Assalamualaikum guys.... Seperti yang dijanjikan satu lagi herba yang boleh menjadi penawar KANSER iaitu KELADI TIKUS. Pernah dengar nama pokok ini? Tak pe.. kita baca dulu apa kelebihan pokok ini. Pokok keladi tikus tingginya hanya 25-30 cm ini termasuk tumbuhan semak. Ia menyukai tempat yang lembab dan tidak terkena matahari Daun tunggalnya muncul dari umbi. Bentuk daun bulat dengan ujung meruncing berbentuk jantung. Warnanya hijau segar. Umbi keladi tikus berbentuk bulat rata, sebesar buah pala. Bahagian dalam maupun luar umbi berwarna putih. Bunganya pula berbentuk panjang kecil berwarna putih mirip dengan ekor tikus, dari sinilah nama keladi tikus diberikan. Namun ada beberapa jenis yang mempunyai kelopak bunga berwarna merah.
Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) dari famili Araceae. Keladi tikus punya khasiat luar biasa bagi dunia perubatan kerana dapat menyembuhkan sel kanser dan berbagai penyakit berat lain. Di luar negeri, keladi tikus disebut sebagai rudent tuber. Keladi tikus mengandungi antineoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus.
Seluruh bahagian tanaman keladi tikus ini boleh digunakan untuk perubatan, dari akar (umbi), batang, daun hingga bunga. Khasiatnya lebih bagus jika dimakan bersama-sama dengan herba lain seperti hempedu bumi, rumput mutiara, dan temu putih (yang ini aku cuba cari maksudnya).
Kelebihan keladi tikus adalah mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin. RIP berfungsi untuk tidak mengaktifkan perkembangan sel kanser tanpa merosakkan saluran sekitarnya dan menutup pertumbuhan sel kanser. Zat antioksidan berfungsi mencegah kerusakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi/antiperadangan.
Tanaman ini mampu menyembuhkan berbagai jenis kanser seperti payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tenggorok, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu dan pankreas.
Secara terangnya, keladi tikus memang sangat berkhasiat. Namun memproses keladi tikus tidak semudah sangkaan orang. Ramai orang yang masih belum mengenali pokok keladi tikus dan cara penanaman juga mesti betul supaya tumbuhan pokok itu tidak rasa gatal.
Nota:
Untuk pengetahuan semua orang kita juga sudah mula mengusahakan pil keladi tikus. Jika mahu boleh hubungi beliau untuk keterangan lanjut dan tempahan. Klik penawarkanser
P.S. Kita cubalah herba yang mana menjadi pengubat Kanser. InsyaAllah moga2 keladi tikus ini juga boleh membantu dan memulihkan... Amin.. Kredit info untuk keladitikus
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.