Kejadian dan fadhilat di hari Asyura 10 Muharam

Assalamualaikum guys... Malam ini adalah hadirnya malam 10 Muharam 1433 iaitu datangnya hari Asyura pada tarikh 13 6 Disember 2011. Asyura berasal dalam bahasa arab iaitu Asyara bermaksud sepuluh. Bermakna kejadian Asyura berlaku pada hari yang ke sepuluh dalam kelendar Islam 10 Muharam. Banyak kejadian2 yang berlaku pada hari Asyurah 10 Muharam ke atas Nabi2 kita yang di sanjungi;
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam A.S dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam A.S setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris A.S diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh A.S dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim A.S dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim A.S diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf A.S dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub A.S telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub A.S disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa A.S telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus A.S selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud A.S diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman A.S dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa A.S diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Sahabat Rasulullah Saw. Abdullah bin Abas ra. meriwayatkan:
Aku tidak pernah mendapati Rasulullah SAW menjaga puasa suatu hari kerana keutamaannya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali hari ini iaitu hari Asyura dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan. (HR Muslim)

Dalam hadits lain yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda ;
Puasa di hari Asyura, sungguh aku mengharap kepada Allah SWT dapat menggugurkan dosa setahun yang lalu. (HR Abu Daud)

14 PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN SEMASA HARI ASYURA 10 MUHARRAM 
  • Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 (fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini)
  • Memuliakan fakir miskin (fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti)
  • Menahan marah (fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam Golongan yang ridha)
  • Menunjukkan orang sesat (fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya)
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim (fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya)
  • Bersedekah (fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini)
  • Memelihara kehormatan diri (fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan) 
  • Mandi Sunat (fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala')
  • Bercelak (fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu)
  • Membaca surah Al Ikhlas seribu kali (fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti)
  • Sembahyang sunat empat rakaat (fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca surah Al Ikhlas 11 kali)
  • Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'. (fadhilat - Tidak mati pada tahun ini)
  • Menjamu orang berbuka puasa. (fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa) 
  • Puasa. Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' (fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka)
Nota
Banyak perkara2 yang istimewa yang berlaku pada hari Asyura. Mudah2an amalan2 yang kita lakukan pada hari Asyura di terima Allah SWT. Rebutlah pahala2 yang Allah berikan nikmatnya pada hamba-Nya kerana hari Asyura hanya datang sekali setahun. Membelanjakan sedikit wang untuk keluarga kita terutama mak abah kita sangat2 BESAR pahalanya. Rebutlah wahai sahabat2ku... 

P.S. Selamat berpuasa dan selamat memasak bubur Asyura... Esok kita puasa sunat yukkk... ^__^...    info dari wiki dan ustaz Andei

Kejadian dan fadhilat di hari Asyura 10 Muharam

0 comment... add one now