8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HONOR 8

Assalamualaikum. Smartphone adalah sesuatu benda canggih yang sangat penting dalam kehidupan manusia sejak ianya dicipta hinggalah sekarang. Tiada smartphone manusia seperti hilang pencarian maklumat2 terkini dan hal peribadi untuk berhubung. Memang boleh jadi giler jika tiada smartphone walaupun ianya tidaklah secanggih yang diimilik. Kata orang ikut kemampuan masing2. Jangan dipaksa dapatkan sesuatu benda yang kita tidak mampu. Tetapi jika anda mencari smartphone basic smart + cantik + elegan + keindahan screen kaca dan rekaan ergonomic, anda perlu cari smartphone Huawei Honor 8. Kenapa? Jom tengok kenapa 8 sebab untuk dapatkan Honor 8

8 sebab untuk dapatkan Honor 8


Jujurnya apa yang saya lihat dari spesifikasi smartphone Huawei Honor 8, ianya adalah biasa. Kata orang BASIC phone yang semua orang mampu beli dan miliki termasuk pelajar. Harganya yang tidak terlalu mahal dan sesuai dengan spesifikasi kecanggihan yang dicipta tetapi masih kelihatan kemas bergaya. Bagi saya untuk membeli smartphone, saya akan lihat dulu 8 sebab ini. Ibarat kita melihat pasangan untuk dimiliki. Macam tu juga kita memilih smartphone. Cantik bergaya dan pintar.

honor 8

1. Ciri-ciri Honor 8 memiliki dimensi 145.5 x 71 x 7.5 mm (5.73 x 2.80 x 0.30 in). Casing Dual SIM Nano dan Micro + dual fungsi bersedia custom butang dibelakang dan sangat memudahkan pada pengguna seperti saya. Ciri sensor cap jari bulat di belakang Honor 8 juga bertindak sebagai Key Smart yang sesuai dan selamat. Butang fizikal membolehkan anda untuk membuka kunci telefon pintar + buka aplikasi atau melakukan urusan yang lain. Ehemmm.. baru sikit ni. Baca lagi..

Slot Card MicroSD up kepada 256 GB (uses SIM 2 slot). Big internal Memory dan RAM (32/64 GB, 4GB RAM) yang memuaskan dan menjadi sama taraf dengan jenama phone popular. Saya sukakan ni. Ini bermakna jenama Huawei boleh mengatasi jenama2 phone yang high end seperti Samsung. Ada yang setuju?


honor 8

2. Platform Honor 8 memiliki Operating System Android v6.0 Marsmallow yang terkini dengan sokongan 4G LTE. Chipset  Hi Silicon Kirin 950 CPU Octa-core (4x2.3 GHz Cortex-A72 & 4x1.8 GHz Cortex A53). GPU Mali T-880 MP4. Bagi saya ini sudah baik. Sesuai dengan kehendak dari pelbagai peringkat usia. 



3. Warna dan body Honor 8 yang sangat menarik dan gorgeous. Saya tertarik sangat dengan warna warna seperti Pearl White + Midnight Black + Sapphire Blue + Gold. Gold atau warna emas adalah warna kegemaran saya. Tetapi jika saya dapat Honor 8 ini saya inginkan warna PUTIH PEARL kerana putih melambangkan peribadi putih bersih seorang wanita. Sudah tentunya kaum lelaki juga sukakan warna putih. Jika dilihat body dibelakang smartphone Honor 8 ini kelihatan nampak cool dan berkilat. Direka dengan Dual kaca 2.5 D dengan tepi bulat dan selesa dipegang walaupun ianya adalah alloy. Bayangkan jika anda memegang smartphone Honor 8 ini. Pasti anda akan kata.. WOW.. smooth + shiny + menawan.


honor 8

4. Reka bentuk Honor 8 trend yang popular sejak dua tahun lalu dengan penyampaian material kaca dan aluminium. Digilap dengan 15 lapisan craftmanship dengan Teknologi IPS LCD dengan kelebaran 5.2 inchi beresolusi full HD dan dilengkapi pelindung Gorilla Glass 3 atau 3D yang dapat membantu melindungi permukaan dari kesan calar Memberikan telefon lebih kemasan canggih dan menjadikannya salah satu daripada jenis yang terbaik. This is WOW!!.. Anda pasti sukakannya.


honor 8

5. Kamera Honor 8 tinggi - Dual 12 MP (24MP), dual-LED (dual tone) flash + Geo-tagging + touch focus + face detection + HDR + panorama. Boleh tahan juga kamera Honor 8 ni. Sebagai blogger mestilah saya perlukan kamera yang canggih dan mudah dibawa kemana sahaja. Walaupun hanya dengan menggunakan smartphone. Cukup membantu menangkap gambar2 yang sangat cantik terang dan jelas. Paling penting kamera belakang dan hadapan dilengkapi dengan teknologi untuk membantu anda untuk mengambil potret diri atau SELFIE dan WEFIE yang jelas. Hanya senyum dan klik. Mudahkan.

Anda boleh adjust sendiri untuk lebih terang dan gelap. Tidak perlu menggunakan aplikasi edit gambar lagi. Semua ada dalam Honor 8.


Dari segi Video pula Honor mempunyai 1080p@60fps + 1080p@30fps, 720p@120fps. Setiap rakaman video anda tersimpan lengkap dengan kualiti gambar yang baik untuk hasil kerja anda atau kenangan peribadi. 



6. Speaker Honor 8 DTS Getaran dan pembatalan aktif dengan mikrofon yang berdedikasi dengan MP3 + WAV ringtones. Speaker audio tunggal bahagian bawah yang dipasang. Keseluruhan kualiti audio Honor 8 adalah baik. Mikrofon tambahan membantu untuk menyekat bunyi + bahagian cuping telinga akan memastikan panggilan audio kedengaran kuat dan jelas. Jadi jika sedang memasang ear phone memang akan kedengaran bunyi yang sangat best dengan lagu2 dan musik yang lebih moden.


honor 8

7. Bateri Honor 8 dengan 3000 mAh mampu memberi hayat bateri tahan lama lebih daripada 24 jam. Pengecasan bateri yang cepat pada 47% dalam masa 30 min (Smart Power 4.0). Jadi tidak perlu risau jika hendak keluar seharian tanpa membawa powerbank. Ini memudahkan segala kerja dan urusan anda tanpa memberi impak masa anda untuk mencari charger phone.

Akhir sekali


8. komunikasi Honor 8 mempunyai antena double yang lancar memilih isyarat komunikasi yang kuat untuk memastikan anda sentiasa mempunyai penerimaan yang terbaik dan jelas. Pangkalan data pembawa Huaweis International membantu anda menyambung kepada rangkaian diperingkat kebangsaan lebih cepat semasa sedang berlayar keluar negara sekali pun. Jadi tidak perlu risaulah kalau kita pergi merata satu dunia.

Saya selalu juga travel dan sangat memerlukan alat komunikasi yang lengkap dan memudahkan kerja2 serta urusan harian. Jadi saya sangat memerlukan Honor 8.

Harga Honor 8 memang berbaloi-baloi dengan perisian spesikasi yang diberikan. Bersesuaian pada anda yang sedang mencari harga smartphone berharga sederhana dan berbaloi dimiliki,

Saya ada tambahan untuk 8 sebab dapatkan Honor 8 ini. Selain tambahan harga yang sangat berbaloi-baloi, Honor 8 juga mempunyai kawalan Smart 4.0 komponen inframerah dengan kod IR dalaman membolehkan anda untuk menguruskan peranti lain tanpa sambungan internet. Haaaa... kan best tu.

Jadi saya rasa sesuai jadikan 10 sebab untuk dapatkan Huawei Honor 8. Hahahaha.....

Dapatkan Honor 8 dengan harga yang sangat BEST

Jujur saya kata jangan compare atau bezakan antara smartphone jenama yang lain. Jika anda suka dengan kekemasan dan rekaan Honor 8, anda pasti tau mana yang terbaik untuk anda pilih. Jadi pilihan ditangan anda.

Baik sambil2 tu jom cuci mata sekali sempena #MyCyberSale dengan KLIK banner dibawah ni,


Nota 
Walaupun saya tidak pernah memiliki smartphone jenama Huawei tidak kira apa model pun tetapi untuk Honor 8 ini saya teringin memilikinya kerana feature dan spesifikasi yang simple tetapi tetap canggih + smart + moden dan berbaloi untuk dimiliki. Suka sangat dengan warnyanya terutama White Pearl dan Gold. Loveit sooo much. On my WISH LIST.

Wish me luck


0 comment... add one now