Charitable Chrismas and New Year Countdown With Best Western Petaling Jaya

Assalamualaikum. Perayaan Krismas sudah semestinya setiap tahun meriah dengan makanan. Bermacam2 hidangan disediakan baik jenis buffet mahupun Ala Cart. Tahun ini Best Western Petaling Jaya telah mengeluarkan hidangan buffet baru khas sempena hidangan untuk perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru 2018 akan datang ini.

Pengurus Besar Best Western, Mr. Francis Alberto berkata "kita tidak pernah melupakan yang kurang bernasib baik dan berharap dapat menunjukkan semangat memberi kasih sayang dan rasa syukur kepada mereka pada musim ini. untuk setiap makan malam dan cokktail yang dibeli sebanyak RM2 akan disalurkan kepada organisasi amal".

Anda boleh cuba membawa keluarga rakan2 taulan merayakan perayaan Krismas Eve di Restoran Kembali Kitchen pada 24 Disember 2017 dan raikan Perayaan Tahun Baru 2018 di Skyz Dine & Bar yang terletak di level paling atas (RoofTop). Mungkin mana tahu diatas bumbung tinggi itu anda dapat menyaksikan bunga api warna warni sambil menikmati hidangan bersama rakan2 keluarga tersayang. Kata Chef Amin lagi untuk Sambutan Tahun Baru di Skyz Dine & Bar akan ada cabutan bertuah, games dan live band. Tema theme Glitz & Glamour. Good Luck.


Skyz Dine & Bar ( RoofTop )


Kembali Kitchen Level 6

Jom lihat apa Chef Amin sediakan menu untuk hidangan Krismas Eve dan Tahun Baru ini dari Best Western Petaling Jaya.


Chef Amin menerangkan menu yang disediakan. Salah satu menu yang ada ditangan beliau ada Sup Asparagus Udang berkrim dan Nasi Paella bersama kismis. Biasanya hidangan ini dihidangkan pada perayaan Tahun Baru.


Chef Amin memotong Ayam Turkey Panggang chestnut stuffing bersama sos cranberry dan kuah Giblet. Diberitahu oleh Chef Amin kuah Giblet ini diperbuat dari hati. Saya lupa pula hati ayam ka atau hati lembu. hehehe... tapi rasanya memang macam tulah.. Anda kena cuba sendiri.


Ayam Turkey Panggang bersama Chestnut dengan sos cranberry manis dan Kuah Giblet - Roast Turkey with Chestnut Stuffing Cranberry Sauce and Giblet Gravy. Nampak tak yang macam cheese tuh sebenarnya adalah Meet Chicken Lof . 


Nasi Paella makanan laut bersama kismis dan kacang - Seafood Paella With Raisin dan Nutts 


Kepingan Ayam Dada bersama sos manis buah - Stuffed Chicken Breast with Fruits Sauce


Ikan Seabass Panggang Oven bersama Capsicum Hijau sos berkrim - Oven Roasted Seabass with Green Andred Capsicum Cream Sauce


Medallions Of Beef With Balsamic Sauce

=

Pie Kambing - Shepherd's Pie


Sup Asparagus berkrim bersama Udang - Cream Of Asparagus Soup With Prawn


Salah satu dua menu iaitu shepherd pie kambing dengan Medallions Beef With Balsamic Sauce


Seafood Paella bersama Ayam Turkey Panggang dengan sos Cranberry. Sayur panggang seperti epal hijau + lobak merah + lada benggala + Meet Lof Chicken menambah selera anda.

Time to dessert. Jom tengok kek coklat dibawah ini. Memang sedap you.


Chrismas Yule Log - kek coklat yang tebal coklatnya. Sedap betul. Kena cuba tau.


English Fruit Cake


New York Cheese cake - Yang ini memang saya tak sempat makan tapi pasti rasanya memang awesome. Hopefully kalau ke Best Western Petaling Jaya dapatlah merasa lagi nanti.


Last menu iaitu Ginger Bread - Roti Halia.


Biasanya Ginger bread ni orang akan buat jenis biskut. Memang suka giler kalau dapat biskut halia. Tapi roti ni saya tak sempat nak mencuba. Sure mesti sedap dapat cicah dengan kopi hitam.

Charitable Chrismas and New Year Countdown With Best Western Petaling Jaya.

Chrismas Eve Buffet Dinner
KEMBALI KITCHEN
RM88 nett (Adult)
RM44 nett (Child 5 - 12 yrs)
Sunday 24 Disember 2017 (6.30pm - 10.30pm)
Level 6 Best Western Petaling Jaya

New Year Countdown Cocktail Dinner
SKYZ DINE & BAR
RM78 nett (Adult)
RM39 nett (Child 5 - 12 yrs)
RoofTop Best Werstern Petaling Jaya

Untuk booking tempahan kedua2 Restoran ini, boleh terus hubungi Mr. Murli 019-7774140



6 comments.. read them below or add one

Lisa Nurulain Lisa Nurulain Khamis, Disember 14, 2017
wah menarik juga kalau makanan2 diatas tu .nymmi terasa lapar pula
Hazmin Hamudin Hazmin Hamudin Ahad, Disember 17, 2017
Makanan memang menarik. tapi bab harga tu fikir banyak kali jugak la. Haha.
Mama Chantique Mama Chantique Selasa, Disember 19, 2017
mengoda sungguh segala makanannya tu...
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, Disember 20, 2017
hahaha... apa jua makanan buat perut kita lapor kan..
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, Disember 20, 2017
hehehe.. harga ok tu sesuai dgn kualiti makanan. banyak menu sebenarnya..
Nur Misnan Nur Misnan Rabu, Disember 20, 2017
kann... kalau perut lapor mah habis dimakan.. hahaha