Kopi aweks dan gadis bertudung

Assalamualaikum guys.. Selamat bercuti pada hari Isnin ini pengganti hari Israk dan Mikraj semalam dan selamat bekerja untuk semua rakyat Malaysia. Semoga monday blues lebih makin blues untuk korang semua. Kalau boring2 tuh mari ler kita layan gambar kucin tomey2 ini. Semalam adalah hari SPA (pet grooming) untuk Kopi. Masa inilah aku kena kasi grooming budak gelap nih kasi wangi2 + potong kuku + korek telinga + massage = relaxing. 
Semasa penghantaran Kopi ke pet grooming, Kopi telah berjumpa aweks cun. Masing2 tengah menunggu giliran. Yang syioknya semasa hendak meninggalkan Kopi untuk pergi bersarapan pagi, Kopi dikelilingi 3 aweks Himalaya + Persian. Jangan tidak percaya. Tapi kalau dah gabra + malu ler konon, nak keluar dari cage pun dia tak mahu. Sampaikan di gadis bertudung pink ni terpaksa buka cage untuk keluarkan Kopi. Har3... Oklah.. Jom layan Kopi dengan gadis bertudung pink. Hangitttt... 
Mula2 potong kuku tangan dan kaki yang sudah panjang. 
Kemudian disisih atau sikat bulunya yang kusut dan dibuang fungus2 yang melekat dikulit kalau ada + dikorek sekali telinga dan dititiskan ubat terlinga untuk mengelak dari didatangi kutu babi. Masa ni syiok jer si Kopi duduk atas riba di gadis bertudung pink. Opppsss...muka si gadis pink ni tak nampak.. Dia malu..
Ok ini kira langkah bendul namanya.. Har3.. Sebenarnya masa Kopi dimandikan aku tak dapat nak shoot coz si gadis pink ni tutup pintu kerana takut si Kopi lari keluar lagi.. Memang penakut air budak hitam nih. Time ini sudah mula di keringkan menggunakan pet dryer khas untuk mengeringkan bulu2 kucing dan sebagainya. 
Rasanya hampir 30 minit juga si gadis bertudung pink ni mengeringkan Kopi. Nampak saja aksinya diam tapi terpusing sana sini..
Tengok ler mata budak nih, terbeliak tengok ummi ekkk.. Tak suka ker kena mandi?
Sampai memanjat budak hitam ni cari pintu nak keluar.. Har3.. Takut betul dia dengan bunyi dryer. Lebih kurang 2 minit juga si Kopi tergantung macam ni. Kelakar pun ada tapi aksi begini memudahkan di gadis bertudung pink mengeringkan bahagian bawah..
Bila dah hampir kering barulah nampak gebus sikit, tapi kenapa buat muka seposen nih?? Marah nampak? Control hencem ker?? Peleaseeee!!!! 
Si gadis bertudung pink masih mengeringkan ruang2 yang dirasanya masih lembap dan basah agar tidak berlaku timbulnya fungus atau kurap pada kulit. Akhir sekali baru ditaburkan bedak kurap + spray kasi wangi.. Bedak kurap ekkkk... hentam sajalah labu. Tak pernah pun beli bedak kurap. Selalunya guna spray anti odor + wangi saja kalau budak hitam ni malas nak mandi. 
Dan yang ini pula cik Dotty, kucing kepada Tuan punya Pet Grooming yang tiba2 muka tak malu + selamba duduk dalam cage Kopi. Dengan matanya yang bewarna orange + taik mata belah kanan bertepek + muka langsung tak reti senyum = buat hati makin geram plak nak siku.. Har3.. kidding2.. Mana ler boleh nak siku kucing2 yang tomey2 nih. Sayang wooooo. Anyways Dotty ni betina, jadi bila datang bau jantan aka dia jadi gediks ler kot. har3...
 
Last but not least tiga aweks cun yang sedang tidur sebenarnya telah dikejutkan oleh makcik tomey nurmisnan. Tak pasal2 tengah syiok tidur terus terbangun. Kesian aweks ni. Sorry ok.. Aunty Nur nak shoot gambar untuk kenangan. Tak mau mara2.. Nonono...

Nota
Bila sudah biasa ke grooming Kopi sudah berani dengan vacium cleaner dirumah walaupun masih ada lagi sifat pengecut.. Har3.. Budak hitam ni memang pengecut. Nama jer jantan tulin.

P.S. Tajuk macam gempak jer bunyikan tapi hampeh isinya.. Har3.. Terkono sudah. Sorrylah guys gurau2 manja jer. Anyways, soon akan kongsikan video Kopi, dryer dan gadis bertudung pink... Lain macam jer bunyi.. hik3...

0 comment... add one now