Salam guys.. Selalunya setiap pagi apa yang korang selalu cari untuk sarapan pagi? Roti? Mee goreng? Nasi lemak? Roti Canai? Tetttttt.... yehhh confirm ramai dikalangan kita akan mencari sarapan yang cukup2 powerrrr sedap gituh iaitu roti canai. Apa yang bestnya ya? Tentulah rasanya yang lemak, manis, rangup dan sedap di cicah dengan kuah kari ikan, kambing, ayam, daging dan yang bestnya kuah dall dengan sambal. Wow... superbbb beb.
TAPIIII... Ada korang tahu akan merbahayanya bahan2 roti canai tuh? Hahhhh..Tentunya kandungan tepung yang si mamak tuh uli. Mari kita ambik tahu sedikit berkenaan tepung. Walaupun perkara ini sudah lama di sebarkan namun rakyat Malaysia masih lagi menggunakan tepung tersebut. Jika boleh kita elakkan ya tak. Untuk keluarga tercinta dan kita juga. Di Singapore dah lama Kastam diorang tak benarkan tepung yang mengandungi bahan BP dimasukkan ke sana. Betapa bagusnya mereka bukan. Prihatin untuk rakyat. Malaysia?? asalkan duit masuk sudah... Rakyat diketepikan.. Harapnya pihak2 berkuasa mengambil berat akan soal ini.
Bahan2 di dalam tepung mempunyai oksida nitrogen, klorin, klorida, benzoil peroksida nitrosyl dan dicampur dengan garam pelbagai reaksi kimia. Ada sesiapa pernah tahu akan bahan Benzoil Peroksida atau BENZOIL PEROXIDE? Bagi mereka pengilang2 tepung, sangat penting untuk menggunakan BP ini kerana ia dapat memutihkan tepung dari berwarna kekuningan. Jika kita perhatikan tepung2 di pasaran sekarang semuanya berwarna putih gebus bukan. Jadi sebelum memilih tepung keputihan tuh, lebih baik dilihat dahulu bahan2nya. Jika bahan2 tepung mempunya isi kandungan Benzoil Peroksida, makanya JANGAN di beli. Yang masih ada di rumah, buang terus ke dalam tong sampah. Jika masih jumpa label seperti gambar diatas ini "mengandung bahan BP yang dibenarkan".. Korang rasa masih nak guna jugak ke? Hahhh... lu fikirlah sendiri..
Dan kepada penyakit2 seperti diabetis, gout dan arthritis perlu fokus kepada masalah ini. Ia akan menjadikan penyakit mereka lebih parah kerana kandungan asid borik yang terdapat di dalamnya dan nutrisi gandum yang telah hilang akibat penggunaan Benzoyl Peroxide. Kesan bahan kimia ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Sebaliknya, ia mengambil masa lama 20 hingga 30 tahun untuk kesan buruknya kelihatan. Pesakit gout, diabetes dan arthritis tidak digalakkan meneruskan pengambilan makanan yang mempunyai tepung gandum yang tinggi. Jadi jika boleh dielakkan. Cuba gunakan tepung gandum berwarna coklat seperti brown flour atau tepung organic atau mana2 tepung yang tidak mempunyai bahan BP.
P.S. Well... terpulang kepada hak individu. Yang penting aku yang dah tahu hal ini hanya nak share pada korang agar berhati2 saja lah.. Coz di Singapore diorang memang tidak membenarkan tepung mengandungi bahan BP ini masuk kesana. Jadi kepada pihak berkuasa di Malaysia agar perihatin tentang masalah ini. Malaysia perlu lebih sihat
salam BRP.. lama dah perkara ni ada cuma kita di Malaysia masih guna juga kenapa tidak pihak berkuasa menapis semula akan tepung2 gandum yang mempunyai BP..
salam brutalSOLO itulah kan.. Malaysia dah semakin MAJU tapi rakyat semakin di ketepikan kesihatan mereka tidak dipedulikan yang ada hanya DUIT DUIT..DIMANA KAU DUIT...
salam Nur memang bahan makanan sekarang semakin harus diteliti terutama gula2, coklat2 dan keropok2 yang anak suka harus mengandungi bahan2 yg halal
ini pula kes dah lama sebenarnya namun pihak berkuasa di Msia langsung atau tidak meneliti atau prihatin tentang pemakanan yang tidak sihat seperti di negara Spore..
Roti canai yang orang kita suka sangat makan hari2 kat kedai mamak tu mesti dibuat dari tepung murah yang ada banyak BP. Mamak tak kan nak guna tepung organik yang mahal tu buat roti canai. Kalau kita makan diluar selalu kena naya dengan toke restoran. Makanan ntah hape2 yang dia orang taruk masuk, asal rasa sedap dan orang suka makan sudah.. Pasal kesihatan orang lain dia peduli hape, lantak kaulah kalau dah nak mampos cepat... janji aku untung banyak, boleh kaya raya, tu yang penting.
Tanpa Nama... kalau diluar tuh tak boleh nak elak ler. silap haribulan bankrup mamak tuh. Tak pasal2 roti canai naik harga 4 kali ganda. sanggup bayarkah?
Kat sini kita ckp pasal bahaya tepung. Jadi belilah tepung yang tiada bahan BP untuk keluarga kita. Jangan ikut mamak yang tau untung saja.. masing2 nak kaya tak pernah fikir tentang orang lain..
tepung pn bahaya ek sekarang? ish ish ish. memang kena elak kalau boleh elak.