Contest petua dan herba Kongsibersamanora


Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyiapkan contest terbaru selepas insiden pembatalan contest bulan lepas. Sedih juga kerana ada beberapa blogger yang sudah turut serta menyertai contest tersebut. Kongsibersamanora memohon maaf kepada semua.

Sebagai pengubat hati saya beri penyembuhnya. Contest kali ini ada sedikit kelainan pada contest sebelumnya. Harapnya anda seronok ikut serta dalam penyertaan contest ini ya.

Terbuka kepada semua yang ada blog + akaun facebook. Untuk mereka yang tiada blog, boleh menyertai dengan menggunakan akaun facebook. Namun adalah lebih bagus jika anda buka satu blog untuk anda belajar menulis berkongsi dan sebagainya didalam blog anda tidak kira yang berbayar atau free seperti blogspot.

Jadi apa tunggu lagi, bina satu blog untuk anda mulakan minat baru didalam penulisan dan terus hantarkan penyertaan anda menggunakan blog. Siapa tahu tuah blogger barukan.

Contest yang saya anjurkan tidaklah sehebat mana hadiahnya tetapi bersyukurlah dan ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama penaja2 iaitu berupa wang tunai + barang2 bernilai RM2xxx. Jika ada penambahan penaja maka hadiah wang tunai akan bertambah. InsyaAllah. Untuk anda yang ingin menjadi penaja boleh terus PM atau email kepada saya di norahshakir@gmail.com.

Bagaimana hendak sertainya

Ada dua kategori yang akan dipertandingkan. Jadi gunakan kreativiti dan kepakaran anda dalam entry penyertaan. Kepada yang menyertai menggunakan blog adalah satu bonus untuk anda melayakkan diri merebut kategori SEO. Kepada peserta yang menggunakan akaun facebook, rebut peluang anda menunjukkan kepakaran menulis dengan isian yang terbaik dan kreatif. Semoga ada tuah menanti anda.

Contest ini akan berlangsung selama sebulan setengah bermula dari 1 Feb 2015 - 15 31 Mac 2015.

Kategori Entry Terbaik
  • Pilih salah satu herba2 yang ada di negara Malaysia dan kongsikan sekeping gambar yang anda pilih seperti pokok herba, herba, sayur2an dan buah2an. (Contoh herba halia). Pastikan gambar adalah asli dan bukan copy paste. Letak caption tag menggunakan nama atau blog anda.
  • Buat satu entry dengan menggunakan kata kunci "Petua dan Herba Kongsibersamanora"
  • Entry mestilah tidak kurang dari 250 patah perkataan. Jika lebih dari itu adalah satu bonus.
  • Mesti kongsikan petua dan khasiat berkaitan herba tersebut.
  • Boleh rujuk info2 mengenai petua/tips/doa di dalam blog ini atau mana2 juga info network tetapi jangan copy paste sampai 100 peratus. Olahkan dengan menggunakan ayat sendiri. Jika ada sebarang copy paste maka pihak admin berhak membatalkan penyertaan anda.
  • LIKE paling banyak pada entry penyertaan menambahkan markah lebih tinggi. Jadi share entry penyertaan disetiap link network anda. Sebar2kanlah. 

Kategori SEO
  • Kedudukan 5 entry pertama dalam muka pertama Google.com.my yang menggunakan kata kunci PETUA DAN HERBA KONGSIBERSAMANORA
  • Keputusan akan dilihat dan diambil dengan menggunakan Google Chrome Incognito

Wajib buat
  • Peserta WAJIB menggunakan tajuk entry "Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora"
  • Sertakan banner diatas disetiap penyertaan entry anda
  • Peserta wajib subscribe blog KongsiBersamaNora untuk memudahkan anda mendapat sebarang info terbaru untuk contest ini berlangsung. Subscribe boleh dibuat pada kotak disidebar sebelah kanan
  • Beri 3 tajuk yang anda suka baca dlm blog KongsiBersamaNora beserta link sekali
  • Masukkan ayat2 beserta penaja dibawah ini didalam entry penyertaan anda yang bertanda (*)

* "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz


Hadiah kategori Entry Terbaik

Untuk kategori entry terbaik saya akan adili setiap penulisan + perkongsian + gambar anda. Gambar yang terbaik adalah gambar herba yang diambil dari sekitar rumah anda. Jadi gunakan kepakaran anda.


Tempat Pertama
Wang Tunai RMX00
Acer Smartphone

Tempat Kedua
Wang Tunai RMX00
Shawl ByPuji

Tempat Ketiga
Wang Tunai RMX00
Shawl ByPuji

7 x Hadiah Saguhati
Wang Tunai RMX0 - Setiap seorang
Shawl ByPuji - Setiap seorang


Hadiah Kategori SEO

Tempat Pertama hingga Kelima
5 x Wang Tunai RM100 untuk setiap seorang


Nota
Tujuan contest ini diadakan bertujuan untuk kita belajar menanan pokok buah, herba, sayur atau apa saja berkaitan dengan herba disekitar rumah kita. Contohnya pokok herba daun kesum yang banyak khasiat dan berguna untuk masakan.

Kita bukan saja menggunakan barang2 ini tetapi kita juga harus tahu akan kebaikan khasiat dan asal pokok dan herba tersebut. Kongsikan pengalaman berharga anda. Tidak kiralah sebagai karangan cerita tetapi mesti selitkan petua dan kebaikan khasiatnya.

Jika ada resipi yang boleh dikongsikan yang bersesuaian dengan entry anda apa salahnya. Pastikan entry anda kemas dan tersusun.

Kepada blogger2 baru jangan takut dan gentar hendak bersaing dengan blogger2 senior. Kalau tidak faham boleh sahaja bertanya. Banyakkan mencari info2 berguna didalam laman social network untuk kebaikan blog anda. Loading blog yang ringan dan tidak sarat dengan iklan2 serta klik2 yang mengganggu pembaca adalah yang terbaik.

Rajin2lah baca blog senior untuk korek ilmu alam mereka. Mana tau tuah blogger baru yang dapat. Siapa taukan.

Yang paling penting adalah tulis dari hati. All the best and good luck untuk semua.