Kau pergi jua...

Assalamualaikum guys... Sedih rasa hati ni tak hilang lagi terkenangkan kucing kesayangan mak dan kami semua telah pergi buat selamanya. Kematian Ruby adalah kes jenayah yang telah dilakukan oleh mat rempitan. Muncung Ruby teruk kena lenyek dengan tayar motor mat rempit tuh. Kalau aku ada kat situ lama sudah aku baling batang kayu kasi jatuh tersungkur. Bawak motor ikut suka hati sampai tak ingat nyawa kucing2 lain.. Grrrrrrrr....
Menapa kau pergi tinggalkan mak, adik2 dan aku
kelincahan dan gurauan senda membuatkan kami rindu
mak hari2 tunggu di dapur menanti untuk memberi susu
makanan kegemaran nasi dengan ikan bilis goreng sudah menunggu
untuk kau santap mengisi perut yang kosong itu


Ruby dalam kenangan

Ruby oh Ruby
Anak2mu semuanya ala tomey2 belaka
bermacam warna dan berjari lapan juga
tapi sayangnya hanya tinggal seekor sahaja
yang sangat lincah mak aiiii gediks lah dia
RaRa di beri nama atas pilihan adik Hawa
Suka2 hati kasi itu nama
macam pelik bunyinya.. har3


RaRa pengubat rindu... Tunggu aku balik kita main teng2 sama2 OK..

Opppssy.!!! Pantun madah aku untuk Ruby pelik ler pula bunyinya. Almaklumlah aku bukan pakar berpantun mcm brother tehr. Ikut jari menaip jer.. hik3... 

Nota
Kematian Ruby sangat2 memeranjatkan kami semua. Biarlah dia tidur dengan lena agar tiada lagi jantan2 kasanova yang suka menguratnya. 

P.S. RaRa sangat tomey macam ibu dia.. Harapnya biarlah umur dia panjang dan menjadi peneman setia pada mak aku semasa abah ke kebun sawitnya.. hik3

0 comment... add one now