Kelebihan Surah Al Fatihah

Assalamualaikum guys... Kelebihan surah Al Fatihah ini memang tiada tandingannya. Namun setiap amalan dan perlaksanaannya haruslah dengan niat dan hati yang bersih serta yakin bahawa Allah SWT itu Maha Penyayang pada hamba-Nya.

Semasa mengamalkan amalan2 ini mestilah kita dalam keadaan berwuduk/air sembahyang, berpakaian bersih, badan yang bersih, dan mengadap kiblat. Semasa membaca Surah Al Fatihah tidak diharuskan bercakap. Bacaan haruslah dengan betul. Semasa membaca Surah, tumpukan keyakinan penuh kepada-Nya. Berdoa dengan penuh yakin dan bersungguh2 semoga Allah akan mengabulkannya.. Amin

Kebaikkan Al Fatihah...
Jika diamalkan dengan membaca sebanyak 41 kali di antara selepas Solat Sunat Subuh dengan Solat fardhu Subuh, InsyaAllah kebaikkan akan diberi Allah :
  • Dimuliakan dan disanjung ketika musafir/berdagang dan tetap tercapai cita2
  • Dikuatkan semangat/tenaga jika sebelumnya lemah
  • Disembuhkan dari segala penyakit yang susah diubati
  • Dilepaskan dari hutang piutang yang banyak
  • Dimurahkan rezeki sehingga menjadi kaya dengan izin-Nya
  • Dinaikkan pangkat jika dihajati sedemikian dengan izin-Nya
Nota
Terlalu nikmat dan lazat pemberian Allah SWT kepada hamba-Nya. Tetapi adakah hamba2-Nya ingat dan membuat segala yang diperintahkan-Nya?? Sama2lah kita berpesan2..


Kelebihan Surah Al Fatihah

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown Sabtu, Oktober 27, 2012
Bagus.. adakah ad hdis yg soheh membktkan
nurmisnan nurmisnan Ahad, September 21, 2014
Kita sendiri tahu akan kehebatan surah Al Fatihah

Tiada yg mustahil dengan amalan ayat Quran jika dengan izin Allah SWT. Usahalah kamu selagi mampu..