Tembakau penawar gigitan ular bisa

Assalamualaikum guys... Hari ini dah masuk hari yang ke empat korang berpuasa. Aku baru saja hari yang ketiga. Tak kisahlah tuh.. Asalkan kita sama2 menunaikan tanggungjawab masing2 dan seboleh2nya lakukanlah solat terawikh tidak kiralah berapa rakaat yang mampu. Asalkan kita tidak ketinggalan melakukannya. Aku kat sini seronok buat solat terawikh kerana dah 2 kali dapat berimamkan dari Madinah. Alhamdulillah..

Ok sebenarnya n3 kali ini aku nak kongsikan kepada semua cara2 merawat mangsa dari terkena gigitan ular bisa. Last month aku sharekan rawatan dengan membaca surah Al Fatihah dengan segelas air garam kasar serta amalan2 lain. Dan yang ini ada satu lagi cara2 merawat gigitan ular. Kita cuba mana yang boleh. Terkadang di hutan mana plak nak cari garam atau sebagainya.

Cara rawatannya

  • Ikatkan dengan apa sahaja di bahagian atas gigitan 
  • Sedutkan bisanya dengan mulut tetapi jangan sampai tertelan. Ia boleh membawa mati
  • Ambil tembakau (tembakau rokok atau apa saja tembakau) dan basahkannya. Kemudian tampalkan ke bahagian gigitan itu sampai kering. Sudah kering tampalkan tembakau basah yang baru. 
  • Ulang beberapa kali hingga mangsa mendapat rawatan susulan dari hospital..
Nota
Kita hanya merancang. Kadang2 perkara sebegini akan berlaku semasa kita memburu atau berkamping atau apa saja yang bersituasikan di HUTAN. Dan para perokok juga penyelamat keadaan. Ini buka bererti aku support perokok. Bahaya tuh.. hu3. Sebab itu bila hendak ke hutan belukar atau ke mana saja kita pergi pastikan bekalan ubatan cukup untuk persediaan... Selamat berbuka nanti..

Tembakau penawar gigitan ular bisa

0 comment... add one now