EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 Cabaran 30 hari bersama Ephyra


Assalamualaikum guys. Sebut sahaja EPHYRA pasti ramai kaum perempuan dan lelaki kenal akan pemakanan tambahan ini. PHASE 2 Cabaran 30 hari bersama Ephyra memberi peluang kepada aku untuk melihat sendiri cabaran perubahan yang berlaku kepada tubuh badan.

Ephyra memiliki kebaikan yang tersendiri dari bahan2 semulajadi penting untuk tubuh badan. Dengan bahan2 terpilih yang memiliki Vitamin C yang hebat + kandungan antioksida yang sangat tinggi dapat memulih + mengawal serta mencegah dari berlakunya penuaan + kehilangan kolagen penting + mengekalkan fungsi dan pertumbuhan sel2 + menentang kerosakan akibat UV dan radikal bebas dan sebagainya. Boleh baca kebaikan ephyra lagi di Ephyra kekal anggun sihat berseri
Ephyra bukan sahaja menyediakan produk dengan bahan2 yang terbaik dan terpilih malahan mereka menyediakan botol goncang atau shaker dengan kualiti plastik yang selamat iaitu PP5. Syabas diucapkan. Pengguna Ephyra memang tidak perlu ragu2 jika ingin minum bersama air sejuk atau panas.


Ephyra Shaker diperbuat dari bahan plastik yang selamat - PP5 

SEBELUM PENGAMBILAN EPHYRA


Sudah hampir setahun tidak melakukan aktiviti2 lasak. Biarpun hanya duduk dirumah dan kekadang keluar atas urusan kerja, pastinya badan akan rasa letih dan mengantuk serta tiada lagi tenaga. Bila naik tangga melebihi empat tingkat sambil membawa barang2 akan cepat letih. Nafas sedikit tercungap dan tangan juga rasa lenguh membawa barang yang berat.

Jika lewat tidur malam, pasti esok paginya akan rasa sedikit letih untuk bangun subuh. Kulit wajah nampak tidak segar dan kusam. Kuku pula tidak berapa kuat jika terkena sabun basuh serbuk pakaian. Kuku akan cepat patah dan rosak. Rambut juga keguguran.

HEBATNYA SELEPAS PENGAMBILAN EPHYRA



Bermulalah cabaran 30 hari bersama ephyra bermula pada 9 Mac 2014.

Hari pertama - hari sepuluh

Perubahan kulit = Meningkatkan keanjalan kulit + mengurangkan kedutan dan garis halus + mencerahkan jeragat dan pigmentasi agar kulit lebih cerah dan bercahaya. Juga dapat membantu memulihkan masalah kulit eczema.

Perubahan berlaku pada kulit wajah semakin cerah + kuku semakin cantik. Bahagian kuku tidak mudah pecah atau patah terutama bila terkena sabun cecair pakaian. Kulit wajah semakin sedikit berubah di bahagian dahi yang semakin nampak kurang kedutan. Tenaga juga semakin bertambah terutama bila menaiki tangga. Tiada rasa mengah + lutut tidak rasa lenguh.

Hari ke sebelas dan seterusnya

Perubahan Rambut = Melambatkan uban + menjadikan rambut lebih sihat + lembut + bersinar

Perubahan berlaku pada rambut. Rambut gugur adalah perkara biasa bagi kaum perempuan mahupun lelaki. Lebih2 lagi bagi kaum perempuan yang berhijab. Pastinya sangat susah bila rambut basah untuk menyarung tudung. Rambut pasti akan menjadi rosak dan keguguran.

http://www.teknikpukauprospek.com/hop.php?ref=nurmisnan

Sejak mengambil Ephyra, keguguran rambut menjadi semakin pulih walaupun tidak lah gugur sebanyak mana pun. Namun jangan keliru + takut jika rambut gugur berlaku. Gugurnya rambut bukan bererti rambut kita tidak sihat sebaliknya rambut yang gugur itu adalah rambut rosak. Pastinya rambut baru akan tumbuh semula. Itu sebab jaga pemakanan dan minum air masak 8 gelas sehari untuk menjaga kecantikan luar dan dalam.

PERCUTIAN KE TAMAN NEGARA BERSAMA EPHYRA


Hari ke dua puluh tiga dan seterusnya

Perubahan Jantung = Mengurangkan kadar kolestrol dan menjauhan risiko sakit jantung dan tekanan darah 
Perubahan tulang + sendi = Melegakan kesakitan pada sendi2 dan arthritis agar badan merasa kelegaan dari merasa sakit2 pada keseluruhan. Terlalu banyak bergerak + mengangkat barang2 berat mendatangkan kesakitan yang amat.

Baru2 ini aku sekeluarga telah pergi bercuti 2 hari ke Taman Negara atau National Park di Jerantut Pahang. Memang seronok habis bercuti di sana biarpun cuaca sedikit hujan + panas menjadikan angin dan sinaran matahari terasa bahang. Bila cuaca panas, air kosong pelengkap penghilang dahaga.

Sebelum memulakan aktiviti, pastinya pengambilan sarapan bersama sepeket Ephyra menjadi perkara utama. Jangan ketawalah kalau tengok saya menggocang Ephyra dalam botol mineral kecil. Almaklumlah.. rushing punya hal sampai shaker pun aku lupa bawa. Tidak kisahlah kan janji dapat minum Ephyra untuk memberi tenaga sewaktu melakukan aktiviti lasak nanti.


Ephyra bersama shaker dalam botol mineral - janji boleh goncang dan diminum. Habis cerita.

Berbekalkan air mineral empat botol + sedikit makanan, kami bergerak ke jeti dan melihat aktiviti2 yang telah disediakan. Pada mulanya kami ingin melakukan Canopy Walk - Jambatan gantung terpanjang di Malaysia dunia sepanjang 530 meter (baru mencabar) tetapi disebabkan keadaan tidak mengizinkan maka kami panjat bukit Lata Berkoh dan lain2 aktiviti sahaja. Dengan menaiki bot laju kami singgah dibeberapa tempat sebelum berakhir ke bukit Lata Berkoh.


Perjalanan memanjat bukit Lata Berkoh hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai keatas. Alhamdulillah.. perjalanan berjalan dengan lancar tanpa rasa penat dan mengah walaupun membawa bag yang berisi mineral 1 liter + makanan. Kaki pun tidak rasa lenguh. Relax saja sambil berjalan kita berselawat. memang best betul dengar bunyi2an dalam hutan begini. Tenang jiwa.


Sesampai sahaja diatas inilah yang kami jumpa. Mulanya ingatkan air terjun yang tinggi dan dipenuhi bunga2 seperti di Hawai. Last2 jumpa air deras macam ni saja. Oklah.. tempatnya sedikit semak tetapi seronok berenang2 dan duduk bawah air deras mcm ni. Lagi2 ditambah badan sudah berpeluh2 dan panas. Bestnya mandi. Habis kami berendam dengan baju2 sekali.


Hampir 30 minit juga berendam dalam air. Selesai segala urusan + makan2 yang ringan2 kami bergerak menuju ke bot untuk balik. Gambar menunjukkan aku berjalan lebih kehadapan hingga hubby pun tertinggal kebelakang. Ini semua penangan minum Ephyra. Tidak rasa letih langsung malahan masih ada tenaga lagi untuk melakukan aktiviti2 lain. Yang paling best kulit wajah tidak terlalu terbakar dik kerana sinaran matahari semasa mendaki dan menaiki bot. 

Hari terakhir pengambilan Ephyra adalah pada 26 April 2014. Pada masa itu jadual aku penuh dengan aktiviti dirumah mak hingga tengahari pula bertolak berjumpa dengan BFF dan bermain bowling hingga jam enam lebih sebelum bertolak ke Subang airport untuk terbang pulang ke Shah Alam. Sampai saja dirumah boleh terasa lagi tenaga masih ada.


Selain itu ada juga perubahan berlaku pada bahagian perut = Melegakan kesakitan pedih ulu hati + gastrik. pengambilan makanan yang salah terutama makanan yang mengandungi cuka + asid berlebihan selain lewat makan, dapat mengundang penyakit ini. Honestly memang ada juga rasa pedih ulu hati akibat lewat makan tetapi jarang2 berlaku kecuali jika aku mengambil makanan berasid seperti jeruk buah. Tetapi selepas mengambil Ephyra hampir sebulan, rasa senak perut memang tidak ada biarpun lewat mengambil makanan.

Boleh layari mereka FACEBOOK OCEANLIFE2U dan WEBSITE EPHYRA

Nota
Biasanya jika berlaku perkara2 seperti keguguran rambut + letih badan + gastrik dan sebagainya, aku akan amalkan sedikit petua yang aku tau dan alhamdulillah berkesan. Sekarang kalau sudah ada yang lebih mudah dibawa dan senang dimakan seperti produk Ephyra, lebih baik terus amalkan. Paling penting ianya selamat dan HALAL.

P.S. Suka makan bawang putih bakar untuk melegakan senak perut atau gastrik. Mujarab.


0 comment... add one now