Assalamualaikum guys... Kali ini aku kongsikan doa penyakit asma. Kelmarin dan semalam sudah kongsikan petua2 untuk merawat penyakit perokok, penyakit lelah + semput + sesak nafas. Kalau diikutkan setiap sebutan nama penyakit2 ini sama sahaja. Pesakit susah untuk bernafas + tidak boleh melakukan senaman yang berat + tidak boleh memakan makanan yang sejuk2 dan alah pada habuk + cuaca sejuk. Namun setiap penyakit sentiasa ada penawarnya. Hanya kita saja yang perlu yakin dan berusaha. Doa memohon kepada-Nya juga amat penting untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
Disini kita amalkan doa penyakit asma dari Dato Harun Din. Mudah2an dengan bantuan doa ini dapat membantu dengan diiringi petua2 yang telah diberikan.. InsyaAllah
Mari kita amalkan doa asma ini sama2.. Yang tiada penyakit pun boleh amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.
- Baca Surah Al Fatihah
- Baca selawat Syifa - setiap hari amalkan selawat ini sangat2 baik utk kesihatan
- Membaca doa dibawah ini sebanyak 7 kali
Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan Kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti
Nota
Amalkan doa ini setiap hari selepas solat fardhu.. Hafalkan doa ini untuk kemudahan diri.
P.S. Kita buat mana yang termampu. Yang penting niat dan ikhtiar.. Selamat mencuba selamat sembuh dari segala penyakit berjangit..
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.