HSBC walkruncycle 2012 - The biggest charity event Brunei

HSBC walkruncycle 2012 in Brunei
Assalamualaikum guys.. Hari ini baru berkesempatan untuk update gambar2 dan sedikit info mengenai the biggest charity event - HSBC WALKRUNCYCLE 2012 yang berlangsung pada 20 Mei 2012 di Brunei. Lebih dari 10,000 ribu orang menyertai event tersebut. Pelbagai acara diaturkan seperti berjalan kaki + larian + cycle. Semua acara telah disusun mengikut kemampuan masing2. 

Macam aku dan mr. hubby kami berdua mengambil acara berbasikal sejauh 30km + 11.5km. Aku hanya menunggang MTB Scott dan Mr. hubby menggunakan Roadbike Scott.  Seronok sertai acara sebegini. Walaupun ada rasa kepenatan tetapi lebih rasa sihat + berjumpa ramai sahabat2 yang gemar dengan sukan lasak. Jom kita intai2 gambar2 yang sempat aku sunting sebelum dan selepas berbasikal.
kami parking kereta dalam kawasan berdekatan dengan masjid. Kebetulan waktu maghrib sudah tiba. Kami sempat berkayuh ke masjid Sultan Omar Ali Saifuddin untuk menunaikan kewajiban masing2.
 
Habis solat masing2 sibuk memasang dan menyiapkan kelengkapan basikal. Dikawasan parking ini saja lebih 200 orang telah meletakkan kereta mereka sebelum menuju ke Kompleks Yayasan..
Semua dah bersedia untuk berangkat menuju ke Komplek Yayasan, Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin.
 
Masing2 memasuki zon km mengikut kemampuan mereka 
Dibahagian sebelah kanan adalah semua peserta yang menyertai acara larian 2km + 6km + 11.5km
Mr. hubby dengan Group 30km berbasikal. Masing2 menggunakan roadbike dan ada beberapa peserta menggunakan MTB. Tired lohhhh.... hik3 
Ini semua adalah Marshal aku.. har3.. (Kidding).. Tujuh orang Marshal ditugaskan memantau peserta acara berbasikal 11.5km. Sorang lagi Marshal brother Aji (gelaran aku panggil) ada berdiri sebelah aku. Kami mula acara tepat jam 8.30 malam selepas peserta berbasikal 30km berlepas.
Yang ini paling aku suka.. Brother ni join acara 11.5km dengan membawa basikal askar (MP). Sangat unik and i loike u know.. Seat dia tuh selesa giler. Tak perlu pakai jersi seluar yang ada padded..
Bestkan.. Kiri kanan diasngkutkan bag galas untuk diisi makanan + barang2 lain.. Cuma berat ler mengayuh kalau berat sangat. Jenuh oiiiii.. hik3
Group abang2 botak kojek menyertai acara larian. Berapa KM aku tak pasti.. Hensem tak??
 
Paling unik brother ni punyer basikal. Panjangggg.. hik3.. 
Terbaek peserta OKU Brother Aji tapi lupa namanya juga join acara berbasikal 6km tetapi brother ni follow kami dulu dengan acara 11.5km. Mungkin dia ubah fikiran kot..
Semasa dalam perjalan menuju ke garisan penamat terserempak dengan peserta acara larian 6km
Lucky us.. sebelum sampai akhir garisan sister and brother ni offer kami berhenti MINUM MILO FREE. Perghhhhh!!! Lega tekak.. Masa ni aku dengan 3 Marshal jer yang berhenti. Lepas tuh peserta larian pun berhenti sama nikmati MILO AIS. Syokkkkk habis.. hik3.. Tapi yang kelakarnya aku hampir2 berlanggar dengan Marshal brother Aji Amir coz dia cros lalu depan aku.. Nasib sempat brek.. Cayo ler Nora.. har3.. puji sendiri ler..

Lihat sendiri bagaimana peserta2 larian pun join sama nikmati MILO AIS.. Memang terbaeklah...

Dalam padang masing2 ada memakai costume tersendiri.. Macam2 ada.. Ini salah satu group yang memakai macam TROJAN dan TRON

Masing2 sibuk beratur menukat kupon. Aku dengan mr. hubby tertinggal pula kupon yang diberikan. So telan air botol jerlah.. 

Ini ler Masrhal brother Aji Amir dengan wak tengkorak hidup.. Har3.. apa nama gelaran ni pun aku dan lupa.. Diorang memang brutal..

Ini papan besar lucky draw. Cek punyer cek kami tak der luck. Kebanyakkan lucky draw semuanya no yang pertengahan dan terakhir.. Kami daftar awal sangat takut tak dapat nombor.. Takpelah.. Bukan rezeki..

Pusing punyer pusing lagi jumpa 2 biji lori MILO AIS. Apa lag Q ler nak dapatkan MILO AIS punyer pasal.. Har3.. Hantu MILO.. Dan aku dapatkan satu cawan untuk peserta OKU brother Aji tadi. Lega dia bila dapat minum MILO AIS..  

Masing2 kepenatan dan melepak sambil makan2 + berchating to each other.
Last but not least.. Gambar kami berdua yang dah basah kuyup dimandikan dengan peluh + kepenatan kerana berdiri berjam2 lamanya. Namun begitu masih boleh layan lagi.. hik3

Nota
Ini adalah event paling syok aku join semasa berada di Brunei. Acara sebegini akan berlangsung lagi pada bulan Jun dan July this year. InsyaAllah kalau masih dizinkan kesihatan akan ikut serta.

P.S. Ada banyak sebenarnya gambar2 yang menarik untuk dikongsi tapi cukup saja dengan yang ini. Maaf gambar kurang clear kerana aku kecilkan saiznya. Enjoy..

0 comment... add one now