Majlis memeterai memorendum persefahaman Al Ansar Health SB

 

Assalamualaikum. Majlis memeterai memorendum persefahaman Al Ansar Health Sdn Bhd bersama dua syarikat suppliment kesihatan Sinar Permata Resources dan Magnetik Aura Sdn Bhd telah berlangsung dengan hebatnya di Danau Golf Club UKM Bangi dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Muhammad Ali  Hashim (Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia).

Kumpulan Al Ansar telah meluaskan perniagaan mereka dengan memperkenalkan produk2 kesihatan halal dan selamat digunakan. Al Ansar telah mensasarkan 12 juta ringgit untuk jualan pertama pada tahun pertama dan mempunyai stokis2 di Pekan Rabu Johor Bharu + Setiawangsa Kuala Lumpur + Jalan Reko Kajang + Sungai Petani Kedah + Wakaf Che Yeh Kota Bharu dan Cabang Tiga Kuala Terengganu.

MAJLIS PERASMIAN AL ANSAR HEALTH


Majlis telah berlangsung pada jam 2.30 petang dan dihadiri oleh tetamu2 terhormat Al Ansar Health termasuk media dan blogger.

Pembukaan tirai dibacakan doa oleh Ustaz Azli dan dimulakan dengan kata2 ucapan dari Tuan Haji Muhammad Khanafi. Kemudian disusuli dengan ucapan Yang berbahagian Tan Sri Muhammad Ali dengan kata2 yang boleh saya jadikan motivasi untuk semua peniaga2 kecil mahupun yang besar agar bersatu dan ikhlas. InsyaAllah perniagaan kita akan sukses dan berkembang dengan jayanya

Tuan Haji Amir bersama2 group Al Ansar Health Sdn Bhd

Memeterai Memorendum Persefahaman Al Ansar Health bersama Ustaz Azli (Pengasas Sinar Permata Resorces dan Encik Adnan Abd Wahab (Pengasas Mahnetic Aura SB) telah pun selesai disaksikan oleh Tan Sri Muhammad Ali + Tuan Haji Amir Hassan + Tuan Haji Muhammad Khanafi + tetamu dan media.

Tan Sri Muhammad Ali sedang mendengar penjelasan tentang produk Magnetic Aura dan Sinar Permata ditemani Haji Amir dan Haji Khanafi. Saya boleh lihat betapa terujanya Tan Sri tentang produk2 tersebut.

Sesi Soal Jawab bersama media dan blogger tentang Al Ansar Health Sdn Bhd bersama Jihad Bisnes + produk2 yang dipasarkan dan kegunaannya. Klik like page Pusat Terapi Al Ansar Health

Dato Malek Noor - Duta Produk Magnetic Aura = Dato kata dia sarankan guna produk ini terutama kepada mereka yang gemar dengan aktiviti sukan baik sukan lasak seperti berlari + berbasikal dan sebagainya. Magnetic Aura memberi satu aura iaitu kuasa atau energy dalam badan kita. Tak percaya? Boleh cuba dan buktikan sendiri. Nak tengok contoh tak? Baca sampai habis ler.. heeeee..



Sesi soal jawab bersama pihak Al Ansar + blogger + media tentang  syarikat dan produk2. Saya juga menanyakan beberapa soalan tentang produk ini. 



Soalan saya 'adakah produk ini boleh merawat penyakit kronik seperti kanser. Jawab mereka penyakit kanser bukan senang untuk dirawat biarpun banyak produk2 ada dijual diluar sana. Kami akan membuat kajian dan demo tentang kes ini dahulu. Jika keputusan positif baru kami akan war2 dan perkenalkan kepada mereka yang mengidap kanser. 

Well saya berpuas hati dengan jawapan mereka. Kita tunggu saja nanti.

PRODUK2 AL ANSAR HEALTH DAN TESTIMONI


Setiap penyakit ada penawar dan rawatannya. Namun bukan semua penyakit dapat disembuhkan dengan sepenuhnya. Bahan2 terpilih dan halal serta tidak mengandungi kandungan kimia memberi lebih kepercayaan kepada pelanggan untuk mencuba produk2 yang dikeluarkan oleh dua syarikat iaitu Magnetic Aura Sdn Bhd dan Sinar Permata Resources mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk Malaysia mahupun negara luar. 

Pengeluaran produk2 yang berasaskan rawatan Magnetic Aura + air penawar dengan bacaan doa2 terpilih + kapsul2 yang terpilih bahan2nya untuk rawatan2 seperti symptom resdung atau sinus + asthma + gatal2 pada mata dan telinga + bersin waktu pagi dan sebagainya.

Demo pertama = contoh Minuman Air Madu 7 in 1 yang mengandungi bahan2 semulajadi seperti madu asli + Air Zam2 + Bee Polen + Alkali + Zafran + tenaga gelombang + doa shifa. Boleh rujuk dalam web AuraMagnetic2u

Selepas minum Air Madu 7 in 1 = Contoh kehebatan kepada mereka yang telah mengambil produk Magnetic Aura. Sampai nak terjatuh beliau. Minyak Magnetik Aura juga mampu merawat penyakit stroke + urat saraf  + mata dengan melakukan terapi urutan yang betul.

Lagi contoh Magnetic Aura = Pikul motor pun sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang melakukan kerja2 di bahagian pengangkutan air seperti dalam gambar namun tenaga harus lebih banyak digunakan untuk memikul benda berat ini.


Jangan ambil mudah kalau dah au ada resdung. Karang macam2 boleh berlaku. Hilang hidung pun ada. Baik rawat sebelum terlewat..

Dan ini pula model  blogger kita Encik Ladfe yang sedang dirawat oleh Ustaz Azli dengan menggunakan produk Sinar Permata untuk pesakit resdung. Perhatikan dari mula Ustaz menitiskan drops pada cotton bud dan diletakkan dilubang telinga saja.

Selang beberapa minit model kita terbersin beberapa kali. Ustaz masukkan sedikit serbuk halus dari bahan2 herba juga dan disedut ke dalam hidung. Selepas 3 minit model tersebut bersin tanpa henti dan lendir keluar dari kepala melalui hidung. Kata Ladfe LEGA RASANYA. RINGAN KEPALA. Masa tu saya dah cabut lari. Tak sampai hati nak tengok. Ada sebab tuh.. kih3

Pengasas produk Magnetic Aura Encik Adnan Abdul Wahab menunjukan produk mereka telah keluar dari akhbar HARIAN METRO minggu lepas dan Jumaat ini.

Salah 1 2 dan 3 produk keluaran dari Al Ansar Health Sdn Bhd - Sinar Produk Resources penawar resdung athma dan mata. Boleh baca selanjutnya di Sinarpermata
Lagi produk Al Ansar Health - Magnetic Aura seperti sabun muka + sabun 7 bunga + Air madu + madu stick + minyak magnetic aura + kopi magnetik aura + pearl dari Sinar Permata = gift yang saya dapat. Yeayyy... balik lewat inilah kelebihannya.

Tapi yang menjadi ketawa kecil saya semasa berbual dengan Encik Adnan saya tunjukkan barang beliau yang saya ingin beli. Saya kata SAYA NAK INI. Saya nak bayar dia kata ini gift saja. Kemudian saya tunjuk madu stick sekotak untuk saya beli. Beliau beri juga satu sebagai gift tanpa mahu mengambil duit. 


Dan akhirnya saya kata SAYA NAK INI dan beli madu stick untuk pelumba basikal Brunei sponsor Awang Tum Tum Cycles dan saya bagi terus cash dengan beliau dan dapat lagi satu minyak Magnetik Aura. Alhamdulillah3... semoga murah rejeki Encik Adnan dan semoga menang team Brunei untuk Awang Tum Tum Cycles. Tolong klik LIKE sekali jika suka. Amin. 

Kehadiran blogger2 cendol Titan + Abang Ensem + Nadot + Gnesop Poseng + Cik Lily + Ladfe + Anastasia. Brother Eizil dan Fadil hilang cari nasi kot. kih3. Saya?? Tukang amik gambar ler. Takder siapa nak sudi bergambar dengan saya.. hu3..

Masa makan time saya duduk dengan mereka. Dari kiri blogger Hidayah + Penyanyi Muadz + Firdausz - Nasyidfm + Hafiedz + Shilda dan teman. Diorang semua ni peramah bagai. Seronok berborak. Lagi2 bila saya sebut tentang negara Brunei. InsyaAllah.. jika diizinkan Allah moga2 Muadz dan rakan2 yang mengorak langkah terus berjaya ke Brunei pula.

Siapa tidak kenal dengan HERO + BOS BESAR DenaihatiDotCom Haji Amir. Berseri2 wajah beliau. Dari kiri Ladfe + Haji Amir + saya + Hafiedz + Eizil + Muadz
Siapa tak kenal abe2 hebat nih. Sorang kaki cendol sorang kaki cari tanah. kih3. Bukan tanah yang itu. Ini cerita pasal duit dan hartanah. Dua2 dah ada buku sendiri. Cendol buku merah jambu + abe aka abang encem buku Jangan baca buku ini. Mana yang tak beli tuh pergi cari. Saya cuma tinggal nak beli buku cendol jer. Harga pun dah naik 20 hinggit. Choiiii!!!.. Masa bergambar ni saya terpaksa bengkokkan kaki sikit nampak sama level. kih3.. Jangan marah aahhhh

Nota
Saya dah cuba minyak magnetic aura pada lengan bahu saya. Tiba2 lenguh yang amat kerana terlalu lama menunduk mengadap komputer.  Saya sapukan minyak magnetic aura dan selawatkan 3 kali. Alhamdulillah.. selang 5 minit hilang dan tak rasa sakit lenguh.

P.s. kepada merek yang ingin mencuba pelaburan bisnes jihad bersama Al Ansar Health sdn bhd atau ingin melakukan terapi boleh hubungi .:

Encik Sobri : 0134814971 / 0124734645
Ustaz Azli : 0192434888
Encik Adnan : 0127212184 / 0162011549

Laman web - www.alansarhealth.com



0 comment... add one now