Minggu Media Sosial Malaysia 2015 - MSMW


Assalaualaikum. Minggu Media Sosial Malaysia 2015 atau MSMW2015 memang dinanti2kan oleh penggemar tegar media sosial kerana kali ini Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bersama2 berkongsikan idea dan pendapat yang lebih inovasi

Tun Dr. Mahathir akan mengulas tentang peranan media sosial sebagai penggerak utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Boleh baca perkongsian beliau di laman sosialnya chedet.cc.

Lihat saja sekarang manusia2 menggunakan media sosial dan network yang ada untuk menjana pendapatan dan memperluaskan bidang perniagaan dengan pelbagai kemudahan yang ada.

Ibarat kata blogger Singapura workingwithgrace Grace Tan

"Untuk mendapat pengikut yang ramai kita perlu berinteraksi dan mempunyai hubungan yang baik dengan pembaca"

Dan "KUALITI DAN KUANTITI sama2 penting"

Betapa ruginya saya tidak dapat menghadirkan diri untuk mendengar sendiri apa yang dikongsikan oleh mereka dan Tun Dr. Mahathir. Dan juga saya turut terkesima untuk mendengar juga kata2 dan pandangan dari Menteri Belia dan Sukan Negara Khairy Jamaluddin.

Ada beberapa Cadangan yang ingin saya ajukan untuk masa depan belia Malaysia. Tidak mengapalah, saya akan ajukan pendapat dan soalan cadangan ini pada 30 April nanti. KJ kita jumpa disana.

Terima kasih tidak terhingga kepada Denaihati Network kerana memberi peluang yang kedua kalinya untuk menghadiri Minggu Media Sosial Malaysia 2015. Malangnya saya tidak dapat hadir atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

Itu juga ujian dari Allah SWT untuk saya. Jika pada hari pertama itu saya hadirkan diri ke MSMW2015 apa akan jadi pada rumah saya pada ketika itu. Syukurlah semuanya selamat.

Syukran ALLAH
Syukran JPAM
Syukran Bomba
Syukran neighborhood
Syukran para sahabat2 yang tidak putus mendoakan keselamatan kami

Sedikit info dr awani

0 comment... add one now