U mengidap penyakit Leukemia??

Assalamualaikum dan salam ramadan guys.. Bila tiba2 kita terjumpa atau terserempak dengan seseorang yang agak lama  tidak berjumpa biarpun mereka adalah jiran lama atau jiran kawan2 yang mengenali kita, tiba2 mereka mengajukan soalan 'HOW IS EVERYTHING?" Maka kita pun jawab " Alhamdulillah". Suddenly beliau mengajukan soalan kedua "U MENGIDAP LEUKEMIA KE?". MasyaAllah.. bila terdengar soalan begitu rasa tersentap juga dan tertanya2 "darimanakah beliau mendengar cerita ini?". Adakah kerana post ini beliau menduga begitu? Persoalan...

Perjumpaan singkat yang hanya memakan masa 10 minit sahaja disudahkan dengan salam dan berlalu pergi tanpa berbual panjang yang menyeronokkan. Namun soalan tentang penyakit Leukemia itu hanya dijawab dengan senyuman tanpa jawapan. Biarlah mereka tertanya2. Yang penting kami berdua sihat seperti biasa walaupun ada antara kami berdua mempunyai penyakit B dan bukan Leukemia. Alhamdulillah.. hampir sembuh walaupun masih ada sisa2. InsyaAllah.. setiap yang berpenyakit datangnya dari Allah SWT dan sebagai hamba-Nya yang kerdil lagi hina ini harus menerima takdir yang telah ditentukan. Usahalah + ikhtiar + yakin + tawakal = insyaAllah pulih dengan izin-Nya.
Bila kita mendengar seseorang itu sakit, maka kita doakanlah kesejahteraan untuk mereka agar sihat sepenuhnya = Jangan pula kita menambah penderitaan mereka
Bila kita mendengar dan ketahui mereka isteri2 yang masih tidak memiliki zuriat sendiri, maka doakanlah untuk mereka mendapat zuriat = Jangan pula kita persendakan takdir Allah SWT
Bila kita melihat kesusahan + kedaifan mereka, maka doakanlah agar diperluaskan rezeki untuk mereka = Jangan pula kita mengejek dan memandang rendah. Itu semua pinjaman
Bila kita meratap kesedihan yang dialami mereka maka doakanlah agar digembirakan hati mereka = Jangan pula kita meraikan. Ingat!! Allah SWT itu Maha Kaya.
Bila kita mendengar mereka dalam kesulitan seperti putus hubungan antara anak + bapa atau ibu, maka doakanlah dan bantulah untuk mengeratkan hubungan mereka = Jangan pula kita membantu pd mereka yang semakin menjauhkan hubungan antara kedua2nya. DOSA BESARLAH kita yang cuba memutuskan ikatan silaturahim itu.. 
Banyak lagi sebenarnya yang boleh kita bincangkan tentang perihal sifat2 manusia. Tapi cukuplah setakat ini sahaja untuk kita muhasabah diri pada pagi khamis ini. Mudah2an kita sedar + buka mata hati kita agar jangan sekali2 mudah memandang rendah pada orang lain. Itu semua telah ditentukan oleh Allah SWT. Siapa kita untuk menilai ketentuan-Nya??

Nota
Setiap manusia mempunyai berlainan bentuk dan peranan. Sentiasa berfikiran positif = menjadi manusia yang sihat dan gembira.

P.S. Masih tertanya2 soalan sahabat itu tentang penyakit Leukemia tapi biarlah dia dengan tanda tanyanya dan kami dengan kebahagiaan sekarang. Mudah2an satu hari nanti dia mendapat jawapannya sendiri.
U mengidap penyakit Leukemia??

0 comment... add one now