Marilah menanam tanaman di Syurga pula

Menanam tanaman di syurga.
Assalamualaikum dan salam Jumaat.. Sebelum ini kita sudah pun berkongsikan bagaimana untuk membina rumah di Syurga dengan hanya melakukan amalan2 seperti membaca ayat 3 Qul + sumbangan ikhlas di surau2 atau masjid dan banyak lagi. Dan hari ini kita cuba untuk menjadi petani saham akhirat dengan menanam tanaman2 di Syurga pula. Hendak tahu bagaimana caranya? Mari kita cari benihnya dan taburlah agar setiap amalan kita menjadi sepohon pokok yang besar.

Kejadian ini berlaku sewaktu hadirnya 27 Rejab pada malam Israk dan Mikraj. Semasa Rasulullah SAW menaiki tangga yang ketujuh, Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW, Nabi Ibrahim A.S bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah SWT pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Nota
Kita amalkan mana yang dapat membantu kita di akhirat nanti. Sambil cuba untuk membina rumah di Syurga kita selam sekali untuk menanam tanaman di Syurga..

P.S. Setiap amalan dari ayat2 ini sangat mudah untuk kita hafal. Perbanyakkan beristighfar terutama selepas solat lima waktu..

0 comment... add one now