Plane In The City di Kuala Lumpur? Jangan tidak percaya ada penerbangan boeing 737 yang akan landing selamanya di Kuala Lumpur pada bulan April 2018 ini. Anda memang tidak akan percaya atau saya yang tengah bermimpi atau bergosip. Sebenarnya TwoSpicy Entertainment Live, syarikat disebalik Dinner In The Sky Malaysia yang sangat popular, akan melancarkan Plane In The City pada April 2018 ini, yang dianggap sebagai tarikan utama di Kuala Lumpur
Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Plane In The City akan menjadi pengalaman selama 90 minit yang berputar di sekitar pesawat Boeing 737 yang sebenar. Dimana semasa penumpang akan mendapat peluang seumur hidup untuk melakukan perkara2 seperti mengambil 'selfie' atau 'wefie' dan anda boleh mengeluarkan kepala dari kokpit Pilot, berjalan di sayap pesawat, menikmati hidangan makan malam sambil dihidangkan alunan muzik hit hari ini dan banyak lagi.
Kebiasaannya bila kita menaiki penerbangan, kita hanya menikmati keindahan diluar tanpa dapat mengeluarkan kepala sambil bergambar dan hanya memakan hidangan yang diberikan. Tetapi di Plane In The City anda dapat merasai pengalaman yang sungguh luar biasa.
Apa itu SKYLAND
SKYLAND adalah tarikan pelancongan terkini Kuala Lumpur yang kini menjadi tuan rumah dua pengalaman makanan unik iaitu Dinner In The Sky Malaysia dan Plane di The City. Terletak di Jalan Bukit Bintang, SKYLAND juga menempatkan sebuah lounge marquee besar, yang boleh disewa untuk acara peribadi dan perayaan. Lokasi yang strategik dan produk menarik telah memberikannya buzz Media Sosial besar2ran.
Honestly saya sendiri belum mencuba untuk hidangan di Dinner In The Sky. Mungkin satu hari nanti saya harap sangat dapat dijemput untuk menikmati hidangan dan permandangan indah Kuala Lumpur di atas sana. On my wish list. (wink)
Pakej dan Menu dalam Plain In The City
Disedia tempat khas untuk 20 orang setiap sesi untuk mengekalkan eksklusif. Makanan di atas pesawat akan dihidangkan (mengikut pakej yang anda pilih) oleh Le Meridien Kuala Lumpur, sebuah hotel bintang lima yang terkenal, dipilih berdasarkan menu menarik mereka dan masakan yang hebat.
Jualan tiket akan bermula pada 26 Mac 2018
- Kelas Utama - RM999 setiap satu
- Kelas Perniagaan - RM399 setiap satu
- Kelas Ekonomi - RM199 setiap satu
Gambar menu dibawah adalah berbeza2 menu mengikut pakej dan kelas yang anda dipilih
Di samping pakej standard ini, Plane In The City merancang untuk melancarkan pakej perayaan seperti untuk sambutan hari lahir dan ulang tahun. Syarikat2 acara dan orang awam juga boleh menempah pesawat sebagai tempat untuk acara swasta / korporat sehingga 60 kali pada satu masa. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan sila layari www.planeinthecity.com
Mr, Arvin Randahwa, CEO of TwoSpicy Entertainment Live who conceived the idea. “This is a great way and place for locals and tourists to treat their loved ones, friends or clients and have an unforgettable outing.
"Food, in our tradition, is something sacred, it's not about the nutrients or calories. It's about sharing, honesty and identity. Hence the philosophy of cooking has to be an intimate experience thus the idea behind the menu for dining in the plane is all about - creating an honest and intimate experience for the diners through the food " kata Chef Antoine Rodriquez, Chef Eksekutif Le 'Meridien Kuala Lumpur.
Sebarang pertanyaan dan tempahan anda boleh terus layari website www.planeinthecity.com
Oh yeahh.. no worries.. makanan semuanya halal.
Nota
Semua orang ada keinginan masing2 dan mengikut kemampuan diri untuk berhibur dan meraikan bersama orang yang anda sayang. Tidak salahpun untuk anda bazirkan sedikit masa dan tunai demi kebahagian yang anda kecapi asalkan ianya berbaloi dan menyimpan sebillion memori indah bersama. Jika anda suka Plan In The City ini maka khabarkan pada teman2 sahabat anda. Pasti ada diantara mereka inginkan kelainan untuk pengalaman mereka.
Tata.. xoxo