Resipi dumpling dan dinner

Assalamualaikum guys.. Resipi dumpling. 
Korang suka makan dumpling? Tak kira ler dumpling isi ayam ker, daging ker atau sayur2an.. Asal dumpling nih sebenarnya dari China tapi sekarang satu dunia sudah tau macam mana nak buat dumpling. Makanan ini sangat simple tapi lebih berkhasiat dan bagus untuk diet. Jom kita jenguk macam mana nak buat dumpling.

   

Tepung gandum + air secawan campur ais kiub + garam. Gaul rata dan uli tepung sampai licin. Kemudian buat ketul2 mcm di gambar ini. Jangan terlalu besar. Tapi ikut korang ler nak besar mana.. Asalkan jadi... Biarkan 10 minit sebelum roll untuk isi inti. Oh yes.. baca SINI untuk ketahui bahaya tepung gandum yang di bleach dengan bahan BP..

 

Masa untuk isi filling... Caranya seperti isi kuih karipap. Kalau pandai isi dan lipat karipap maka lulus ujian dumpling... hik3.. Cehhhh... mcm teror..

 

Dumpling yang sudah siap. Kelakar sikit bentuk dumpling aku pasal aku bukan pakar dumpling tapi pakar makan... har3... Oklah tuh.. janji ngap masuk mulut. Mr. hubby pun makan tak bunyi2.. Kira sedap ler kot... hik3...


Amacam.. cantik tak?? Nanti aku pakaikan tepung banyak2 baru tau... (Tuh dialog saper kalau teror?)

 

Aaaaa... dumpling yang siap sedia untuk di kukus atau di goreng dahulu.. Dua2 cara boleh.. Tapi me lebih suka goreng dulu dengan sikit jer minyak bijan.. Agak2 yang bawah tuh dah tukar warna coklat baru tambah air 2 cawan... Tutup dan masak 15 atau 20 minit.. Sedap dimakan dengan sambalnya iaitu halia blend + kicap + cili paste.. Terangkat... 

Bahan2 filling
Untuk hidangan 2 orang
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, daging atau ikan yang telah dihancurkan
  • 1 keping tahu - dihancurkan
  • Kucai - ikut suka dan di potong2 kecil
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • Sedikit halia - cincang atau blend
  • sayur kobis china panjang - potong kecil
  • 1 SK minyak bijan
  • 1 SK serbuk lada putih
  • 1 SK kicap cair
  • 1 SK gula
  • Gaul rata... 
Nota

Kalau nak buat sop dumpling lagi sodap tapi pastikan sop dumpling digunakan dari air rebusan tulang ayam atau daging... Baru superb.. Cuba ler.. Ok guys.. Adios manchastos.. Wassalam

P.S. Pssttt... korang jangan ketawakan plak rupa dumpling aku... Hik3.. Tragedis tau....

0 comment... add one now