Teh ros yang menyegarkan. Aku sukakan baunya.. Harumm (malas nak snap gambar. pinjam dari encik google. tinkiu)
Assalamualaikum guys... Dulu masa zaman aku muda remaja ala2 90an aku selalu mengamalkan makan bunga ros. Memang rasanya agak pelik macam makan bunga mentah (memang mentah pun) tapi khasiatnya amatlah terbaik dari kampung der. Kalau aku tension2 dan asik nak marah jer aku pegi cari bunga rose dan aku kunyah 3 atau 4 helai. Memang relax dan tenang lepas tuh. Namun mengunyah bunga mentah2 bukan amalan aku dah kerana dipasaran sudah ada menjual teh bunga ros.
Setiap hari kalau tak pekena kopi mesti aku cari teh. Tak kiralah teh jenis Earl grey ker, green tea ker, english no. 1 ker atau rose ker asalkan petang2 mesti bancuh teh. Kalau kepala aku ak relax dan tenang aku akan rendam 3 ketul teh ros dan minum. Memang shahdu dan tertawan. Tak caya cuba baru tau... Jom kita baca cerita dan kelebihan teh ros nih
Dahulu kaum Greek dan Roman menggangap ros sebagai simbol CINTA kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan. Bunga ros bukan sahaja cantik dipandang dan harum malah ia boleh merawati penyakit dan menjadi penenang jiwa dan pemikiran.
Khasiat teh ros :
- Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(penenang)
- Merawat ulser perut
- Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
- Membantu proses penghadaman
- Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Hasil penyelidikan saintis Jerman)
- Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka , terbakar , ruam dan ekzema.
- Merawat jangkitan pada mata.
- Meredakan sakit tekak
- Merawat infeksi pundi kencing
- Memberi kesan penyejukan pada badan – merawat demam dan selsema
- Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
- Mengekalkan kesihatan usus
- Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
- Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti-depressent)
- Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
- Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti pesakit osteoarthritis
- Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
- Mengandungi vitamin A , B3, C, D dan E.
- Merawat cirit-birit
- Menghilangkan keletihan
- Menghilangkan sakit kepala dan pening
Teh ros yang menyegarkan.. (kredit gambar untuk mr. google. tinkiu)
Cara2 membuat teh ros
- Ambil 2 atau 3 bunga ros dan rendam dalam air panas
- biarkan selama 10 minit hingga bertukar warna kemerahan
- sedia di minum.. Lepas hirup teh ros nih confirm wajah rasa tegang dan body rasa relax
P.S. Lepas nih kalau rasa2 nak hilangkan letih, tension, sihat dan cergas amalkan minum teh ros yer.. Selamat ngeteh... (orang jawa ngomong tuh).
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.