10 kesan nyata merawat kulit dengan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum

Assalamualaikum  my beautiful friends. Adakah anda sangat2 menjaga kecantikan kulit wajah anda? Sejak cuaca panas yang melampau ini kulit wajah sangat2 WAJIB dijaga demi mengekalkan keremajaan kelembapan dan mendapat kulit yang sihat dari sinaran matahari. Bila kulit terkena sinaran uv, warna kulit menjadi gelap + bertompok + tidak sekata + berminyak + kering pada beberapa bahagian dan kusam. Jadi bagaimana hendak merawat kulit yang bermasalah ini? Kena cubalah Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum. Tetapi adakah produk Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ini mampu merawat masalah2 kulit anda? Mari kita tinjau kehebatan produk ini.

APA ITU EPHYRA SKIN NANO ADVANCE REPAIR SERUM

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum sejenis cecair serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra yang menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland. Serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan + memperbaharui + melindungi kulit agar lebih kembali segar dan cantik berseri.


Chop chop chop... kejap. nak cakap ni, cantik tak botol Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ni. Saya suka botol dan warnanya. Unik dan cantik. Mudah saja menggunakannya. Picit pada pemegang getah putih tu dua kali dan buka. Cantikkan.. Boleh buat simpan sebagai hiasan.. hehehehe.. Okay.. apa tadi kita ceta.. Haaaa..

Produk ini bebas dari sebarang kandungan bahan kimia + merkuri + hydroquinone. Serum ini sangat mudah meresap sehingga ke lapisan paling dalam kulit dan tidak berminyak. Gabungan formulasi bahan ANTIOKSIDA iaitu Arbutin Semulajadi + Gluthathione + Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah anda agar kelihatan lebih muda gitu. Dan lagi??

10 KESAN NYATA MERAWAT KULIT EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

  1. Mengecutkan jerawat 
  2. Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  3. Menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang kendur 
  4. Menghilangkan bintik – bintik hitam 
  5. Mencerahkan kulit kusam 
  6. Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  7. Mengekalkan kelembapan wajah 
  8. Menghilangkan lebam bawah mata 
  9. Merawat kulit terbakar ( sunburn ) 
  10. Memberikan efek kilauan pada wajah 

Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum mampu memulihkan + memperbaiki dan melindungi kulit.

  • kulit wajah tampil lebih bersih + tegang + muda
  • kulit yang anjal, lembut, dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna
  • Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen ANTI OKSIDA yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit anda agar kekal sihat.

TESTIMONI SAYA

Testimoni tentang pendapat dan selepas penggunaan produk Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum


Cubaan Serum dibahagian kulit tangan yang kering kerana cuaca dan penyejuk udara. Bila disapu dan ratakan boleh nampak kulit lembap dari sebelumnya. Wow..

Dan lagi sudah seminggu saya telah menggunakan produk Skin Nano Advance Repair serum pada wajah. Pada awalnya memang tidak nampak perbezaan kerana kulit saya tiada masalah jerawat besar dan normal. Jadi saya teruskan pemakaian Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum secara berterusan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Saya amalkan cara berurutan terutama pada bahagian mata saya yang sedikit nampak eye bag. Macam mata panda pun ada juga tetapi tidak ketara sangat.

Masuk hari yang kelima, alhamdulillah ada nampak sedikit perubahan pada bawah mata dan kulit muka. Bahagian bawah mata yang sedikit  gelap semakin kurang dan kulit wajah nampak sedikit cerah dan lembap. Ianya tidak mengeringkan dan tidak berminyak langsung. Semalam hampir separuh hari saya berada diluar kawasan dengan berjemur panas untuk ke Shopping Mall Centre Times Square di Brunei. Risau juga kalau2 kulit menjadi minyak dan terbakar kerana sinaran UV. Tapi memang terperanjatlah bila tengok muka kat cermin langsung tidak berminyak dan wajah nampak masih segar walaupun berjemur tengah panas. Itu yang terbaik.


Ini adalah gambar selepas seminggu penggunaan Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum. Tidak perlu guna serum ini dengan kuantiti yang banyak. Cukup sekadar setitik pada setiap bahagian2 yang saya tanda LOVE dan sedikit pada leher anda. Urut mengikut turutan terutama pada bahagian mata. Jangan abaikan urutan ini ya. Perubahan pada bawah mata saya nampak sedikit kurang gelap. Almaklumlah asik mengadap komputer sahaja. Sinaran UV dari komputer juga mampu membuatkan kulit wajah kering dan mata nampak sembam. Jadi penawar kedua selain menggunakan protection skrin dan cermin mata uv, kena juga sapuan serum kewajah. Baru nampak vogedevas.. Tak gitu Mak Jemah.. hehehehe


Dari kiri bertudung hijau sebelum guna Serum dan tudung hitam selepas seminggu guna serum. Tanpa makeup bedak bagai. Ada nampak perubahan tak? Baru seminggu jer guna serum ni jadi tak berapa nampak sangat perubahan cuma boleh nampak jelas pada bahagian mata. Bahagian wrinkle tepi mata ada sedikit kurang. kulit wajah nampak lebih bersih dan lembap. Jerawat halus macam white head dibahagian hidung pun berkurangan. Pori2 muka pun semakin mengecil. Iyalah umur dah mencecah 40an ni macam2 kedut datang. Jadi kenalah jaga dari sekarang. Mungkin bila habis sebotol ni akan nampak lebih banyak perubahan. Kena habiskan baru taukan.

Untuk dapatkan result yang paling bagus, gunakan sekali sabun Ephyra Skin Bar dan minum Ephyra Collagen. Memang lebih nampak ketara bila bergabung sekali.

Ehhhh chop chop chop... belum habis lagi. Ada nak cerita lagi ni. Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ni bukan saja kaum perempuan boleh pakai tapi kaum lelaki pun boleh guna tau. Lepas mandi pagi tu sapulah sebelum nak ke pejabat. Dan malam sebelum tidur wajib sapu dan urut. Bila kita tidur, masa tu lah serum ni bertindak lebih baik. Bangun2 esok pagi tengok cermin wajah versih flawless gitu. Tak nak ker? Orang lelaki zaman sekarang dah pandai jaga kecantikan. Tengok lelaki Korea. Licin jer muka mereka. Jangan marah aaah..

Jadi untuk para suami, belikan untuk isteri tercinta agar lebih kelihatan menawan dan bersinar bila anda melihat wajahnya. Pahala besar tuh. Untuk isteri pula jangan abaikan masalah2 jerawat white head bagai diwajah. Rawatlah sebelum terlambat. Tak rugi mencuba Serum ni. Memang anda akan nampak kagum kesan kehebatan pada Ephyra Skin Nano Advance Repair Serum ni. Ni sekarang saya pula tak sabar hendak mencuba produk terbaru keluaran Oceanlife. Katanya adik kepada Ephyra Skin Nano Serum. Kita tunggu jerlah. Bila bergabung produk2 ni lagilah meletop mak. hahahaha... Syabas Oceanlife..

Ok baik.. untuk mendapatkan produk2 ini, anda boleh layari website atau direct terus call mereka atau boleh didapati dimana2 branch tokok jamu. Produk Ephyra sekarang tak susah nak dapatkannya. Mudah sangat nak cari.

Orang Brunei, awda kena cuba sendiri ni. Memang saya galakkan untuk awda mencubanya sendiri. Dah cuba baru tau kesannya. Memang begini 👍👍👍👍


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERU - 15ml
Sesuai untuk semua jenis kulit. Kaum lelaki pun boleh gunakannya

Sebotol - RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 
Whatsapp ke HOTLINE :  019 - 7373770 / 019 -3800779
www.oceanlife2u.com
FB Oceanlife2u


Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Nota
Tak nak ker wajah anda selalu kelihatan muda dan nampak sihat disisi suami dan sahabat sekeliling? Mestilah nak kan. Lagi2 bila ada masalah jerawat yang sukar dirawat. Malu hendak berjumpa teman2. Jadi apa tunggu lagi. Boleh cuba serum ni. Inilah dia jalan penyelesaian anda. Mudah2an ianya membantu.


KESIHATAN YANG BAIK KELUARGA YANG SIHAT