembela nyamuk plak. Bahaya tu.

Oklah, itu saja yang saya nak kongsikan pada semua. Mudah2an mampu membantu anda untuk hadapi hari cuaca panas dan jangan lupa jaga kesihatan dengan baik.