Penawar dan penyebab penyakit darah tinggi

Assalamualaikum guys.. Alhamdulillah3... Sekejap sahaja dah masuk hari yang ke 6 aku berpuasa di Brunei. Pejam celik pandang kiri kanan dah masuk waktu zohor. Kejap lagi tunggu mr. hubby balik keja jam 4 petang, terus keluar untuk belanja barang dapur yang dah kehabisan. Anyways guys, n3 kali ini kita bercerita tentang punca datangnya penyakit darah tinggi. Nanti kalau masakkan untuk keluarga harus kurangkan garamnya yer. Jom kita baca lagi makanan apa yang mengandungi garam.

Kita lihat pada tanda2 penyakit darah tinggi pada pesakit:
  • Sakit kepala, khususnya ketika mula bangkit dari tidur
  • Dengungan atau bunyi dengung pada telinga
  • Merasa pening
  • Gangguan pada penglihatan
  • Ketika mengandung atau waktu keadaan haid, ramai dari kalangan perempuan memakan garam yang berlebihan. Ianya punca kepada penyakit ini.
Punca2 yang menyebabkan ditimpa penyakit ini
  • Penggunaan garam yang berlebihan
  • Bahan2 makanan yang mengandungi garam seperti makanan yang mengandngi susu, sayur2an dalam tin
  • Memakan daging, ikan dan sayuran yang disalai (dibakar)
  • Memakan otak dan buah pinggang haiwan yang amat kaya dengan gara,
  • Memakan makanan yang mengandungi natrium
  • Memakan makanan yang mengandungi monosodium glutamal atai MSG
  • Tekanan emosi dan keadaan alam sekeliling

Cara2 mengelak dari penyakit ini :
Elakkan dari menggunakan garam NATRIUM KLORIDA yang berlebihan. Ini adalah garam merupakan punca penyakit darah tinggi dan beberapa penyakit saluran darah dan jantung


Bahaya2 penyakit darah tinggi
  • Boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang
  • Mengakibatkan lebih banyak garam terkumpul didalam badan
  • Memudahkan kepada terkena penyakit jantung
  • Merosakkan otak dan mata
Rawatan untuk pesakit darah tinggi yang sudah kritikal atau parah
  • Potong batang pisang GALA. Ambil umbinya yang bahagian dalam tanah. Hiriskan sebesar 2 jari sebanyak 6 keping @ 2 genggam. Ambil segenggam tanah liat berwarna putih @ debunya kemudian rebuslah kedua2nya sehingga mendidih. Minum semasa masih suam sebanya 2 kali sehari. 
Rawaran untuk pesakit darah tinggi yang masih awal atau baru

Cara pertama
  • Ambil sebatang pokok belimbing tanah da potong kecil2
  • rebus dan minumlah airnya 2 kali sehari
Cara kedua
  • Minumlah air rebusan akar beriksa ATAU
  • ambil pelepah daun cermai, rebus bersama 1 liter air. Apabila mendidih segera keluarkan daun2 tersebut dan sejukkan. Minum sebanyak 2 kali sehari. Cubalah dalam beberapa hari. selepas itu cubalah cek dengan doktor tentang tekanan darah korang.
Cara ketiga
  • Daun sop atau saderi juga boleh merawat penyakit ini. Ditumbuk halus dan diambil air perahannya. Minum setiap hari. Buat beberapa kali.
Cara keempat
  • Makan setiap hari beberapa ulas bawang putih yang sudah dibakar. Makan selama seminggu.
  • atau Tumbuk 3 ulas bawang putih sederhana besar. Campurkan bahan dengan segelas air masak. Minum selepas sarapan pagi.
  • Buat setiap pagi selama seminggu. InsyaAllah akan lihat hasilnya dengan izin-Nya
Cara kelima
Kredit gambar untuk Noni. Baca khasiat buah kudu SINI
  • Perahkan @ kisar buah mengkudu @ kudu yang masak. Tapis dan ambil airnya. Minumlah pada waktu pagi sebelum sarapan. Buatlah untuk tempoh seminggu. Jika berkurangan berhenti. Jika tekanan darah naik cubalah beberapa petua yang ada di atas. Ulang beberapa kali. InsyaAllah
Nota
Kita cuba berusaha dan yakin dengan tumbuhan2 atau herba2 yang dicipta oleh Allah SWT ini banyak khasiatnya dan menjadi penawar pelbagai penyakit. Usaha dan yakin itu adalah jalan terbaik dari membiarkan penyakit itu merebak dan boleh membawa maut... Selamat berusaha dan mencuba... Selawat, membaca dan sedekah Al Fatihah adalah amalan utama sebelum memulakan dan mengamalkan petua2 ini... 

0 comment... add one now