Bahayanya botol dan botol susu


Assalamualaikum guys.. Sebenarnya perkara mengenai bahayanya botol susu yang diperbuat dari bahan BPA ini sudah lama diperkatakan namun masih ada lagi antara kita tidak berapa kisah + endah dengan perkara ini. Jadi perkara ini pun dah dihebahkan maka aku pun nak share jugalah kepada semua agar kita berhati2 dengan pemilihan botol susu untuk anak2 kesayangan kita...

Polypropylene (#5/PP)  

adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan yang terpenting botol susu untuk bayi. Biasanya pembuatan dari bahan ini akan membuatkan botol susu tidak berwarna jernih dan sedikit gelap. Bahan ini lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. 

Polycarbonate (#7-OTHER) 

Dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A (BPA) ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi boleh merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan sistem sperma dan mengubah fungsi imunitasi. Disarankan buatan dari bahan ini tidak dipergunakan untuk tempat makanan ataupun minuman kerana BPA dapat berpindah ke dalam minuman atau makanan jika suhunya panas.
  • Pemilihan botol dengan kod huruf PETE (Polyethylene#1) atau PP (polypropylene#5) yang menjadi alternatif plastik yang cukup selamat. Botol-botol ini bebas dari bahan polycarbonate dan biasanya terbuat dari plastik yang tidak kaku dan mempunyai warna yang agak sedikit gelap.
  • Pemilihan botol kaca adalah yang terbaik dan dapat mengelakkan dari bahan BPA yang merbahaya.
  • Pemilihan botol susu plastik ada bahayanya. Jika botol itu tercalar + retak maka ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan memiliki potensi besar mendapat bahan kimia yang merbahaya. Jangan pernah mencuci botol plastik dalam mesin dishwasher atau merebus botol tersebut kerana ia dapat mengakibatkan  tersebarnya bahan kimia.  Lebih baik jika botol plastik dicuci dengan tangan pada air yang suam.
  • Pemilihan botol dari buatan silicon atau latex mempunyai warna yang lebih terang dan selamat kerana latex berpotensi melepaskan zat racun karsinogenik (zat penyebab kanser)

Peringatan :


  • Jangan sesekali diminum air dalam botol plastik yang ditinggalkan di dalam kereta lebih 2 atau 3 hari kerana suhu yang panas dan berwap kerana boleh menyebabkan BPA berlaku. 
  • Elakkan dari membungkus makanan yang panas dengan pembungkusan polystyrene seperti yang ada di kedai2 makanan sekarang sebaliknya gunakan mangkuk aluminium lebih terjamin. 
  • Jangan sesekali menyimpan air minum dengan botol plastik seperti bekas air soda kedalam fridge sebaliknya guna botol kaca atau jag plastik yang tebal. 
  • Cuba elakkan dari mengisi air kedalam bekas mangkuk plastik seperti ice krim atau mangkuk tahan ketuhar gelombang untuk membuat bekuan ketulan ais atau air batu. 
  • Mangkuk yang tahan ketuhar gelombang juga mempunyai tarikh luput selepas digunakan. Jadi perhatikan pada label tersebut. 
  • Dengarnya microwavable container yang digunakan untuk memasak nasi ke dalam ketuhar gelombang juga tidak berapa selamat. Itu yang aku dengar. Tetapi terpulang kepada hak individu masing2.

Nota
Banyak benda dan makanan yang boleh membawa kepada penyakit kanser. Tetapi untuk ibu2 dan bapa2 semua, jika mahu membuat susu anak2 janganlah sesekali mengisi air panas yang mendidih terus ke dalam botol sebaliknya gunakan air suam untuk mengelak bahan BPA ini boleh bercampur dengan susu yang di bancuh tadi atau paling selamat gunalah botol kaca.

Sedikit sumber dari google 

{ 12 comments.. read them below or add one }

cayrul.com cayrul.com Isnin, Mac 14, 2011
kenapa la benda nie baru nk heboh? dah dekat 4 tahun anak sy minum susu dalam botol plastik tapi tak pernah tahu jenis ape plastik tue. Skrg nie kena berhati2 beli botol susu.
white rose white rose Isnin, Mac 14, 2011
ya Allah, seharian kita menggunakan bahan2 radioaktif ni sebenarnya...
bahan2 yg diperbuat dari bahan2 kimia dah terlampau banyak...
papabear papabear Isnin, Mac 14, 2011
zaman dulu botol susu baby dibuat dari kaca.. lebih selamat.. walaupun ada bahaya lain - jatuh pecah.. :)
Cat-in-Sydney Cat-in-Sydney Isnin, Mac 14, 2011
Aunty Nur,
Jangan botolnya, susu pun kita tak suka. purrrr.....meow!
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
hai cyrul..
itulah kan.. banyak perkara yang
kita lupa untuk berkongsi..

insyaAllah.. jika selepas ini
carilah botol baru yang mempunyai label di bawah botol..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
ya cik putih.. banyak sekarang benda
dan makanan yang terkandung bahan2
yang boleh menyebabkan penyakit
yang sangat2 bahaya...

sekarang nih cuba elakkan dari
menggunakan botol plastik
yang tipis dan berwarna
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
papabear... samalah kita
sedikit berat tetapi selamat
namun bahayanya kalau terjatuh..
adehhhh... kena beli lagi lah.. hu3
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
wahhh... angelina tak suka minum susu ker
seriously?? macam tak caya plak aunty nur...

so angelina minum kopi banting yer.. hu3
Solihin Zubir Solihin Zubir Selasa, Mac 15, 2011
tapi kenapa nak kena tggu tahun depan baru start HARAM eh? pelik btol..
nak habiskan stok dlu ke? hish..
sisdee sisdee Selasa, Mac 15, 2011
lmbt sgt kerajaan btindak..huhuhu...saya dah btukar..dulu dpt email kata yg no 7 tuk plastik tu elok..ni lain lak..botol free BPA nie kdg2 mahal n selalunya rmi pkr byk kali nak beli..tapi tadi saya smpat belek2 ada gak yg harga berpatutan...esp pureen...

btw tq for the info ek ;)
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
solihin.. itulah kan
kenapa kerajaan baru nak heboh ceta nih
dah ramai mak bapak belikan botol
susu untuk anak2 mereka..

dah bertahun2 bahan BPA main2 dlm perut
hishhh.... lepas nih tukar ler
pada botol yang baru
yg bukan dari buatan BPA..
Nur Misnan Nur Misnan Selasa, Mac 15, 2011
hai sisdee..
dah bertahun bahan2 BPA meresap
sedikit demi sedikit dalam tubuh
kita agaknya... termasuklah bahan2
dari polystrene dan botol2 plastik
yg lain...

bukan semua dari kita mampu
membeli yg mahal.. sepatutnya
kerajaan lebih peka dalam hal ini..
bukan sekarang baru nak kecoh..