Telekung Saffiyyah Couture sangat SELESA CANTIK dan ELEGAN


Assalamualaikum. Telekung yang SELESA CANTIK ELEGAN dipakai untuk bersolat adalah telekung idaman setiap wanita. Hendak bersolat pun kenalah pakai pakaian yang cantik dan indah untuk Allah SWT. Bila bersolat tu rasa khusyuk dan tenang saja tanpa rasa rimas dan panas. Kalau raya kita boleh beli beratus2 harga baju untuk diri sendiri, tak salah jika kita beli baju baru yang cantik dan selesa khas untuk bersolatkan. Tapi ada ke telekung cantik selesa elegan dengan harga yang sangat mampu milik?. Mestilah ada tapi sebelum tu mari saya kenalkan dulu dengan Founder Saffiyyah Couture. 

Founder dan Pengarah Urusan Saffiyyah Couture, Puan Hajah Sapiah Mat Pis, lepasan graduan lulusan Master In Accountancy UITM. Pernah bekerja di sebuah bank terkemuka di Malaysia selama 24 tahun. Pada 14 Jun 2016 beliau mula berjinak2 dalam dunia perniagaan dan memberanikan diri membina syarikatnya sendiri bernama Saffiyyah Couture. Alhamdulillah sambutan perniagaan telekung dari pelbagai rekaan menjadi permintaan yang memberangsangkan hinggalah sekarang dan telahpun melebarkan perniagaan di seluruh Malaysia hingga ke negara Brunei Darulsalam. Semoga Puan Hajah Sapiah Mat Pis lebih sukses dan maju dalam bidang yang diceburi.

Puan Hajah Sapiah Mat Pis

Telekung Saffiyah Couture

Telekung Saffiyyah Couture mempunyai 5 jenis rekaan dan material berlainan. Tetapi hari ini saya hanya kongsikan telekung Saffiyyah Couture Lamisa Royal dan Lamisa Premier sahaja. Anda boleh pilih inginkan jenis plain kosong atau bersulam. Yang pasti ianya sangat selesa dan sejuk dipakai. Diperbuat dengan material jenis kain kapas Paris dan kapas silk mengikut jenis telekung. Mari kita cuci mata sat tengok gambar telekung cantik2 dari Saffiyyah Couture.

1. Telekung Saffiyyah Couture Lamisa Royal

Lamisa Royal memilik dua warna iaitu hitam dan putih. Diperbuat dari material Cotton Paris aka Kapas Paris. Dijahit dengan bersulam bunga timbul yang sangat cantik dari bahagian telekung hinggalah kain sarung.  Disekeliling telekung dijahit kemas dengan lace bercorak bunga yang sangat anggun menawan.


Lamisa Royal hitam dan putih. Kedua2nya sangat cantik dan selesa disarung ketika bersolat. Labuh panjang dan lebar telekung serta kain sarung sesuai dengan anda yang bersaiz besar mahupun kecil. Yang pasti bila anda menyarungkan telekung dipermukaan wajah dan diikat belakang mengikut keselesaan anda, anda pasti dapat merasakannya. Sukar untuk digambarkan.


Boleh dilihat sulam dijahit penuh dari atas hingga kebahagian kain sarung. Material yang tidak jarang dan sangat selesa bila bersolat. Sebaik2 solat adalah menyarungkan tubuh kita dengan pakaian dalam yang labuh agar kita tidak was2 semasa bersolat. Kadang kala ada yang risau bila memakain baju berlengan pendek dan risau boleh menampakkan warna kulit. Jadi jika ada rasa was2 pakailah sarung lengan panjang atau baju labuh semasa bersolat.


Bahagian kepala dan muka memang dijahit kemas bergetah dan bersulam sangat cantik dibahagian dahi. Bahagian dagu diperbuat dari material kain jenis menarik seperti kain t'shirt agar tidak bergerak. Anda akan lebih rasa selesa selepas memakainya. 


Jahitan kain lace disekeliling telekung juga kelihatan kemas dan bersulam halus. Memang nampak anggun menawan. Sangat ekslusif.

2. Telekung Saffiyyah Couture Lamisa Premier

Lamisa Premier juga mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih. Diperbuat dari material cotton silk plain dan dijahit kemas dibahagian tepi dengan lace bercorak bunga2 yang sangat cantik. Saya suka sangat memakai telekung Lamisa Premier ni kerana materialnya yang sejuk dan sangat selesa. Lagi2 bila anda berada ditempat yang hanya ada kipas sahaja. Inikan pula yang ada penyaman udara sejuk. MasyaAllah.. anda dapat rasa betapa selesanya.



Tali telekung boleh disediakan dengan pilihan untuk anda mengikat mengikut keselesaan sendiri. Pada hujung tali dijahit bersulam bunga. Nampak lebih kemas ekslusif dan elegan.



Bahagian wajah nampak kemas dan selesa - Dahi kepala dijahit bersulam bunga cantik dan selesa melekat didahi serta tidak berasa gatal atau ketat kerana sulaman benang yang digunakan lembut. Bahagian dagu diguna material menarik seperti kain T'shirt. Lembut sejuk dan tidak bergerak. Anda pasti selesa dan tidak perlu menarik kebelakang setiap kali kadang kala kain telekung kita akan bergerak kedepan. 

Harga Telekung Saffiyyah Couture

Sekarang ni Saffiyyah Couture sedang mengadakan harga promosi menarik sehingga 15 Oktober 2016. Selepas itu harga akan kembali menjadi asal. Harga semua termasuk pos.

Lamisa Royal bersulam Cotton Paris
Harga biasa - RM209 - Promosi RM179
Untuk Telekung Top sahaja - RM140

Lamisa Premier Plain Cotton Silk
Harga biasa - RM179 - Promosi RM159

Untuk nampak lebih ekslusif dengan pemberian hadiah kepada yang tersayang atau sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan, semasa anda order telekung, sebutkan sekali anda perlu isikan kedalam kotak Saffiyyah Couture yang kemas dan cantik. Hanya tambahkan RM10 sahaja.


FB Saffiyyah Couture
INSTAGRAM Saffiyyah Couture
Puan Safiyah * +6012 2477545
Brunei wassap * +601116266733


Nota
Untuk penjagaan telekung yang lebih baik dan senantiasa kelihatan baru, pastikan tidak terus dibasuh dalam mesin basuh. Sebaiknya masukkan telekung dalam kain raga atau basuh dengan tangan untuk menjaga baik sulaman telekung dari lusuh kembang dan berburas.


3 comments.. read them below or add one

Lea Azleeya Lea Azleeya Isnin, Oktober 10, 2016
Nampak sangat selesa.. Rasa nak beli aje selai.. Tapi mahai sangat la pulak.. Hiks..
nurmisnan nurmisnan Isnin, Oktober 10, 2016
Lea.. mahal sikit jer tapi kualiti kain corak dan deisgn telekung ni sangat selesa terutama bahagian muka. tidak bergerak dan panas pada bahagian dagu.. tahan lama. sesekali beli baju cantik untuk ALLAH takpe kan..
Cilake07 Cilake07 Rabu, Mac 15, 2017
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.