Sekadar ingatan untuk diri

Assalamualaikum guys... Hari ini korang dah genap 6 hari berpuasa + malam ini hari ke tujuh bersolat terawikh. Ada yang sudah tertinggal terawikh? Kalau tidak mampu buat 20 rakaat + 3 witir kita buat 8 rakaat sahaja. Namun ramadhan datang hanya sekali dalam setahun. Apa salahnya kita rebut peluang yang ada. Berlipat ganda pahala dan kebaikan yang Allah SWT janjikan kepada hamba-Nya. 

Bila kita sedang berpuasa bermaksud anggota kita juga sedang berpuasa. Jangan biarkan anggota kita melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah dan mendapat dosa dari kesilapan yang dilakukan sseperti anggota2
  • Telinga dari mendengar fitnah dan cerita2 buruk
  • Mata dari melihat perkara2 yang tidak sepatutnya kita lihat
  • Mulut dan lidah dari menyebarkan cerita2 yang mengaibkan sesama kita
  • Tangan dari melakukan perkara2 yang dilarang dan yang haram
  • Kaki dari melangkah ke arah kemaksiatan dan dosa
  • dan anggota2 lain dari membuat perkara yang boleh membatalkan puasa dan mendatangkan dosa
Nota
Banyak lagi yang boleh dikongsikan disini tetapi cukuplah sekadar n3 pendek ini untuk peringatan aku dan semua. Berpuasalah dengan hati dan jiwa yang bersih. Masa inilah kita bermuhasabah diri dan dekatkan diri kepada-Nya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Sekadar ingatan untuk diri

0 comment... add one now